➡ 11

275 13 2
                                    

...Sesungguhnya hanya kepada Allah, aku adukan segala susah dan sedihku...ayat 86, Surah Yusuf.



"Kesedihan di dunia adalah kegembiraan di akhirat kerana diuji dengan kesedihan akan sentiasa menjadikannya seorang yang lebih manusiawi."
-Irvan



Jika mengingati mati, tiada secebis pun kesedihan di dunia ini akan menjadi kedukaan berpanjangan bagi seorang mukmin kerana dia lebih mengkhuatirkan alam sana.
-Irvan



Jatuh cinta adalah penyakit dan penawarnya ialah dengan menikahi wanita yang engkau cintai.
-Ibnu Qayyim



Cermin adalah gambar yang tidak pernah menipu. Kalau cantik, cantiklah yang terpapar, kalau hodoh, hodohlah yang dinampak.
-MJ




Sebaiknya cari pasangan di bulan ramadhan kerana di bulan itulah bulan yang paling sesuai untuk mencari jodoh. Kita boleh menilai seseorang itu macam mana. Puasanya. Terawihnya. Ibadahnya mencerminkan kepribadiannya. Sekiranya terjumpa, itulah jodoh. Tak kiralah calon isteri ke calon suami.
-MJ



Mencintai bukan menguasai tetapi menghargai.
-Irvan



Tak sempurna cinta seorang gadis jika dia pernah mencintai orang lain sebelum kita.
-Irvan




Aku tidak pernah berurusan dengan sesuatu yang lebih sukar daripada hatiku sendiri... Adakala ia bersamaku, adakala ia menentangku.
-Imam Al Ghazali




Diam adalah curahan rasa tanpa bahasa. Diamnya itu lebih memberi makna dari seribu perkataan. Tidakkah begitu? Apabila kata-kata sudah tidak dapat menjelaskan apa rasa di hati, lebih baik dia menjadi bicara hati bisu yang lebih ampuh. Rupanya diam
lebih berbisa daripada kata-kata. Rupanya diam lebih difahami daripada kata-kata. Dalam menghadapi kesedihan, diam dipandang sebagai lambang ketabahan dan keredaan. Diam itu tandanya sebagai penghormatan kepada perasaan sendiri dan suasana sekeliling. Walaupun mungkin ada yang menganggap orang yang diam itu sebagai bodoh, tidak acuh atau tidak berperasaan, tetapi bagi orang yang berpengalaman, seorang yang diam adalah seorang yang bijak dan matang. Seorang yang berfikir dulu sebelum bercakap. Jika bagi mereka tiada apa yang baik untuk disembangkan, diam lebih baik.
-Maryam





Kalau nak beri hadiah kepada orang yang disayangi, kena bagi barang yang paling kita sayang walaupun harganya tak mahal...kerana harga bukan soalnya yang penting nilai pemberian itu.
-Irvan




Jangan tengok siapa yang bercakap, tengok apa yang dia cakap.
-Irvan





Allah itu Maha Adil. Jangan sampai tertimpa bala kerana kita tidak reda. Jodoh, rezeki, maut sudah tertulis di lohmahfuz lagi. Apa yang nak didengki rezeki orang, rezeki kita sudah tentu adanya.
-Hamka


Reda itu pengubat dan penawar segala rasa tak puas hati.
-Irvan



Naik sampan ke seberang sana,
Di tanjung Jati membeli tanah,
Kacak tampan tiada bermakna,
Hanya hati dipandang Allah.
-Irvan

The Unsung Hero VAT69Where stories live. Discover now