FRI, 19 JANUARY 2024
Dipetik dari post Melur Jelita beberapa tahun yang lepas di aplikasi Facebook.
RAHSIA VAT 69 BARU TERBONGKAR!
Bismillah...
Selama 4 tahun saya membuat kajian tentang VAT 69/69 KOMANDO. Selama setahun saya diberi peluang oleh pihak atasan Bukit Aman untuk berdamping dan mengorek maklumat sebelum lahirnya THE ONE -YANG TERUNGGUL sambungan THE UNSUNG HERO-WIRA YANG TIDAK DIDENDANG. Dua buah novel saya yang pertama dan satu-satunya mengisahkan tentang VAT 69 dalam bentuk penulisan kreatif.
Saya fikirkan saya sudah cukup bijak mengorek maklumat dari anggota dan pegawai VAT 69 mengenai berbagai ops yang mereka lalui terutama Ops Sulu dan Ops Daulat.
Ternyatanya saya silap! Sangat silap besar!
Bukan mudah untuk mendapatkan maklumat dari pakar segala pakar ni. Saya ni ibaratnya debu je kut untuk VAT 69. Apa kelas nenek tua ni kan?! keh3
Ramai yang enggan membuka mulut. Kalau buka pun, cerita gitu-gitu je.
Tapi saya hormati pendirian mereka. RAHSIA TETAP RAHSIA.
Maka lahirlah THE ONE- YANG TERUNGGUL pada 23 OKTOBER 2015 bertepatan ulang tahun VAT 69 ke 46.
Masih saya ingat lagi,
Satu soalan saya kepada pegawai VAT 69 yang menyelinap masuk bersama pasukannya untuk menyelamatkan pasukan polis yang diserang hendap dan terperangkap di Kampung Simunul pada 2 Mac 2013.Soalan yang saya kesal sampai sekarang kerana saya memperlekehkan penampilan VAT 69!
SAYA: Apa kelas VAT 69 masih pakai jungle hat? Kenapa tak full gear? Topi besi, baju kalis peluru, pad lutut dan siku....
Tengok pada gambar di Lahad Datu ni pun, VAT 69 lilit kepala bagai orang kampung, tutup muka gitu je, ada yang pakai topi gabus selamba je. Tak nampak macho langsung.
( ayat seorang penulis novel yang sentiasa membayangkan hero yang macho dan hebat! Dengan seragam yang penuh bergaya!)
Selamba je pegawai tu menjawab saya;
Puan, topi besi tu panas. Jungle hat tu boleh buat lap peluh dan kipas-kipaskan badan bila panas.
Jawapan yang bagi saya tidak menjawab soalan dan lucu.
Bulan lepas saya bersembang dengan seorang pegawai polis yang pernah terlibat dalam Ops Sulu dan Ops Daulat dari cawangan lain;
Puan tau, kami panggil VAT 69 orang gila!
SAYA : Kenapa?
Hati kering! Masa Ops Sulu, mereka berani masuk kawasan musuh dan bertempur dengan musuh. Ramai tak pakai baju kalis peluru! Tembak menembak dan berdepan dengan musuh jarak 5 meter pun ada.
Kalau habis peluru, tangan kosong pun mereka akan tumbuk musuh!
Masa saya bawa pasukan CSI untuk periksa mayat musuh dalam lubang besar, kami diserang hendap oleh musuh!
VAT 69 yang cover kami. Cepat je mereka balas tembakan dan serang balik.
Gila berani! Kami banyak dilindungi oleh VAT 69! Mereka tembak dan kejar musuh bagai harimau lapar!
Kami lintang pukang menyorok celah pokok kelapa sawit!
Depan mata saya pertempuran berlaku!
Gila! Memang gila VAT 69!
SAYA : Mereka lawan musuh tanpa peralatan lengkap? Tanpa topi dan baju kalis peluru?
Ya! Ada yang pakai tapi ramai yang tak pakai.
