"Allhamdullilah, sayang betul ke ni?!" Jerit Luqman sambil mendekati Naila yang sedang baring membelakanginya diatas katil.
"Apa yang betul?" Soal Naila sambil menoleh ke arah Luqman yang tersenyum bahagia itu.
"Ni?!" Soal Luqman sambil menunjukan pregnancy test pada Naila.
"Hmm." Balas Naila sambil menyelimut dirinya sehingga paras dada, Luqman mencebik sebelum dia mendekati isterinya yang berada diatas katil itu.
Luqman mengambil sedikit ruang disebelah Naila, tangannya naik mengusap-gusap rambut Naila.
"Ini ke berita gembira sayang nak bagitahu tu? Maafkan abang sebab tak angkat call dengan balas message. Abang sibuk sedikit kat pejabat tu, maafkan abang honey..." Ucap Luqman sambil mencium tepi kepala isterinya, Naila hanya mendiamkan diri sahaja.
"Sayang, maafkan abang ke tidak ni?" Soal Luqman, Naila menoleh ke arah Luqman.
"Yelah, sayang maafkan. Janji, lepas ini jangan palau call sayang dengan message sayang." Kata Naila sambil membuat muka cemburutnya, Luqman mengangguk.
"Ya sayang, abang janji." Kata Luqman sambil mencuit pucuk hidung Naila, Naila ketawa kecil.
"Abang..."
"Ya sayang? Nak apa?"
"Tidurlah sebelah sayang. Nak peluksss." Kata Naila dengan nada kecomelan, mulut dimuncungkan olehnya. Luqman ketawa kecil sebelum dia baring disebelah isterinya.
Naila memeluk Luqman sebelum kepalanya dilentokkan di dada bidang Luqman. Luqman membalas pelukan.
"Sleep tight my honey..." Ucap Luqman sebelum mencium ubun-ubun isterinya.
YOU ARE READING
LUQMAN'S
Fiksi Remaja[ C O M P L E T E ] ‼️ WARNING ‼️ ⚠️ TYPO EVERYWHERE ‼️ ✓CLICHÉ ALERT ✓CRINGE ALERT ✓MY FIRST BOOK ✓BELUM DIEDITING ✓HAMBAR DAN BOSAN [COMPLETE] LUQMAN HAKIMI×NAILA KHAISARAH Perkahwinan diatur oleh kedua keluarga mereka. Adakah cinta akan berputi...