➡15

175 12 0
                                    

----


Part-2

• Setiap acara, susah. Tak ada yang senang. Tapi susah dengan berbagai-bagai bentuk. Bagi buddy saya, acara paya bakau paling susah baginya. Bagi saya, acara kurungan lasak paling susah."

"Acara kurungan lasak bagaimana?" soal Che Amran.

"Ada sebuah bas yang mewah dan berhawa dingin. Tapi kami tak pasang penghawa dingin tersebut. Bas itu sengaja dipanggang di bawah terik matahari selama sejam dua di atas jalan tar. Tiada sebatang pokok pun di sekelilingnya. Setiap tingkap dan lubang ditutup dan disellotape rapi. Para pelatih disuruh berjoging dalam sejam dua. Semua dah basah lencun berpeluh, mereka akan disuruh masuk ke dalam bas dengan bekalan separuh air dalam water bottle. Sila pilih tempat duduk yang berkenan. Duduk dan berehatlah selama mana pun. Nikmati percutian kelas pertama tanpa risaukan apa-apa. Tapi jangan terlena. Risau kamu akan terus jalan walaupun bas tak jalan."

"Setelah sampai masa yang ditetapkan, semua pelatih akan dilepas keluar."

Bunyi macam mudah sahaja, kan?

"Kurungan lasak di dalam bas yang tertutup di tengah hari terik membuatkan keadaan di dalamnya sangat panas, lemas dan berkuap. Ditambah pula para pelatih yang baru kepanasan berjoging, bercampur dengan peluh, nafas yang sesak, bau badan yang berbagai-bagai aroma...menyebabkan peluh keluar bagai orang yang mandi. Basah hingga ke stoking, sehingga stoking pun boleh diperah keluar airnya."

"Teruknya..."

"Untuk menyambung nyawa, ada yang mengelap peluh yang berjejeran dengan stoking. Kemudian stoking itu dinyunyut. Sumber air dan tenaga yang terbaik."

"Yang minum air kencing sendiri pun ada."

"Itulah Komando." Inspektor Zulkifli tersenyum kejam.

"Dalam bas tu tak ada jurulatih?" soal Adam.

"Ada."

"Apa jurulatih buat dalam bas tu?"

"Memantau para pelatih. Kepanasan yang melampau, kedahagaan yang teramat, sesak nafas sehingga membuatkan otak jem boleh menyebabkan para pelatih mengalami halusinasi. Kadang-kadang histeria. Maka pelatih ini akan di-RTUkan."

"RTU tu apa?" Che Amran mencelah.

"Return to unit. Kembali ke unit asal semula. Gagal."

"Biasanya ramai tak RTU?" Soalan kami beramai-ramai.

"Ramai. Dalam dua tiga orang."

"Dua tiga orang tu ramai?"

"Ramai la. Lebih dari satu."

Kami berpandangan sesama sendiri. Hendak tergelak pun ada. Memang VAT 69 ini suka kenakan orang ya?

"Apa tujuan kurungan lasak?" tanya Khairul Azim.

"Untuk melatih ketahanan mental dan fizikal. Bagaimana nak survive dalam keadaan yang sesak dan panas. Bagaimana hendak bertenang bila menghadapi situasi yang mencabar begini. Bagaimana nak mencuri nafas dan nak bernafas. Dan banyak lagi. Terpulang kepada kebijaksanaan para pelatih. Kamu takkan kenal keberanian kalau tidak pernah takut. Kamu tidak akan tahu bagaimana nak hidup jika tidak pernah merasa nak mati."

Fuhhh...dahsyat perumpamaan Inspektor
Zulkifli.

Dipetik dari ILUS Extended Version 1

The Unsung Hero VAT69Where stories live. Discover now