SETTLE dah pasal hacker.
Sekarang fikiran aku tertumpu pula pada supervisor aku yang kata Teha tadi dah berkali-kali call aku tapi tak berangkat. Itu lagi satu bala jugak tu.
Aku swipe password pada skrin Oppo aku. Sebaik sahaja berjaya unlocked, terus aku pergi pada bahagian call log. Periksa.
Memang betul ada dua belas missed calls daripada Professore Van.
Mengeluh aku. Gosok-gosok belakang tengkuk sambil berdecit keresahan. Kepala dah mula terbayang-bayang segala maki hamun dan muka mengamuk pensyarah tua tu yang aku kena hadap kejap lagi.
Berdecit lagi.
Dengan penuh rasa berat hati, ibu jari aku tekan dekat nombor pensyarah tu dan pilih ikon dail. Aku letak telefon di telinga. Kemam-kemam bibir tanpa dapat ditahan, tabiat semulajadi setiap kali tengah susah hati.
Dan memang tak lama pun aku tunggu, terus panggilan aku ni disambut oleh pihak sebelah sana. Ayat pertama yang aku terima adalah sebuah tempikan yang maha-maha membingitkan telinga.
"Cornuto!!!"
Perkataan tu adalah satu sumpahan yang dah digunakan oleh orang-orang Itali sejak beratus tahun dulu. Tapi sampai ke hari ni, tetap perkataan tu yang orang-orang Itali guna bila betul-betul tengah marah dan mengamuk. Istilah yang masih relevan bagi mereka. Maksud perkataan tu adalah cuckhold. Ya, kasar sangat maksudnya kan.
Di Itali ni, perkataan tu memang cukup-cukup berkuasa untuk cetuskan perang besar pun.
Aku yang kat sebelah sini, bila dengar aje perkataan tu disemburkan dekat telinga aku, memang aku telan liur ajelah. Memang betul-betul tengah mengamuk nampaknya orang tua tu. Terus tak berani aku nak melawan. Terus kecut perut.
"Ehi, Nara. Vieni nel mio ufficio. Adesso!" (Hei, Nara. Datang ofis saya. Sekarang!)
Dia bertempik lagi.
"Vvv... Vvv..." Aku tergagap tetiba. Mungkin sebab terlampau kecut.
Terus aku tampar mulut aku dan paksa diri bersegera menjawab arahan dia tu sebelum dia pergi maki aku lagi satu das.
"Va bene, Prof.!" Akhirnya berjaya pun keluarkan ayat lengkap.
Habis aje aku sebutkan kepatuhan tu, terus dia putuskan talian.
Aku pun memang tak pasal la nak tunggu lama lagi. Terus aku meluru ke tempat duduk aku tadi. Aku kemas-kemas laptop aku dan segala buku yang ada di situ.
"Weh, aku kena pergi ofis S.V aku ni. Tak tahu berapa lama pulak ni aku kena duduk sana. Nanti kalau korang dah nak balik, roger aku, tau?" Daripada nada pun dah boleh tahu yang aku tengah tergesa-gesa.
Teha dan Wawa yang memang sejak tadi duk perhati kegelabahan aku tu, nampak lebih tertanya.
"Ada hal apa dia nak jumpa kau? Bukan semalam dah jumpa ke?" Wawa jadi wakil menyuarakan kebingungan dia dan Teha.
Aku geleng laju aje sambil tangan terus lincah mengemas.
"Tak tahulah aku dengan orang tua tu. Sehari tak maki aku memang tak lengkap hidup dia."
Tergeleng-geleng perempuan berdua tu. Dia orang dan semua member-member kami yang lain pun memang semua dah sedia maklum pasal kesingaan supervisor aku tu. Dia orang cuma dapat tumpang simpati aje dekat aku, tak dapat nak tolong apa-apa.
Teha bangkit dari sandaran. Letak dua tangan atas meja dan tunjuk lambang thumbs up.
"All the best, L'angelo Custode."
YOU ARE READING
HACKER
RomanceTentang seorang blogger yang blog privatenya telah dicerobohi seorang hacker dari Rusia. Semua tentang dia, hacker tu tahu. Tapi bila dia cuba tanya identiti hacker tu, jawapan hacker tu hanya satu:- Saya penjenayah. Awak tak patut tahu apa-apa tent...