➡ 20

50 4 0
                                    

Friday January 26, 2024



Dipetik dari post Melur Jelita beberapa tahun yang lepas di aplikasi Facebook.

SIAPA VAT 69/69 KOMANDO?

Sekadar menjawab pertanyaan divaz jelitawans yang ingin sangat tahu mengenai siapakah VAT 69 @ 69 KOMANDO.

Maka seperti biasa saya datangkan maklumat yang sahih dan berfakta.

1. VAT 69 bermaksud VERY ABLE TROOPERS ditubuhkan pada 23 Oktober 1969. Ada berbagai nama dulu-dulu. Special Project Unit (SPU), Vat 69, Lok Kaw dan sebagainya. Tapi nama Vat 69 lebih melekat dan lebih piaw.

2. Kemudiannya VAT 69 ditukar nama kepada 69 Komando oleh pihak atasan. Tapi Vat 69 juga tetap melekat.

3. VAT 69 adalah pasukan SPECIAL FORCES, mahir pergerakan dalam berbagai keadaan dan bentuk muka bumi. Udara. Air. Darat.

4. SPECIAL FORCES ni biasanya dikenali sebagai komando.

5. Hanya ada 4 special forces dalam Malaysia. GGK, PASKAL DAN PASKAU ( ATM) & VAT 69( PDRM.

6. Ingat ya. 4 sahaja. GGK.PASKAU.PASKAL.VAT 69

7. Dalam komando tiada perempuan. Kalau ada, itu " Komodo ".

8. VAT 69 jarang diketahui ramai. Samar-samar kewujudan mereka hatta dalam polis dan tentera pun ada yang tidak tahu wujudnya VAT 69.

9. VAT 69 menjaga dengan ketat segala pergerakan dan misi mereka. Semuanya sulit. Semuanya rahsia.

10. VAT 69 tak bersembang di kedai kopi atau di fb.

11. Apa yang mereka ada, ditunjuk gitu-gitu je.

12. They walk the talk. Kerja mereka bercakap tentang mereka. Bukan mereka viralkan tentang diri mereka tetapi oleh mereka yang tahu tentang VAT 69.

13. VAT 69 mempunyai kepatuhan yang sangat tinggi dan kemahiran yang terunggul. Bukan polis biasa-biasa.

14. VAT 69 digerakkan bila perlu. Dalam kes-kes yang teramat sulit. Mereka sentiasa bersiap sedia. 24 jam. 7 hari seminggu.

15. Pergerakan dalam setiap ops, senyap dan tangkas. Misi selesai dan mereka menghilang. Tanpa kesan dan tanpa jejak.

16. VAT 69 jarang memunculkan diri di khalayak kecuali diarah oleh pihak atasan. Melakukan persembahan contohnya.

17. Iya persembahan je. Yang itu-itu je. Balik-balik yang itu. Orang lain pun boleh buat.

18. Yang itu-itu je pun kalau tidak memiliki kemahiran tertinggi dan latihan keras berterusan takkan anda mampu buat!

19. Bukan senang persembahan yang itu-itu je. Silap landing, pecah "khazanah negara..." anda!

20. Persembahan je pun. Tak perlulah tunjuk lebih-lebih. Cukuplah yang tahu, tahu.

21. Tak ada gunanya nak tunjuk kehebatan kepada kawan dan orang awam. Anda bukan musuh VAT 69 dan musuh negara.

22. Siapa nak mengaku komando, silakan. Komando yang sebenarpun tak mendabik diri mereka sebagai komando.

23. Hanya Komando mengenal Komando.

24. Komando atau tak, anda lebih kenal siapa diri anda. Apa kemampuan anda.

25. VAT 69 lebih selesa dipanggil sixtyniners atau 69.

26. Mereka muncul tanpa diketahui.

27. Dengan pelbagai rupa dan penampilan. Tiada siapa yang kenal.

28. Saya paparkan gambar-gambar dari page PDRM beberapa aksi VAT 69 yang gitu-gitu je. Persembahan yang itu-itu juga katanya. Balik-balik yang itu. Yang semua orang boleh buat kata mereka.

29. Semoga yang bertanya mendapat sedikit pencerahan.

30. Dua buah novel saya dedikasikan istimewa kepada VAT 69. THE UNSUNG HERO & THE ONE. Novel perang pertama. Novel pertama tentang VAT 69.

The Unsung Hero VAT69Where stories live. Discover now