Vat 69 Komando versi polis elit yang tak ada nyawa (tak takut mati). Separa militer. Sama taraf dengan Komando ATM. They are a killing machine. Mereka bergerak bagai bayang. Tak dapat dikesan. Pantas bagai kilat. Berikan mereka senjata atau tangan kosong, mereka menguasai laut, darat, dan udara. Sangat ditakuti oleh lanun, komunis dan penjenayah. Terlatih sama dengan US Seal Navy dan United Kingdom Special Air Service Regiment. SAS tu la tok guru mereka. 69 ditubuhkan pada tahun 1969 untuk membanteras keganasan Parti Komunis Malaya. Sebab itu mereka pakar dalam perang gerila, militer dan taktikal polis. 3 in 1!...
VAT 69 bererti very able trooper. Pasukan yang boleh apa saja. Hanya Polis Diraja Malaysia mempunyai komando, satu-satunya polis komando di dunia sedangkan komando negara lain terdiri daripada tentera. Ertinya, kita ada 2 pasukan komando dalam negara. 1, pasukan komando beret hijau, Gerak khas dalam ATM. 2, VAT 69, elit terabadi. Badge VAT 69 ada lambang lembing di tengah dan kerambit kiri kanan. Erti lembing, 69 lah raja di hutan. Kerambit pula bererti membunuh dengan senyap. Tahu-tahu perut dah terburai. Keberanian mereka mengatasi segala askar elit dunia walaupun tentera upahan Gurkha yang terkenal dengan berani, setia dan jujur. Selalu dihantar ke operasi rahsia merata dunia dan mereka boleh bertukar menjadi siapa saja. Perisik? Jurutera IT? Pakar demolitions? Sniper? Seorang polis trafik? Bodyguard? Pengiring diraja? Namakan apa saja, mereka mampu menyamarkan diri dan menyelesaikan misi. Mereka sangat dan tetap berahsia. Mereka tak akan cerita kepada sesiapa sampai mati!!
Seorang Vat 69 mampu menewaskan 10 musuh dalam satu masa. Kalau bergerak secara sulit, mereka boleh letupkan satu bandar... apa sangat satu bangunan, apa sangat nak bunuh 1 orang ...
YOU ARE READING
The Unsung Hero VAT69
Poesía➡ Coretan kata-kata, maklumat & fakta dari novel 'The Unsung Hero' & 'Yang Terunggul The One' karya Melur Jelita ..✨ [SPOILER ALERT] IF WANT FULL VERSION CAN BUY THE NOVEL BY YOURSELF OK... NOT ASK ME FOR IT. I'M WRITING THIS JUST FOR FUN AND FOR MY...