DAN selepas daripada detik itu, aku mula tersedar yang sebenarnya ada sesuatu tak kena dengan hidupku selama ini.
Selepas daripada tayangan filem petang itu, kami semua kelegaan bila keadaan petang tu tak seperti yang kami syak waktu di awal-awal tadi.
Sepanjang tayangan filem berlangsung, langsung tak ada gangguan ke atas kami. Tak ada juga cubaan-cubaan yang mencurigakan, seperti memerangkap kami atau apa. Maknanya lelaki yang dah sponsor tiket pawagam kami tu memang tak ada berniat jahat ke apa ke atas kami. Memang betul-betul berniat nak sedekah dekat kami la kut.
Sambil mengurut-urut dada kelegaan, kami semuanya beransur keluar dari dewan cinema tu. Dua orang anggota polis masih berjaga di luar pintu waktu tu. Bila nampak kami baik-baik saja, abang-abang polis tu senyum.
Kami yang bersembilan ni? Just pakat-pakat gigit hujung lidah masing-masing aje la masa tu. Sebab dah termalu sendiri gara-gara menyusahkan abang-abang tu nak kena jaga kami sepanjang tayangan tadi. Padahal takde mana-mana makhluk tuhan yang heran dekat kami pun, apatah lagi teringin nak mengapa-apakan kami.
Cara kami cemas waktu mintak tolong abang-abang polis tu tadi, macam nak bagitau yang kami ni diekori oleh peminat fanatik yang dah stalk kami selama setahun, konon macam yang kat dalam cerita-cerita thriller tu ah.
Acah aje masing-masing. Dasar tak sedar diri! Macamlah diri tu cantik sangat sampai nak distalked macam heroin dalam drama.
Sekali lagi, bila hakikat tu bergentayangan dalam kepala kami dan langsung tak mahu pergi-pergi walau jenuh kami 'shuh! shuh!' ejekan tu, kami jadi termalu sendiri sampai rasa nak tanam diri hidup-hidup di bawah cerucuk KLCC. Kami angguk hormat dekat abang-abang polis tu semua. Sambil-sambil tu ucap terima kasih dan lepas tu masing-masing terus lintang-pukang pergi tanpa memberi peluang pada abang polis tu memandang kami lagi. Kami malu. Ohoho!
Semua berkejaran turun eskalator. Even eskalator yang bergerak waras seperti kebiasaannya tu pun kami rasa tak cukup laju. Kami berlari turun eskalator yang memang tengah bergerak menurun tu. Lepas tu kejar pula pintu masuk utama bangunan.
Alih-alih bila dah berjaya lepasi pintu utama,
"Alaaaa!" Tu ayat pertama yang keluar dari mulut majoriti daripada kami.
Semua terhenti betul-betul di hujung lantai. Aku juga ikut berhenti, berada di bahagian paling belakang kumpulan tu.
Di sekitar kami, ramai pengunjung lain yang senasib juga seperti kami. Semua mengeluh dan macam susah nak terima kenyataan.
Sebab?
Sebab di tengah-tengah musim panas ni, boleh pulak tetiba hari hujan lebat! Ayoyo...
Masing-masing clueless. Biasanya di Itali ni, jarang sangat hujan turun di tengah-tengah musim panas. Orang-orang Itali biasa sebut musim panas ni sebagai estate, selalunya suhu harian pada musim ni tinggi-tinggi belaka. Kadang-kadang boleh cecah sampai empat puluh degree Celsius. Disebabkan kebiasaan yang ini, makanya jangan haraplah ada sesiapa yang dekat sini yang bawa payung! Hadoyai. Tepuk dahi.
Tapi dalam ramai-ramai kami di situ, semuanya mencuba untuk positif.
"Hujan dalam musim panas ni dikirakan sebagai kes terpencil. So aku rasa, hujan ni sekejap aje kut. Kejap lagi berhentilah ni." Wawa mencuba jadi penganalisis dari Jabatan Meteorologi.
Padahal dia tak ada apa-apa fakta atau bukti pun. Main taram aje bercakap, setakat nak sedapkan hati sendiri. Apa taknya, thesis dia kat hostel tu belum siap lagi! Dia tengah kelam-kabutlah tu, memikirkan macam mana nak cepat sampai ke hostel dan menyudahkan sesi jimba-jimba kami hari ni.
YOU ARE READING
HACKER
RomanceTentang seorang blogger yang blog privatenya telah dicerobohi seorang hacker dari Rusia. Semua tentang dia, hacker tu tahu. Tapi bila dia cuba tanya identiti hacker tu, jawapan hacker tu hanya satu:- Saya penjenayah. Awak tak patut tahu apa-apa tent...