➡ 19

55 6 0
                                    

Wednesday January 24, 2024

Dipetik dari post Melur Jelita beberapa tahun yang lepas di aplikasi Facebook.

Throwback temuramah Melur Jelita bersama Komando GGK

KOMANDO GGK DI OPS DAULAT

Saya menemuramah seorang komando tentera dalam GGK untuk watak ayah kepada Maryam - Tun Maryam Keumalahayani binti Mejar (Bersara) Sani.

Watak bak atau mejar adalah antara watak penting dalam mencorak kehidupan Maryam, seorang anak yang kematian ibu, sebaik saja dilahirkan. Maka saya pilih komando GGK sebagai The Unsung Hero dan The One, bergabung dengan hero iaitu Irvan, Vat 69.

Mejar  ini mempunyai banyak persamaan dengan hero VAT 69. Mereka sama-sama special forces, terlibat dalam zaman insurgensi sehingga ke Ops Daulat. Sebagai veteran perang, Mejar tetap berdarah pahlawan dan tetap bersemangat dalam mempertahankan negara.

Beliau jugalah yang banyak memberi kata-kata semangat kepada Irvan.

Antara intipati temuramah kami tempohari,
saya ada bertanyakan tentang,

- Benarkah komando sekarang banyak relaks? lebih di luar dari dalam hutan?

+ Siapa bagitau puan begitu?

- Bekas askar

+ Puan, entah -entah bekas askar tu hanya tukang masak. Sedangkan tak semua askar tahu tentang kami apalagi seorang tukang masak. Askar lain, mereka satu batalion belum tentu hidup mereka sama dengan hidup kami seramai empat orang.

Mereka makan beramai dan pinggan orang cuci. Kami berempat ni pandai-pandailah nak survive. Masing-masing basuh pinggan sendiri. Ada yang nak jadi taiko memang kami lanyak. Tak ada istilah aku ketua, kau hamba aku. Dalam kami, semuanya sama.  Bila masuk hutan atau dalam operasi, merekalah saudara kami. Tanpa mengira darah, agama, bangsa atau pangkat. Brotherhood di kalangan kami sangat kuat.

Hidup kami relaks? Kami lebih di luar? Saya berani kerat jari malah saya berani kerat sehingga ke siku, sampai ke lengan pun saya sanggup kerat untuk membuktikan kami, komando GGK banyak dalam hutan.

Saya tinggalkan isteri saya hamil, saya keluar hutan, anak saya dah lahir.

Saya tinggalkan anak yang masih merah, saya keluar, anak saya dah pandai berjalan.

Puan kiralah jarak masa tu.

Hidup kami tak seperti askar biasa. Nak cerita pun tak tercerita. Hanya komando yang faham komando. Sebab tu sesama special forces kami saling memahami.

Semasa Ops Daulat, komander kami solat hajat setiap malam...

Dan banyak lagi beliau bercerita tanpa henti. Berbagai kisah, berbagi suka duka, pahit payau...tapi beliau tidak pernah kesal dengan pilihan beliau menjadi seorang komando.

+ Saya nak jadi komando. Itu yang saya mahu. Apa saja saya sanggup redah. Tiada yang mustahil bagi saya.

Saya lebih banyak mendengar sambil melihat air muka beliau. Kagum sebenarnya. Dalam hati berkata,

Tabahnya hati isteri dan anak-anak beliau
tabahnya hati beliau...

Seakan tidak percaya ada orang yang begitu cintakan agama dan negara,
sanggup mati kerana agama dan negara,
orang yang hanya saya baca di buku atau tonton di filem.

Dan orang itu ada di depan saya.
Mereka wujud dan mereka ada!

Real! Bukan pura-pura!

Dan orang itu adalah pasukan keselamatan negara kita!

Bersyukurlah rakyat Malaysia
Tidurmu dijaga lena!

Terima kasih GGK!
Terima kasih VAT 69
Terima kasih PASKAL
Terima kasih PASKAU

Terima kasih PDRM ATM!

NEGARA KITA HANYA SATU!

*
Walau banyak cerita tapi cerita yang biasa-biasa je. Lebih-lebih tak boleh. RAHSIA TETAP RAHSIA!

The Unsung Hero VAT69Where stories live. Discover now