OLEH sebab supervisor aku dah kena pecat daripada universiti, makanya aku akan dapat supervisor barulah, kan.
Akulah manusia yang paling nervous sekali dengan hal ni. Sebab aku tak tahu macam mana pula kerenah S.V baru aku tu nanti. Jangan kerek macam Prof. Van dahlah. Sumpah aku serik, dowh. Dahlah kerek, gatal pulak tu. Double triple red flags.
Jadinya beberapa hari selepas pemergian tragis Prof. Van, aku dapat surat rasmi daripada pihak universiti yang memaklumkan siapa supervisor baru aku.
"Professore Ivan Lev. Huh? Orang negara mana ni? Macam unik aje nama." Aku bergumam sendiri waktu mata membaca sebaris nama yang terdapat di dalam surat tu.
Daripada apa yang surat ni bagitau, itulah nama supervisor baru aku tu. Disebutkan juga bidang kepakaran S.V baru aku tu.
"Oh... Sebelum ni dari Fakulti Software Engineering. Tapi dipindahkan ke fakulti ni." Aku mengangguk-angguk faham.
Memang pernah aku dengar, biasa juga pensyarah ditukarkan ke fakulti yang lari sikit daripada bidang asal dia orang. Tapi still berkaitan la bidang tu, tak lari jauh. Kadang-kadang dari bidang Mechatronic ke Electronic. Biasalah tu.
Tengah-tengah aku ralit membaca surat pertukaran supervisor tu, Oppo aku yang di atas meja belajar tu bergetar. Sambil mata terus membaca, sebelah lagi tangan aku capai fon. Ibu jari berjalan-jalan di atas skrin membentuk password. Fon pun masuk pada mode unlocked.
Barulah mata aku beralih tumpuan kepada objek hitam tu. Aku perasan ada simbol WhatsApp di bahagian atas skrin. Tandanya ada WhatsApp masuk. Terus aku pergi aje dekat bahagian notification tu.
Oh, nombor asing. Aku tak kenal nombor ni. Nombor Itali.
Aku klik pada notification box tu. Dan aku terus dibawa masuk ke peti masuk WhatsApp.
Good morning, Miss Nara Qistilana. Do you have time today? What if we conduct our first meeting this afternoon?
"Huh? Siapa ni?" Terus terpacul soalan tu. Berserta dahi yang berkerut. Sebab macam lain aje vibes kemesraan di dalam mesej yang aku terima ni. Pelik juga aku.
Nampak di bahagian atas peti chat box tu, orang tu 'is typing...'
Jadi aku pun tunggu. Sampailah berbunyi new message notification. Dan di skrin pun memang betul-betul naik mesej baru tu.
By the way, I'm your new supervisor.
Prof. Ivan Lev. Hehe.
"Ohh..." Mengangguk-angguk. Barulah faham.
Tapi still juga berbaki sikit rasa pelik tadi. First impression nampak macam peramah pulak S.V baru aku ni. Lecturer muda ke ni? Lecturer baru? Jarang lecturer mesra dengan student. Selalunya lecturer baru dan muda aje yang mesra dengan student.
Sepatutnya aku yang mesej dia dulu. Ni dia pula yang cari aku dan tanya aku free ke tak. Tak ke luar alam namanya tu.
Terus aku letak tepi surat rasmi tadi. Laju tangan reply mesej dia tu.
Oh, good morning, Prof.!
Nice to know you.
I will be free this afternoon. By the way may I know, where should we hold the meeting?
"Send."
Sekelip mata aje dah terus bluetick mesej aku tu. Dan terus nampak dia 'is typing..."
YOU ARE READING
HACKER
RomanceTentang seorang blogger yang blog privatenya telah dicerobohi seorang hacker dari Rusia. Semua tentang dia, hacker tu tahu. Tapi bila dia cuba tanya identiti hacker tu, jawapan hacker tu hanya satu:- Saya penjenayah. Awak tak patut tahu apa-apa tent...