Naila menongkat dagu sambil memandang dua beranak dihadapannya bertungkus-lumus menyiapkan Pizza untuknya.
Setelah sekian lama mereka berdua berperang akhirnya siap jua Pizza yang dipinta oleh Naila tadi.
"Nah sayang, Pizza for you honey." Luqman meletakkan pinggan yang berisi sepotong Pizza itu dihadapan Naila, Naila memandang pinggan yang berada dihadapannya itu dengan pandangan kosong sahaja. Mengapa dia secara tiba-tiba hilang selera makan? Dia tidak mahukan Pizza, dia mahukan makanan lain.
"Mama cuba, try, test. Sedap ke tak? Comment sedikit, Nazim dengan papa nak tahu." Kata Nazim sambil membetulkan sedikit topi chefnya, Luqman disebelah hanya mengangguk sahaja tanda setuju dengan anaknya.
"Umm, abang?"
"Ya sayang kenapa?"
"Sayang tak nak Pizza, sayang nak Mac and cheese boleh? Tapi, abang dengan Nazim buatkan? Boleh?" Ternganga mulut Luqman dan Nazim.
"What?! Mama nak Mac and cheese?!" Jerit mereka serentak, Naila mengangguk kecil. Luqman dan Nazim jatuh kepengsanan, Naila terpinga-pinga. Aik, baru suruh masak dah pengsan? Belum lagi suruh kemas rumah, mahu tak pengsan seharian.
Setelah beberapa hari Naila meminta Mac and cheese pada suami dan anaknya, perangainya semakin lama semakin pelik.
Naila mulai mengidam benda yang pelik-pelik. Luqman hanya layan walaupun tengah malam sekalipun, sweet like always.
"Abang..." Gerak Naila ditengah malam, Luqman yang mendengarkan suara isterinya itu lantas mencelitkan matanya.
"Ya sayang, kenapa? Nak makan? Mengidam apa lagi? Abang pergi cari." Luqman berura-ura untuk bangun tetapi, terbantut tatkala Naila menghalangnya untuk bangun.
"Sayang tak nak makan, sayang nak abang picitkan kepala sayang. Sayang pening." Adu Naila, Luqman kembali membaringkan dirinya. Tangannya naik memicit kepala Naila.
"Sayang okay ke tak ni? Abang risaulah tengok sayang macam ni." Kata Luqman sambil ligat lagi memicit kepala Naila.
"Sayang okay je, cuma beberapa hari ini tak sedap badan aje." Naila menepis tangan Luqman lembut sebelum dia memeluk Luqman. Luqman hanya membalas pelukan sahaja.
"Abang bacakan Surah Al-Mulk untuk sayang ya?" Naila mengangguk, Luqman merenggangkan sedikit pelukan sebelum dia membaca Surah Al-Mulk dari mula hingga akhir ditelinga kanan Naila.
Kelebihan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:
1)Tidak merasa azab kubur
2) Membantu masuk syurga
3)Pembaca akan dikeluarkan daripada Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga
4)Mengikut sunah Nabi Muhammad SAW
5)Menjadi pengganti semasa soal jawab dengan munkar nakir
6)Wajah akan dicerahkan seperti Nabi Yusuf pada hari kiamat
7)Mengampunkan dosa pembaca
8)Hati beriman
9) Disayangi dan dikasihi oleh orang sekeliling
10)Melindungi kita daripada seksaHadith Riwayat Al-Tirmidzi: 2890
YOU ARE READING
LUQMAN'S
Teen Fiction[ C O M P L E T E ] ‼️ WARNING ‼️ ⚠️ TYPO EVERYWHERE ‼️ ✓CLICHÉ ALERT ✓CRINGE ALERT ✓MY FIRST BOOK ✓BELUM DIEDITING ✓HAMBAR DAN BOSAN [COMPLETE] LUQMAN HAKIMI×NAILA KHAISARAH Perkahwinan diatur oleh kedua keluarga mereka. Adakah cinta akan berputi...