#5-SPECIAL CHAPTER

5.8K 418 4
                                    

Beberapa bulan kemudian, perut Naila semakin lama semakin membesar. Dalam beberapa bulan itu juga Luqman tenang melayan karenah isterinya itu, Nazim juga turut membantu papanya.

"Hmm?" Naila mencelitkan matanya tatkala dia terasa kakinya dipicit oleh seseorang.

"Eh abang, bila balik?" Soal Naila, Luqman hanya tersenyum sahaja.

"Baru aje. Sayang sakit kaki ya?" Soal Luqman, Naila mengangguk.

"Takpe biar abang urutkan." Kata Luqman.

"Eh abang pergi mandi dulu, makan. Kesian abang balik-balik terus urut sayang, abang tak penat ke?" Kata Naila, Luqman mengeleng.

"Takpe, mandi dengan makan tu kejap lagi pun boleh. Abang kesian tengok sayang, sayang bawa nyawa abang lagi satu dalam perut tu. Mana abang tak risau kalau sayang sakit-sakit ni. Cukuplah dulu abang tengok sayang sakit masa mengandung Nazim dulu, abang tak nak sayang sakit." Ujar Luqman sambil mengurut kaki Naila, mata Naila berkaca. Sebak dengan kata-kata suaminya itu.

"Sayang minta maaf, abang." Ucap Naila sebak, Luqman mengerutkan dahinya.

"Kenapa minta maaf dengan abang?"

"Yelah, abang layankan aje karenah sayang." Kata Naila sambil mencebik, Luqman menghelakan nafas kecil sebelum dia mendekati isterinya. Dia mengambil tempat sedikit diatas katil.

"Kenalah layan, isteri abang kan? You're my soulmate forever and ever." Ujar Luqman sambil menyelitkan rambut Naila dibelakang telinga. Naila memeluk Luqman, Luqman membalas pelukan.

"Abang pergilah mandi, sayang nak makan dengan abang." Kata Naila sambil meleraikan pelukan.

"Okay, abang mandi sekarang. Sedikit lagi abang suapkan sayang makan ya?" Naila hanya mengangguk sahaja.

"Sayang nak makan apa?" Soal Luqman sambil menolong Naila untuk duduk diatas kerusi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sayang nak makan apa?" Soal Luqman sambil menolong Naila untuk duduk diatas kerusi.

"Nak nasi dengan lauk Ayam Masak Kicap aje." Pinta Naila, Luqman mengangguk sebelum tangannya ligat mencedok nasi dan lauk yang dipinta oleh Naila tadi.

Setelah selesai, Luqman melabuhkan punggungnya disebelah Naila.

"Bismillah..." Ucap Luqman sebelum menyuap Naila makan, Naila hanya membuka mulut sahaja.

"Nak air abang." Pinta Naila, Luqman menghulurkan segelas air suam pada Naila. Naila menyambut huluran sebelum air suam diteguk perlahan olehnya.

Kekurangan idea. Sorry ;)

LUQMAN'SWhere stories live. Discover now