BAB 6

31 3 0
                                    

PERASAAN sedih dan putus asa tu, lagi aku luahkan di dalam blog, lagi dia bertukar menjadi dendam yang sangat membakar. Aku terasa seperti nak hancurkan pula hidup orang tua tak sedar diri tu. Akhirnya tangisan aku berhenti. Sebaliknya aku mengubah gaya berfikir.

Ya... Daripada membiarkan takdir demi takdir yang bullshit ni menghancurkan aku, lebih baik aku melawan dan menentukan sendiri macam mana ending di hujung cerita ni nanti. Ya! Aku kena agresif! Just put an end to all those pathetic life stories, Nara. Kill them!

Jadinya aku mula merangka tindakan yang patut aku perbuat supaya gambar-gambar aku yang ada di tangan Prof. Van tu tak sampai ke pihak atasan universiti. Aku tulis semua tu di blog baru, supaya aku boleh nampak dengan jelas jalan ceritanya dan tahu ke mana hala tuju kebangkitan aku ni.

Tekad aku, malam ni juga aku mesti pecah masuk pejabat orang tua tu. Mesti cari kamera polaroid tu dan gambar-gambar tu semua. Tadi aku tengok dia simpan benda-benda tu semua kat dalam sekeping sampul. Maknanya sampul tulah yang aku kena cari.

Jam dua belas tengah malam adalah waktu yang paling sesuai untuk laksanakan misi tu. Sebab dalam waktu tu, dah terlalu lewat dan mustahil untuk pensyarah lain masih stay back di pejabat masing-masing. Blok pejabat pensyarah mesti dah kosong habis pada waktu tu.

Pengawal keselamatan biasanya akan meronda bangunan tu sekali dalam tempoh sejam. Makanya aku mesti gunakan tempoh yang lebih singkat dari sejam untuk cari sampul tu sampai dapat, dan lepas tu berambus dari bangunan tu tanpa dijejaki sesiapa.

Tapi macam mana pula dengan CCTV yang ada di dalam bangunan tu? Tetiba timbul soalan tu dalam benak aku.

Aku diam sejenak.

Tak apa. Aku akan berpakaian dengan gaya perompak bank dan pastikan tak ada sesiapa dapat cam aku. Kalau mak aku ada depan aku dan pandang aku lama-lama pun, firasat keibuan dia sendiri tak dapat teka apa-apa.

Dah tu, kalau mak yang memberanakkan aku sendiri pun tak boleh cam aku, inikan pula kamera litar tertutup yang beresolusi rendah tu.

Okay, set!

*****************

SERBA hitam. Itulah pakaian aku pada malam tu. Aku siap tutup muka aku dengan topeng yang juga berwarna hitam. Tak ketinggalan, sepasang cermin mata hitam besar supaya tak ada sesiapa dapat cam aku walau hanya melalui sepasang mata.

Tepat sekali! Malam ni aku akan jadi The Black Widow.

Aku keluar dari rumah sewa waktu semua housemate dah tidur. Rumah dah terpadam semua lampu. Sememangnya misi yang akan aku jalankan malam ni hanya aku yang tahu. Macam biasa, aku memang tak pernah percayakan sesiapa untuk simpan rahsia aku.

Di kawasan parkir, dah ada sebuah kereta yang aku sewa sejak petang tadi. Sama juga, kereta yang aku sewa ni pun tak ada sesiapa dalam kalangan housemate aku yang tahu. Sebab benda ni akan menimbulkan macam-macam tanda tanya di fikiran mereka. Selama ni kami ke mana-mana hanya dengan kenderaan awam. Kalau tahu pasal kereta ni nanti, dia orang akan banyak soal. Aku nak elak semua tu.

Aku memandu dalam suasana yang paling lengang pernah aku rasa seumur hidup. Sampaikan bunyi pendingin hawa bernafas pun aku boleh dengar.

Aku tahu kenapa jadi macam ni. Sebab aku tengah berdebar.

Aku tak pernah buat benda-benda macam ni semua seumur hidup aku. Selama ni aku terlalu baik dengan takdir. Jadi bila pertama kali nak buat benda ni, aku saspens memikirkan sama ada akan berjayakah aku atau akan lebih teruk nasib aku lepas ni.

Lima belas minit memandu, aku tiba di luar kawasan universiti. Tapi aku tak masuk ke dalam kampus melalui pintu utama yang berpengawal tu. Aku berhentikan dulu kereta di tepi jalan dan langsung mencapai Oppo aku. Buka Google Maps.

HACKERWhere stories live. Discover now