➡7

474 12 0
                                    

   

Di Pameran PDRM di Pengkalan Chepa berhampiran lapangan terbang Sultan Ismail Petra. Konopi yang dinaikkan menepatkan berbagai cawangan bersama pameran dan alatan semasa bertugas. Jabatan yang terlihat ialah cawangan trafik, jabatan siasatan jenayah narkotik, jabatan siasatan jenayah kormrsil, jabatan siasatan jenayah (forensik dll.), pasukan gerakan khas, pasukan gerakan am dan berbagai-bagai lagi. Demonstrasi pencegahan jenayah, rhytmic marshal arts, persembahan T-Baton, persembahan pancaragam PDRM dan yang ditunggu-tunggu ramai, penyeri dan kemuncak persembahan, war chant, payung terjun dan airborn(HAHO+HALO) +absailing + diving.

Muzik war chant atau gayung perang yang berkumandang kuat, menggemuruhkan setiap yang berada di situ. VAT 69 yang begitu bersemangat mempamerkan aksi hebat dan menggerunkan. Dengan uniform celoreng lengkap bersenjata, pisau komando tersisip di pinggang. Muka yang berbelang hijau hitam pekat, sarung tangan separuh dan beret pasir yang sangat dihormati menimbulkan aura hebat dan sangat berkarisma.

   


Sorakan semakin bergegar bila para komando VAT 69 berjaya mendarat tepat dikawasan sasaran yang bertanda merah. Mereka mendarat dengan sangat bergaya, seolah-olah terbang turun dari angkasa dan mendarat seolah-olah berlari atas awan. Dalam kekerasan tetap nampak kelembutan komando VAT69 dengan gaya pendaratan yang sangat menakjubkan.


Di dalam 3 buah helikopter PDRM terdapat seramai 4 orang komando VAT69 yang akan membuat aksi airborn(HAHO+HALO) +absailing +diving. Aksi -aksi yang akan membuat siapa yg melihat serupa tak ada nyawa. Para komando tu lagilah. Tak bernyawa belaka sebab bahayanya aksi itu tapi mereka boleh buat dengan begitu cekap dan mudah sekali kerana kepakaran yang hebat. Adik-adik yang tak tahu apa, do not try this at home! Not your home, not anyone else's home either! ".

  

   
Pilot pun sangat cekap. Helikopter melayang -layang di atas kepala para pengunjung seperti seekor pepatung, kejap ke kiri, kejap ke kanan, kejap ke atas, kejap menjunam ke bawah, gaya kornar baring pun ada. Dan para komando VAT69 duduk relaks di pintu helikopter dengan kaki yang terjuntai sambil memegang senjata Msteyr. Sangat relaks walaupun helikopter itu membuat berbagai pusingan dan lencongan. Itulah hero-hero kita! Pasukan Polis Elit atau Special Force, Komando VAT69! Very able trooper yang sangat disegani dan digeruni. Jasa dan kehebatan VAT69 yg tidak terbilang.


"Kenali Polis, Cintai Polis".Tema yang sangat mengangkat diri sendiri. Seolah-olah anggota dan pegawai polis sangat menduduki maqam tertinggi dalam senarai calon menantu. Satu yang sangat mengagumkan bagi para pengunjung, para anggota dan pegawai sangat rajin melayan. Tidak ada pengunjung yang dibiarkan bersendirian melainkan disambut dan diraikan, tanpa jemu. Sangat sabar menjawab berbagai-bagai soalan walau peluh menitis sehingga membasahi baju, mereka memberi penerangan sehingga pengunjung berpuas hati. Senyuman tak lekang dari bibir. Ketara sekali para petugas ini gembira dengan tugas mereka sebagai anggota keselamatan dan kegembiraan itu terpancar dari air muka mereka. Nampak kepuasan dan keikhlasan disitu.

The Unsung Hero VAT69Where stories live. Discover now