"Melihat kehebatan dan ketangkasan yang dipamerkan, aku tanam cita-cita untuk menjadi salah seorang yang akan menyisip pisau komando di pinggang dan memakai beret pasir. Dada tersemat sayap payung terjun. Patches lambang sniper, selam tempur. Lambang VAT 69 yang berkerambit dan berlembing. Hitam,Merah dan Kuning. Tertampal gagah. Bendera Malaysia di bahu kiri."-R(SiDiMan)
Pisau komando itu simbol maruah, integriti, keperwiraan, keberanian dan penghormatan yang tertinggi dikurniakan kepada seorang VAT 69 selain daripada beret pasir. Tempatnya hanya disisip di pinggang atau disimpan di tempat yang tidak menjatuhkan nilainya. Ia tidak direndahkan dengan digunakan untuk menyiang ikan, memotong sayur atau disepah merata. Ia dihormati dan disanjung. Bukan mudah untuk mendapatkannya. Segala kesusahan dan penderitaan diharungi. Bermandikan peluh, darah dan air mata. Berapa banyak parut tercalit di badan, belum lagi ada nyawa yang melayang kerananya. Pisau ini kembar siam kepada seorang 69. Lahirnya 69 maka lahirnya ia. Susah senang kami bersama-sama.
Pisau bukan sebarang pisau. Ia mempunyai tautan batin dengan tuannya. It's a love bonding. Love unconditionally. It happens without reason. Pisau ini lengkap dengan lambang komando VAT 69 dan nombor siri. Hanya yang pakar mengenai kehebatan dan ketinggian martabatnya.
3 minggu berada dalam hutan paya hanya pakai cawat dan sebilah pisau komando seorang diri. Dalam hujan ribut. Pamdai-pandailah nak hidup dan selamatkan diri daripada binatang buas. Berada dalam kawasan paya selama 4 hari dan perlu berdiri statik selama dua hari hanya berbekal kompas dan sebilah pisau. Berlatih guna peluru hidup dan bom betul bukan mercun pop-pop. Itu belum lagi berjalan beratus km. Bila kasut but dibuka, stoking dicabut, tertarik sekali dengan kulit tapak kaki. Pedihnnya, Tuhan sahaja yang tahu. Lain kali, mesti beringat...sapu minyak bawang di tapak kaki sebelum patrol.
YOU ARE READING
The Unsung Hero VAT69
Poesia➡ Coretan kata-kata, maklumat & fakta dari novel 'The Unsung Hero' & 'Yang Terunggul The One' karya Melur Jelita ..✨ [SPOILER ALERT] IF WANT FULL VERSION CAN BUY THE NOVEL BY YOURSELF OK... NOT ASK ME FOR IT. I'M WRITING THIS JUST FOR FUN AND FOR MY...