[ C O M P L E T E ]
‼️ WARNING ‼️
⚠️ TYPO EVERYWHERE ‼️
✓CLICHÉ ALERT
✓CRINGE ALERT
✓MY FIRST BOOK
✓BELUM DIEDITING
✓HAMBAR DAN BOSAN
[COMPLETE]
LUQMAN HAKIMI×NAILA KHAISARAH
Perkahwinan diatur oleh kedua keluarga mereka.
Adakah cinta akan berputi...
Namun hampa, tiada pun kelibat Luqman dia melihatnya. Selepas sahaja kejadian petang tadi berlaku Luqman dingin bersamanya.
Barangkali dia masih marah dengannya. Naila menghelakan nafas kecil sebelum kakinya mengatur ke bilik bawah. Pasti Luqman sedang melukis sekarang.
Naila menolak daun pintu bilik. Kosong. Tiada orang. Haih...mana Luqman ni!
Kaki Naila bergerak ke arah satu lukisan potret yang belum habis disiapnya. Naila memegang lukisan tersebut, tersenyum dia melihat tatkala dirinya menjadi pilihan untuk dilukis oleh Luqman.
Ditepi lukisan tersebut tertulis...
BIDADARI SYURGAKU NUR NAILA KAISARAH.
Mati seketika senyuman Naila apabila melihat ayat itu. Walaupun, ayat biasa tetapi bagi Naila dia berasa sebak apabila membaca ayat itu.
Klak!
"Sayang?"Naila menoleh kebelakang sambil matanya berkaca dan mahu menangis. Dia berlari anak ke arah Luqman sambil membawa potret tersebut.
Luqman kaku. Dia hanya membalas pelukan dan mengosok-gosok belakang Naila. Naila menghamburkan tangisannya di dalam pelukan Luqman.