BAB 12

25 0 0
                                    

IYA, pendrive saya tu. Patutlah saya cari tak jumpa. Tercicir masa berlanggar dengan brother tadi tu kut. Tolong simpankan, Nara. Nanti saya ambil dekat awak. And awak jangan tengok langsung isi pendrive tu tau. Banyak document sulit kat dalam tu.

Aku diam lama lepas baca pesanan terakhir tu. Mata aku hinggap semula pada pendrive yang berada di atas meja belajar aku. Langsung mata aku pun terbayang-bayang kejadian di kafeteria siang tadi.

Siapa lelaki berhoodie tu?

Kenapa dia suruh aku berhati-hati dengan Prof. Ivan? Siapa Prof. Ivan yang sebenarnya?

Aku kemam bibir. Lama. Tak jumpa jawapan pada persoalan ni.

Aku... Rasa macam nak aje ingkar permintaan Prof. Ivan tu. Aku nak tahu apa isi pendrive tu. Sebab aku nak tahu apa yang bahayanya kalau aku rapat dengan Prof. Ivan.

Tapi boleh jadi pendrive tu tak ada apa-apa isi yang mencurigakan pun. Boleh jadi semuanya hanyalah kertas kajian dia dan urusan-urusan rasmi dia dengan pihak universiti. Diakan pensyarah kanan di sebuah universiti yang diiktiraf. Mestilah banyak urusan confidential yang tak patut diketahui oleh pelajar macam aku.

Tapi...

Kenapa aku tak boleh lupakan langsung apa yang disebutkan oleh lelaki berhoodie siang tadi? Kenapa aku rasa macam peringatan tu adalah satu peringatan yang amat-amat getir untuk aku? Kalau aku cuba-cuba langgar amaran tu, bencana besar akan berlaku. Bencana yang akan melibatkan nyawa aku, bahkan keselamatan dunia. Perang besar akan tercetus di antara kuasa-kuasa besar dunia. Kenapa aku rasa macam tu ya?

Tapi boleh jadi juga aku rasa macam tu sebab aku ni memang jenis yang overthinking punya orang. Aku kan memang jenis yang terlebih banyak sangat berfikir, sampaikan benda-benda kecik pun aku selalu besar-besarkan. Okey, boleh jadi, boleh jadi. Hmm...

Hmm... Tapi, kan...

Aku...

Okey, okey. Aku rasa aku patut kurangkan sikit aras insecure aku ni. Aku terlampau banyak tengok movie rasanya ni. Pengaruh movie. Disebabkan amaran yang datang entah daripada siapa-siapa, tetiba aku nak syak yang bukan-bukan pula dekat S.V aku sendiri. Tak ke macam orang tak waras namanya tu. Entah apa-apa aje aku ni.

Manalah tahu kut-kut mamat berhoodie tu sengaja aje nak api-apikan aku dan laga-lagakan aku dengan Prof. Ivan. Mamat tu dengki dekat pencapaian Prof. Ivan ke apa, sengaja nak rosakkan nama baik Prof. Ivan ke, mana kita tahu.

Pendek kata, tak payah senang sangat percaya cakap oranglah!

Lagipun Prof. Ivan tu nampak baik aje luar dalam. Dia layan aku okey aje. Jauh beza daripada S.V yang sebelum ni. Hah, sekarang bukti apa lagi yang aku nakkan?

"Pengaruh movie ni, Nara. Pengaruh movie." Aku angguk-angguk dan letak tangan kanan di dada. Minta hati bertenang dan tak fikir melalut sangat.

"Dunia ni aman, okey? Tak payah nak overthinking sangat."

Kebetulan aku dah memang berada di birai katil, aku pun ambil keputusan merebahkan badan di pembaringan. Lapik kepala dengan dua tangan. Menelentang pandang siling. Aku pejam dua mata.

Telinga aku berkerja aktif tapi yang kedengaran hanya kesunyian. Bebola mata sihat walafiat tapi yang aku nampak hanya kegelapan. Aku goyang-goyang dua kaki. Hela-hela nafas dan melepaskannya dengan teratur. Aku menyanyi-nyanyi kecil.

"I spend my weekends trying to get you off... My mind again, but I can't make it stop... I'm trying to pretend I'm good, but you can tell..."

Pendrive.

HACKERWhere stories live. Discover now