BAB 8

11.4K 710 6
                                    

"Terima kasih Pak Samad sebab sudah tolong hantarkan Luqman dengan Naila."Pak Samad mengangguk kecil seraya senyum tipis.

"Sama-sama Luqman."

"Pak Samad minta diri dulu ya."

"Baik Pak Samad. Terima kasih."Pak Samad melulu ke arah tempat pemandu sebaik dia telah mengeluarkan beg bagasi milik Luqman dan Naila.

Luqman hanya menghantar kereta Alphard dengan ekor mata sahaja sebelum kelibat kereta Alphard menghilang.

"Jom."Ajak Luqman. Baru sahaja Naila mahu mengambil beg bagasinya Luqman terlebih dahulu membawanya. Tanpa banyak cakap Naila hanya membutunti Luqman.

"Ingat pesan mama, Naila."Gumam perlahan Naila.

Luqman menguak pintu rumah mereka berdua.

"Asalamuailaikum."Ucap Luqman seraya meletakkan beg bagasi ditepi pintu.

"Wah!"Ternganga mulut Naila kerana terpegun dengan dekorasi rumah ni.

"Sayang."

"Y-ya?"

"Tutup mulut tu."Tegur Luqman. Naila cepat-cepat menutup mulutnya. Luqman ketawa kecil.

"Sayang nak bilik mana?"Soal Luqman. Naila memandang Luqman. Boleh pilih bilik ke? Seronoknya.

"Nak master bedroom."Luqman mengangguk.

"Okay, jom."Luqman mengengam tangan Naila. Naila hanya membiarkan sahaja Luqman mengengam tangannya. Dah halal bukan?

Pintu bilik dikuak oleh Luqman.

"Your room."Naila menapak masuk ke dalam biliknya. Luqman mengikuti langkah isterinya.

"You like?"Naila mengangguk.

"Thank you."Luqman senyum manis pada isterinya. Belakang tangan isterinya dikucup sekilas.

"Nanti beg abang tolong bawak naik."Naila hanya mengangguk.

"Sayang rehatlah dulu. Nanti apa-apa turun je dekat bawah." Kata Luqman.

"Okay."Luqman menutup pintu bilik Naila. Naila menghelakan nafas kecil.

Flashback...

"Mama?" Panggil Naila. Puan Mariam menoleh. Senyuman tipis diberikan kepada anaknya

"Ha Naila mari duduk sebelah mama."Puan Marian menepuk sedikit kerusi batu disebelahnya. Naila mengambil tempat disebelah mamanya.

"Ada apa hal mama panggil Naila ni?"Puan Mariam mengengam tangan Naila.

"Naila kalau mama nak tegur sedikit boleh?"

"Boleh."

"Kenapa Naila bahasakan diri akukau dengan Luqman?"Naila tersentak.

"Errr...Naila tak bersedia lagi nak panggil dia 'abang'"Jawab Naila polos.

Puan Mariam menghelakan nafas kecil.

"Naila, kalau Naila tak bersedia lagi nak panggil dia abang, at least panggil lah dia dengan panggilan yang elok sikit,bukan akukau. Luqman kan suami Naila."Terang Puan Mariam panjang lebar.

"Bukan mama marah Naila tapi, Naila cubalah terima Luqman sebagai suami Naila."Puan Mariam mengusap-gusap pipi melus anaknya. Naila mati kata. Lidahnya kelu.

Vote and comment

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Vote and comment.

LUQMAN'SWhere stories live. Discover now