SAYA : Kenapa VAT 69 tak ada kelengkapan semua tu? Kenapa nak pertaruhkan nyawa mereka? Ingat senang ke nak cari ganti VAT 69?!
Marah pula saya! Sedih pun ya!
Entah la puan. No comment..
Banyak lagi yang dicerita tapi semuanya off record. Banyak la pula off recordnya. Dan semuanya mengisahkan tentang kehebatan dan keluhuran peribadi VAT 69.
( Tahniah PDRM! Anda telah berjaya membentuk sebuah pasukan special forces yang terulung di dunia.
Kepada Jurulatih VAT 69, jasa tuan-tuan semua tak ternilai!
Tuan-tuan telah berjaya melatih pejuang negara yang hebat!Jangan pandang sebelah mata kepada satu-satunya pasukan KOMANDO dalam PDRM ni!)
Saya terdiam. Saya tak tau dan saya tak diberitahu oleh mana-mana VAT 69 tentang hal ini.
Malamnya saya terus telefon pegawai VAT 69 yang bertanggungjawab membantu saya menulis THE ONE.
SAYA : Tuan, benarkah cerita ini?
Cerita apa puan?
Saya ulang semula cerita yang dikisahkan kepada saya oleh pegawai polis tadi.
Benar puan.
SAYA : Kenapa tuan-tuan tak cerita semua kepada saya?
Kisah begitu lebih baik dicerita oleh orang lain. Kalau kami cerita seolah kami ni hebat dan bagus sangat. Itu yang kami cuba elak. Bimbang riak dan takbur. Kami lebih selesa tidak diketahui dan tidak dikenali.
SAYA : Tapi kenapa tuan-tuan bertempur tanpa kelengkapan yang sewajarnya?
Kami patuh dan taat tanpa alasan! Demi negara walau nyawa galang ganti.
( Dan pegawai ini tak mahu bercerita lanjut. RAHSIA TETAP RAHSIA!)
Saya terdiam. Di masa yang sama, perasaan hormat dan kasihkan VAT 69 semakin menebal.
Ini yang saya tahu. Banyak lagi rahsia-rahsia yang tersimpan rapi mengenai perjuangan dan pengorbanan VAT 69 dan juga para pejuang negara yang lain.
Sayangilah pasukan keselamatan kita. Mereka yang tidak pernah tidur demi lena tidur kita!
Kepada pasukan keselamatan yang menjadi tali barut dan penerima RASUAH! ANDALAH PENGKHIANAT NEGARA! Membusukkan nama pasukan yang ikhlas berjuang!
Kepada isteri dan anak-anak polis dan tentera,
Bersyukurlah suami dan bapa kalian pejuang negara!
Terima kasih kerana meminjamkan suami dan bapa kalian kepada kami!
Terima kasih!Kepada anggota dan pegawai polis terutama yang fresh dari PULAPOL, ayuh mohon untuk menjadi seorang VAT 69!
Warisan darah perwira harus ada pewarisnya!
Dan andalah pewarisnya!Setiap doa saya sekarang, saya titipkan doa untuk pasukan keselamatan negara. Walau saya tidak mampu mengangkat senjata, inilah yang saya mampu..
Allah...bantulah pejuang negara kami dengan kekuatan dan keagungan- Mu!
Lindungi dan selamatkan mereka walau di mana saja mereka berada!
Allah ya kareem...
Kurniakanlah syurga kepada mereka tanpa dihisab.Amin ya rabbal alamin999x
WARISAN DARAH PERWIRA HARUS ADA PEWARISNYA!
DAN ANDALAH PEWARISNYA!
YOU ARE READING
The Unsung Hero VAT69
Poesía➡ Coretan kata-kata, maklumat & fakta dari novel 'The Unsung Hero' & 'Yang Terunggul The One' karya Melur Jelita ..✨ [SPOILER ALERT] IF WANT FULL VERSION CAN BUY THE NOVEL BY YOURSELF OK... NOT ASK ME FOR IT. I'M WRITING THIS JUST FOR FUN AND FOR MY...