TAPI fikiran-fikiran tentang keanehan tu aku cuba benamkan dalam-dalam sampai lemas seterusnya mati, dan tak nak ambil serius. Sebab otak aku ni still nak usaha jugak mengelak daripada kemungkinan bahaya tu.
Kau ingat selamat ke bila seorang hacker yang sama juga maksudnya dengan penjenayah, mula stalk kau, lepas tu tahu semua gerak-geri kau, dan lepas tu mendominasi pula hidup kau? Kau ingat ini drama Korea ke yang hero jahat bercinta dan sanggup berubah demi heroin yang dicintai? Atau novel cinta? Mafia berhati dingin dan kejam tetiba boleh jatuh cinta hanya kepada seorang perempuan terpilih yang diculiknya? Acah-acah bad boy? Huh?
Sila berpijak di bumi nyata, Nara.
So aku pun mencuba keras untuk tak kaitkan hacker bernama King tu dengan hidup aku ni. Aku cuba. Ya, aku cuba. Aku pesan kuat-kuat dalam benak aku, yang nasib baik yang aku terima selama ni cuma disebabkan stalker lain yang bertaraf manusia normal. Tak kisahlah kalau dia crush kat aku ke apa. Asalkan jangan hacker.
Jadi, selepas daripada peristiwa malam tu, aku cuma teruskan hidup macam biasa. Dan, untuk langkah keselamatan, aku juga buat satu blog lain untuk aku jadikan diari dan meluah perasaan. Tak naklah share apa-apa dekat blog Sono Felice tu dah. Dah ada orang luar boleh approach. Dah tak ada privacy lagi. Aku nak tulis apa-apa kat situ pun dah rasa tak selesa lagi.
**************
AKU menggeliat panjang sebelum meregang-regangkan segala sendi dan tulang-belulang. Lepas tu menguap luas. Aku selindung bukaan mulutku dengan belakang tangan.
Lepas dah puas menguap, terus aku tersandar di backrest kerusi. Tanggal spec dari mata dan letak atas meja, lepas tu rehatkan kornea mata yang dah penat menghadap skrin laptop ni dengan melepaskan pandangan ke seluruh ruang perpustakaan. Pandang-pandang meja-meja lain di sekitar aku.
Suasana perpustakaan tengah tak berapa sibuk. Meja banyak yang kosong. Tak ramai student. Lengang gila. Atau senang cakapnya, suasana ni iras-iras malam Jumaat di kawasan tanah perkuburan la kut... hmm.
Biasanya memang macam nilah dunia universiti ni. Tak kiralah kau belajar kat U ceruk dunia mana pun. Waktu-waktu macam ni perpustakaan memang akan jadi sunyi macam muzium.
Nak tengok bila masanya library ni start sesak? Tunggu time budak-budak Degree tengah study week atau minggu peperiksaan akhir semester. Haaa... masa tu kau tahulah yang sebenarnya library empat tingkat ni sebenarnya tak luas mana pun untuk menampung bilangan sepuluh ribu orang pelajarnya.
Aku tersangat yakin dan pasti dengan hipotesis aku ni. Aku dah tanya pada kawan-kawan aku yang belajar kat U lain di negara-negara lain. Semua pun sahkan benda yang sama. So... konklusi yang boleh aku buat untuk fenomena ini adalah, semua budak U ni sebenarnya sama aje suka buat kerja dan study last minute. Iya, semua sama. Termasuklah aku. Hoho.
Aku menguap lagi. Kali ni sampai berair hujung mata. Dan aku menutup lagi mulut aku dengan belakang tangan.
Nampaknya dah banyak betul karbon dioksida terkumpul dalam badan aku ni. Sampai menguap tak henti-henti. Jangan cakap dalam badan aku ni ada Zombie pulak weh (Zombie kan penjana karbon dioksida yang paling cemerlang). Aku tak ready nak bertempur dengan pokok kekacang dan tumbuh-tumbuhan lain yang ada kat depan rumah pak cik gemuk tu (budak ni dah start melalut. Kejadian biasa dah ni, memang berlaku setiap kali otak dia dah start menjadi weng menghadap thesis).
"Weh, kau janganlah asyik nak skodeng skrin fon aku ni! Aku takde nak kacau boyfriend kaulah! Aku tengah WhatsApp dengan supervisor aku aje ni!"
YOU ARE READING
HACKER
RomanceTentang seorang blogger yang blog privatenya telah dicerobohi seorang hacker dari Rusia. Semua tentang dia, hacker tu tahu. Tapi bila dia cuba tanya identiti hacker tu, jawapan hacker tu hanya satu:- Saya penjenayah. Awak tak patut tahu apa-apa tent...