BAB 17

9.2K 601 2
                                    

8 Bulan Kemudian...

"Abang."Panggil Naila lembut sambil menepuk sedikit bahu Luqman. Luqman mencelitkan mata. Wajah isterinya menyapa kornea matanya.

"Kenapa sayang? Perut sakit? Kaki sakit?"Soal Luqman bersama suaranya serak-serak basah. Bertubi-tubi soalan dilontarkan untuk Naila. Naila mengeleng perlahan.

"Bukan."Luqman mengosok-gosok matanya. Dia bangun dan duduk bersila dihadapan Naila.

"Habis itu?"Luqman mengusap-gusap perut Naila yang agak membukit itu.

"Sayang...lapar."Luqman tersenyum. Dia bertindak mengusap-gusap kepala Naila.

"Kejap, abang masak untuk sayang."Baru sahaja Luqman mahu turun dari katil, Naila terlebih dahulu menghalangnya.

"Kenapa? Hmm?"Naila tersengih.

"Abang masakkan sayang pancake, boleh?"Naila mengelip-gelipkan beberapa kali matanya minta simpati.

"Pancake?"Soal Luqman sambil mengerutkan dahi. Naila laju mengangguk.

"Okay,abang masakkan sayang pancake."Luqman mahu turun dari katil tetapi sekali lagi Naila menghalangnya.

"Kejap!"

"Kenapa sayang?"Naila tersengih lagi.

"Nak ikut turun bawah."Pintanya.

Sejak dia mengandung Luqman melarangnya untuk banyak bergerak. Katanya dia tidak mahu Naila selalu sakit kaki akibat banyak bergerak.

Luqman menghelakan nafas kecil sebelum mengangguk kecil.Naila tersenyum lebar.

"Jom."Luqman menghulur tangannya pada Naila. Naila menyambutnya dengan gembira sekali.

Mereka berdua pun turun ke bawah.

"Duduk sini,abang pergi masak sekejap."Naila mengangguk sebelum melabuhkan punggungnya dikerusi. Naila hanya jadi memerhati melihat Luqman memasak untuknya.

"Pancake dah siap!"Luqman meletakkan pinggan yang berisi pancake dihadapan Naila

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Pancake dah siap!"Luqman meletakkan pinggan yang berisi pancake dihadapan Naila. Luqman menarik kerusi disebelah Naila lalu, melabuhkan punggungnya.

"Makanlah."Naila mengeleng.Dia memandang pancake itu dengan pandangan kosong sahaja.

"Lah...kenapa tak makan?Bukan tadi sayang yang minta?"Naila mencebik.

"Hey, honey kenapa ni?Tell me what's wrong?"Luqman menyelitkan rambut Naila dibelakang telinga.

"Sayang tak nak pancake, sayang nak burger arnab."Terlopong mulut Luqman mendengarnya.

"B-burger arnab?"Naila mengangguk kecil. Luqman menghelakan nafas kecil. Dia senyum manis pada isterinya.

Dia merangkul pinggang Naila.

"Esok abang pergi beli eh? Sekarang, makan pancake ni dulu."Suruh Luqman.

"Tak nak, sayang nak burger arnab sekarang jugak!"Bentak Naila.

"Tak boleh, sayang. Sekarang tengah malam bukan pagi."Luqman mengusap-gusap rambut Naila.

"Tak nak, sayang nak jugak!"Bentaknya lagi.Luqman menghelakan nafas kecil lagi.

"Okay fine! Kalau abang tak nak beli sudah! Sayang tak paksa pun abang beli. Sayang je lebih mengada!"Marah Naila. Luqman terkejut dengan amarah isterinya.

"Sayang jangan macam ni,esok abang janji abang pergi beli."Luqman mahu mengusap-gusap rambut Naila,tetapi Naila menepis tangannya. Luqman terkejut dengan tindakan Naila.

"Sayang-"

"Sudahlah, sayang naik dulu."Merajuk Naila. Dia bangun dari duduknya dan berlalu naik ke atas. Luqman mahu menolongnya tetapi dihalang mentah-mentah oleh isterinya.

Luqman hanya menghantar Naila dengan ekor mata sahaja sebelum dia meraup mukanya. Mana dia mahu mencari burger arnab?

Vote and comment 🧸

LUQMAN'SWhere stories live. Discover now