➡ 22

63 4 0
                                    


Sunday February 18, 2024

Dipetik dari 'MIKAYLA' novel terakhir Melur Jelita.

_____

Bab 259

                KETIKA mengambil tempat duduk di bawah khemah sambil menunggu acara berlangsung.

              "Sekali Rhino bersuara, baru kau tau langit tu tinggi atau rendah."
Akim berbisik perlahan kepada mereka yang lain.

              "Siapa?" soal Hardie kabur.

              "Sarjan Hamzah, jurulatih 69 Komando. Rhino tu call sign dia," jawab Safar.

               Mereka berdua mohon masuk 69 Komando. Sudah masuk sesi pemilihan dan lepas asas tetapi gagal dalam pemilihan seterusnya. Dua kali mencuba tetapi masih gagal. Jadi kenal sangat la kedua-duanya dengan Rhino dan beberapa orang CLPK.

               "Garang tak?" soal Hardie.

                Safar dan Akim tersenyum. Itu soalan biasa yang ditanya oleh sesiapa pun mnengenai jurulatih 69 Komando. Semua terbayang wajah yang bengis. Dengan misai yang melintang. Tamparan, salam pengenalan mesra komando. Sepakan maut 69. Terajang VAT. Rendam Lok Kaw. Macam-macam!

               Padahal... kalau tengok muka Hamzah dan Irvan, macam tidak percaya itu komando. Suci murni. Bersih bercukur. Rambut yang rapi. Uniform yang kemas dan segak. Sejuk mata memandang. Lembut dan penyayang.

                "Jurulatih yang paling baik. Suara pun lembut. Suka bagi ilmu tapi dia yang paling bahaya." Akim bersungguh menjelaskan.

                "Makan dalam punya orang. Dia tak penampar atau sepak terajang. Sentuh kau pun tidak. Tapi dia suruh pumping sampai pengsan! Lima kali je pumping tapi dia suruh kau mula dari satu sehingga lima puluh kali. Masak!" tambah Safar.

               "Ufff! Hati ikan kering betul!"

               "Dipersilakan 0C - Officer in charge, ASP Latihan Peperangan Khas, Tuan Nur
Muhammad Irvan untuk memberikan penerangan mengenai 69 Komando yang selalu disalahertikan sebagai komando tentera dalam Angkatan Tentera Malaysia walhal 69 Komando ialah polis komando, special forces dalam Polis Diraja Malaysia, satu-satunya polis Komando dalam Malaysia." Juruacara majlis mempersilakan Irvan ke atas pentas.

               "Itu Hero," bisik Akim tanpa berpaling.

               "Lagi makan dalam?" tanya Hardie.

               "Lagi makan hati hempedu. Tak banyak cakap. Tapi kalau dia tenung kau, ada la tu kau buat salah. Kalau dia senyum, baik kau siap tadah pipi," bisik Safar.

Kecut pula Hardie.

                "Sekali kena lima jari dia, kau boleh
lupa ingatan tiga minit!" Safar pula meracun!

Muka Hardie sudah berubah. Safar dan
Akim menahan ketawa.

                "Kalau tak garang, mana nak datangnya komando? Ini bukan program Akademi Fantasia. Ataupun Ustaz Pencetus Ummah atau Imam Muda yang suka viral hantar surat geli-geli tarbiah kepada hanya artis cun melecun yang terpilih saja. Yang montok-montok, seksi-seksi dan gebu- gebu tu. Rusnah Mat Hanif, Maimunah Kadir tak mahu pulak para ustaz berdakwah ni tarik mereka ke pangkal jalan." Akim cuba meredakan ketegangan di muka Hardie.

                 "Hanya lelaki sejati saja yang layak mohon 69. Anak mak tak ada ya," giat Safar. Tetap hendak mengusik Hardie.

Aku pun takkan minta 69!

The Unsung Hero VAT69Where stories live. Discover now