⚠️ WARNING ⚠️
‼️THIS STORY MAY BE CRINGE AND CLICHÉ ‼️
‼️PLEASE ALERT ABOUT THIS👇🏻‼️
1) Kahwin diusia yang muda
(JIKA AWAK TAK SUKA CERITA YANG KAHWIN AWAL ATAU MUDA BOLEH DETELE STORY NIH DARI LIBRARY AWAK)2) CRINGE & CLICHÉ
(JANGAN CAKAP SAYA TAK WARNING AWAL-AWAL YA?)3) SILA BIJAK DALAM MENULIS KOMEN UNTUK PENULIS CERITA INI. JANGAN TERPALING KOMEN.
4) JIKA ADA HAL YANG TIDAK PUAS HATI TERHADAP CERITA INI AWAK DIALU-ALUKAN UNTUK PM TEPI SAYA SAHAJA.
📍 DON'T PLAGIAT MY STORY.
📍TYPO EVERYWHERE.
©ALL RESERVED BY NABILANNURUL
AUTHOR:NABILANNURUL
COVERBOOK:NABILANNURUL
EDITOR: NABILANNURUL[29 MAY 2022]
"Weh!"Panggil Arissa sambil menarik kerusi yang berada dihadapan Naila lalu, dia melabuhkan punggungnya dikerusi."Apa?"Balas Naila acuh tak acuh. Tangannya masih ligat menyiapkan kerja sekolahnya. Lagipun dia tahu niat rakannya itu. Tidak lain tidak bukan pasti tentang gosip semasa disekolah mereka.
"Kau ada dengar gosip pasal ketua pengawas baru kita itu?"Tanya Arissa. See? Baru je cakap tadi. Kalau nak tahu Arissa memang hebat dalam bidang gosip-mengosip. Sebab itulah dia tahu akan gosip dipersekitarannya.
Tangan Naila berhenti daripada menyiapkan kerja sekolahnya. Dia mengangkat kepalanya memandang Arissa. Dahi dikerutkan olehnya.
"Apahal?"Tanyanya sambil menyambung kerjanya yang tergendala tadi.
"Dia handsome tho!" Puji Arissa sambil menepuk sedikit meja Naila. Naila sedikit tidak terkejut malah menyambung kerjanya lagi.
"Jadi?"Kedengaran Arissa berdecit. Naila hanya senyum kecil sahaja. Sengaja mahu membuat Arissa naik angin.
"Bosanlah kau ni."Kata Arissa sambil menjeling Naila yang sedang tekun membuat kerjanya. Naila menghelakan nafas kecil sebelum berhenti daripada meneruskan menyiapkan kerja sekolahnya. Tumpuanya diberikan sepenuhnya pada Arissa.
"Bosan pulak?"Soal Naila sambil menyilangkan tangannya ke dada. Dia hanya merenung rakannya yang berhadapan dengannya.
"Yelah, aku nak cerita pun kau tak layan."Arissa memucungkan mulutnya. Naila mengulingkan bebola matanya ke atas. Terasa geli apabila secara spontan Arissa memucungkan mulutnya kehadapan. Huh!
"Lebih baik kau siapkan kerja daripada duk cerita benda yang tak menarik."Bebel Naila kepada Arissa. Sebenarnya dia malas mahu melayan karenah rakan baiknya itu. Difikirkan kerana rakan baiknya jadi, lebih baik dia layan kanlah karenah si Arissa. Rakan dia bukan rakan orang lain.
"Hey, aku citer benda menarik, okay?!" Protes Arissa bagi sebelah pihaknya. Naila hanya memasang telinga sahaja. Malas nak menjawab, malas nak ambil port dan semuanya MALAS!
"Hesy, dahlah aku blah dululah! Malas nak layan kau."Rungut Arissa sambil mendengus kecil. Lega hati Naila apabila mendengarkan balasan daripada Arissa. Akhirnya, dapat juga dia membuat kerja dengan aman-damai dengan harmoni sekali.
"Siapa suruh layan aku?"Meluas mata Arissa mendengarkan balasan savage daripada Naila. Dia mendengus kecil sebelum bangun dari tempat duduknya.
Naila ketawa kecil sebelum menyambung menyiapkan kerjanya. Tulah Arissa, siapa suruh cerita benda yang tidak menarik? Kan dah kena palau. Padan muka!
Kring!
"Naila, aku balik dulu."Ujar Arissa sambil duduk dimuka pintu. Naila hanya mengangguk sahaja sebelum dia mengalas beg sekolahnya.
Sebelum keluar daripada kelas Naila menutup kipas sebelum berlalu keluar daripada kelas.
Buk!
Semasa Naila menuruni tangga dia terlanggar seseorang. Nasib baiklah dia sempat berpaut pada pemegang tangga.
"Sorry."Ucap orang yang terlanggar Naila tadi sebelum dia berlalu pergi begitu sahaja. Naila memandang belakang kelibat si dia dengan penuh tanda tanya.
Ucap tu sahaja? Bukannya nak pandang dia, at least tengoklah orang tu ada cedera ke? Luka ke? Ini pergi macam tu je? Haih, inilah orang zaman sekarang.
Naila bangun dari jatuhnya sebelum mengibas-gibas sedikit punggungnya dan menyambung perjalanannya yang tergendala tadi.
Vote and comment.
YOU ARE READING
LUQMAN'S
Teen Fiction[ C O M P L E T E ] ‼️ WARNING ‼️ ⚠️ TYPO EVERYWHERE ‼️ ✓CLICHÉ ALERT ✓CRINGE ALERT ✓MY FIRST BOOK ✓BELUM DIEDITING ✓HAMBAR DAN BOSAN [COMPLETE] LUQMAN HAKIMI×NAILA KHAISARAH Perkahwinan diatur oleh kedua keluarga mereka. Adakah cinta akan berputi...