BAB 13

16 1 0
                                    

PROF. Ivan melonggarkan ikatan tali lehernya. Rimas. Sesudah itu dia mengocak-ngocak rambutnya hingga jadi tak terurus.

Di dalam pencahayaan ruang gudang yang serba suram, dia berjalan. Sebelah lagi tangan masih memegang iPhone kepunyaannya. Skrin masih menyala, dan matanya masih bertumpu pada skrin yang bercahaya putih itu.

Nama Nara berada di bahagian atas tetingkap mesej WhatsApp. Gambar pendrive hitam yang dihantar oleh Nara tadi, sebab Nara nak bertanyakan kepastian daripada dia sendiri.

Prof. Ivan ketap geraham hingga terlihat bergerak rahangnya.

Dia kena secepat mungkin mendapatkan semula pendrive tu. Sebelum Nara berjaya buka pendrive tu dan menjumpai isinya. Nyawanya terletak pada pendrive tu sekarang. Sebab isi pendrive tu ada jawapan tentang siapa sebenarnya dia. Kalau Nara tahu apa sebenarnya identiti dia, berkemungkinan dia patut...

Pandangan mata jatuh pada sepucuk revolver di atas meja. Welrod MkIIA. Senjata yang memang biasa diguna oleh orang-orang berstatus seperti dia.

Ya. Mungkin dia patut gunakan objek hitam itu, jika rahsianya terbongkar.

Dia melangkah lagi. Hingga tiba di meja yang menampung revolver itu. Masih berpusat matanya pada objek itu.

Dia letak telefon pintarnya di sebelah revolver. Dia tarik kerusi lalu duduk. Capai headphone lalu memakainya di telinga. Dia tarik papan kekunci ke arahnya lalu menekan salah satu punat di situ. Lampu kuning kecil di sudut atas papan kekunci menyala, isyarat bahawa objek itu kini telah berfungsi dan sedia untuk digunakan.

Hujung jari hantu capai salah satu butang berbentuk bulat sebesar syiling dua puluh sen yang berada di bahagian paling atas papan kekunci.

Dia putar berhati-hati dan perlahan-lahan. Dia dengar dengan teliti isyarat gelombang yang disalurkan pada headphone yang dipakainya.

Hanya ada bunyi dengungan. Dia teruskan memutar. Sedikit demi sedikit, hinggalah bunyi dengungan terhenti. Saluran telah terhubung dengan pihak sana. Dia telah menjumpai frekuensi yang dia cari. Dia pun berhenti memutar tombol.

"Espionage 7352K.ℷ_.t9_∂ƛλ." Suara beku olehnya.

Menyeru respons daripada pihak di sebelah sana. Kata kunci pengenalan diri yang memang wajib diucapkan di setiap kali dia cuba menghubungi pihak di sebelah sana.

Terdengar pihak sebelah sana menyahut dengan menekan butang terima. Dan kemudian dia dapat mendengar satu suara garang lagi tak berperasaan membalas ucapannya.

"Espionage triple 1-3.∂ƛλ_.t9_ℷ.. Marry the King." Kod rahsia di ayat kedua.

Dia tak tunggu lama. Kod rahsia yang disebutkan pihak sana memang dah lama sebati di dalam genetiknya. Dia menurut saja permintaan pihak sana yang sedang menghendaki dia menyebutkan kata kunci seterusnya sebelum pihak sana betul-betul yakin dia memang sebahagian daripada mereka dan bukannya orang luar.

".129.19.21 'of — 266.9.14 of the .286.8.20, and 291.8.27 to be." Tanpa tergagap.

Paling penting, semua itu diungkapkan tepat-tepat dalam tempoh dua perpuluhan empat saat, tanpa terkurang atau terlebih. Kerana tempoh waktu yang sedemikian juga adalah syarat dalam membuktikan dia adalah individu yang sebenarnya.

"Go with the report." Kebenaran daripada pihak sana.

Pengenalan diri olehnya dan permohonan dia untuk menyampaikan laporan telah diterima dan diluluskan. Dia telah berjaya membuktikan bahawa dia adalah sebahagian daripada pihak mereka.

Dia pun tak membuang masa, lalu meneruskan tujuannya tanpa berbasa-basi.

"I think I've found the subject. Specifically at University of Turin, located in Turin, Italy. Currently being a part timer as cafeteria's labor boy."

Sebelah sana diam.

Dia meneruskan laporan.

"Just by looking at his eyes, I knew he was not European. And it seemed like he could recognise me. His body language told everything."

"Proceed." Arahan daripada pihak sebelah sana. Laporannya sedang dicatat, dan mereka mahu dengar perancangan terperinci daripada dia.

"I'll make him a collaboration offer he can't resist as a normal citizen. If he refuses, it proves that my hypothesis is true. He is the one we hunt for."

"Absolutely. Obviously, he would see the risk if he approves the offer. His life is at stake." Pihak sana turut dapat melihat apa yang dia lihat.

Dia angguk kecil satu kali. Terus kepada tujuan seterusnya.

"I demand a back up. I'll make my move right after my hypothesis is proven true."

"Heeded."

Dan talian pun diputuskan.

Dia ambil revolver yang sejak tadi pegun di sebelah papan kekunci. Dia pegang, petik trigger. Dia halakan muncung revolver empat puluh lima darjah ke arah siling. Dia tarik picu.

Pistol yang telah dilengkapi dengan silencer. Tiada sebarang bunyi dikeluarkan. Hanya peluru menembak siling.

Berkecai simen di siling. Berjuraian serbuk-serbuk simen jatuh ke lantai.

Prof. Ivan memerhati muncul revolver yang bersisa dengan asap tipis.

Nampaknya tak lama lagi revolver ini akan kembali aktif berkerja.

HACKERWhere stories live. Discover now