BAB 18

19 1 0
                                    

"STOP it, or else you will regret it."

Aku kira, ayat tu adalah satu kata putus yang muktamad daripada King. Bahawa dia dah takkan sudi berteman dengan aku lagi. Dia dah putuskan hubungan dengan aku.

Sebab sejak daripada hari kejadian tempoh hari, King dah tak muncul dekat mana-mana dah. Aku lost contact dengan dia. Dia menghilang macam tu aje.

King juga dah tak tolong aku dah bila aku kesusahan dek dunia harian yang pathetic ni. Lampu isyarat dah tak bertukar hijau waktu aku nak melintas jalan. Telefon pintar aku hilang sebab rumah sewa kami dipecah masuk, tapi King dah tak tolong aku dapatkan semula telefon tu. Kami terkepung dalam hujan, tapi King dah tak kirim payung pada aku.

Kawan-kawan aku juga dah tak gelar aku L'angelo Custode lagi, sebab aku sentiasa bernasib malang dalam semua hal.

Mungkin bunyinya macam aku ni pentingkan diri. Hanya pergunakan King supaya tolong aku dalam kehidupan seharian.

Entahlah. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana.

Selama ni aku rasa bahagia bila sedar yang diri aku diperhati dan dijaga dari jauh. Pergi ke mana-mana pun aku tetap rasa selamat walau bersendirian, sebab aku tahu King sentiasa ada untuk menjaga dan melindungi aku. Tapi sekarang...

Aku pernah cuba menulis di blog baru. Dengan harapan King akan baca dan tinggalkan komen lagi macam dulu.

Tapi sayangnya selepas berpuluh entry aku masukkan di blog, seksyen komen konsisten kosong. Sampailah sekarang.

King betul-betul dah tinggalkan aku.

Tak tenteram dah hidup aku sekarang. Berbulan-bulan dah berlalu sejak tragedi terhapusnya blog Sono Felice.

Sekarang ni dah enam bulan berlalu. Pengajian Master aku dah tamat pun.

Tapi aku sengaja tak terus pulang ke Malaysia. Aku stay di Itali ni sebab aku nak tunggu King. Ya... Walaupun aku tak tahu sebenarnya macam mana nak cari lelaki itu.

Aku cuma menanti di sini dengan harapan King akan berlembut hati untuk cari aku balik. Berkawan balik macam dulu.

Tapi semua usaha aku tetap berakhir menghampakan.

King tetap dengan hati yang solid tu. Bahawa aku mesti ditinggalkan terus.

Akulah yang rasa bersalah dan berdosa. Berbulan-bulan aku fikir pasal amaran King dulu. Nak buat apa-apa benda pun tak boleh fokus. Habis serba tak kena dibuatnya.

Aku tak pernah tengok King seserius ini. Selalunya dia tenang aje walaupun sedikit dingin.

Sebenarnya memang padan pun muka aku. Memang itulah yang hari-hari aku katakan pada diri aku. Selama ni aku bodoh sangat, kan. Keliru sangat sampai tak tahu sama ada King ke atau Prof. Ivan yang mudarat untuk aku.

Atas rasa bersalah ni jugalah, aku akhirnya terfikir yang King mungkin memang berniat baik terhadap aku. Aku baru sekarang terfikir akan pelbagai risiko yang akan aku hadap kalau aku terus terlibat dengan Prof. Ivan.

Adakah aku gila sebenarnya? Sanggup masuk campur dalam urusan Prof. Ivan yang kritikal tu. Kejar pengganas, weh. Terrorist yang paling dikehendaki dunia. Ini bukan game masak-masak yang macam aku main masa kecil dulu.

Aku ada keluarga. Ada mak ayah dan adik-adik. Kalau apa-apa jadi pada aku, keluarga aku yang susah. Dahlah selama ni pun dia orang memang dah susah.

Sudahnya malam tu aku hantar WhatsApp pada Prof. Ivan.

Good evening, Prof.. Saya Nara Qistilana. Saya nak minta maaf sebab terpaksa tarik diri daripada menjadi student Prof.. Saya tak boleh belajar internet and computer hacking, sebab saya rasa macam bahaya aje buat macam tu. Saya ada keluarga, Prof.. Saya tak nak mak ayah saya susah disebabkan saya.

HACKERWhere stories live. Discover now