➡16

288 12 1
                                    

Part 3

•"Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah."

"Lepas jadi VAT 69, hidup tuan senang la ya?"

"Tak ada senangnya malah bertambah susah. Latihan setiap hari. Tapi kalau hati dah suka, tiada yang sukar."

Lara mengangkat tangan tinggi. Minat betul dia dengan VAT 69.
"Memang tiada jalan untuk kaum wanita masuk komando?"

"Tiada keperluan." Jawapan pendek Inspektor Zulkifli.

"Boleh masuk VAT 69 tapi, bukan infantri. Mohon sebagai penerjun PARA bebas wanita PDRM bila ada E-SIAR. Nama sahaja duduk dalam pasukan Komando 69 tapi tetap bukan komando kerana polis wanita tersebut berada dalam pasukan sokongan, " tambahnya. Sabar sangat melayan keletah kami.

Che Amran pula mengambil peluang bertanya.
"Bila selayaknya kami boleh memohon?"

"Sebaiknya minta polis dulu. Masuk PULAPOL. Training beberapa bulan terus minta 69."

"Tak boleh bertugas di unit lain dulu ke?" Soal Tan Hock San pula.

"Boleh. Tapi kami sangat menggalakkan freshie dari PULAPOL terus memohon 69. Orang muda. Masih baru dan bersemangat."

"Berapa bilangan 69 sekarang?" soal Khairul.

"Tak ramai. Kurang lebih dalam sebuah sangkar ikan saja."

Memanglah pegawai VAT 69 ini sangat suka berteka-teki. Tetapi kami pun faham. Rahsia tetap rahsia.

"Kenapa tak ramai?"

"Sebab kita pentingkan kualiti bukan kuantiti."

"Tidak mustahilkah bilangannya semakin berkurangan dan bilangan yang memohon semakin sedikit? Bilangan yang ada pula semakin tua?"

"Betul. Tapi kerana mahu meramaikan, kami tetap tidak boleh down grade pemilihan pelapis 69. Sama ada lulus atau tidak lulus langsung. Dua pilihan sahaja yang kami ada. Standard 69 tetap sama dari dulu hingga sekarang. Malahan kami mahu yang baru lebih cemerlang dari yang lama."

"Punca semakin berkurangan?" soal Adam.

"Freshie baru kurang pendedahan kepada 69. Kerja yang tidak glamor. Susah. Berat. Tidak dikenali. Kurang pengiktirafan. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Dah lulus dalam 69 pun bukannya makin senang tapi makin susah. Nyawa dan badan untuk negara. Taat setia sepenuhnya kepada pertiwi. Tiada perkataan tidak dalam bertugas. Bersedia dua puluh empat jam."

"Bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah. Kenapa tuan masuk juga 69?" asak Hakimi.

"Ketakutan bukan untuk dihindari tapi dihadapi...barulah dinamakan lelaki sejati." Jawapan Inspektor Zulkifli sangat bersemangat. Tersenyum lagi.

"Masa sudah tamat, tuan. Boleh bagi ucapan penutup."

"Dengan sedikit pengenalan dari saya, harapnya adik-adik semua sudah mengenali VAT69. Harapan saya, ada di kalangan SUKSIS UM memilih PDRM sebagai bidang kerjaya dan seterusnya menyertai VAT 69 kerana VAT 69 semakin berkurangan anggotanya berdasarkan faktor usia dan kesihatan. Kurangnya permohonan untuk masuk ke 69 sedangkan kepakaran 69 sentiasa dan sangat diperlukan. Unit ini semakin kecil dari hari ke hari. Masalah ini bukan saja berlaku dalam komando polis malah komando tentera juga sama. Tidak ramai yang mahu menyertai komando. Antara masalahnya, kurang pengetahuan tentang komando, kurang cergas dan tidak cukup fit. Jika benar-benar berminat, adik-adik harus siapkan diri, mental dan fizikal dari sekarang untuk memudahkan kelayakan dalam pemilihan. Sayang sekali, jika tiada yang muda dalam 69. 69 adalah warisan darah perwira, harus ada pewarisnya dan kamulah, pewaris itu!"

Bersemangat sekali Inspektor Zulkifli menamatkan bicaranya sehingga berdiri semua bulu roma kami.

End Part-3
Dipetik dari ILUS extended version 1.

The Unsung Hero VAT69Where stories live. Discover now