#1-SPECIAL CHAPTER

7.2K 494 16
                                        

Beberapa tahun kemudian...

"Abang, bangun solat subuh." Gerak Naila sambil membentangkan sejadah.

"Umm." Rengek Luqman sambil mengosok-gosok matanya.

"Bangun, pergi ambil wuduk dulu. Sayang nak kejut Nazim sekejap." Pesan Naila sebelum keluar daripada bilik.

"Umm, okay honey." Balasnya sambil mengambil langkah longlainya ke arah bilik mandi.

" Balasnya sambil mengambil langkah longlainya ke arah bilik mandi

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Nazim..." Gerak Naila sambil menepuk bahu anaknya perlahan.

"Umm." Rengek Nazim sambil mengeliat kecil.

"Bangun, solat subuh sama-sama jom." Ajak Naila. Nazim mengangguk sebelum dia turun daripada katil bersama matanya yang masih lagi tertutup. Naila hanya mengeleng kecil sahaja. Haih..macam-macam ragam!

Setelah mengejut mereka berdua bangun, Naila mengambil wuduk lalu solat subuh berjemaah bersama suami dan anaknya.

Setelah mengejut mereka berdua bangun, Naila mengambil wuduk lalu solat subuh berjemaah bersama suami dan anaknya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Luqman mengaminkan doa sebelum dia baring diatas riba isterinya itu. Tangan Naila naik mengusap-gusap rambut Luqman.

"Hesy, papa ni Nazim pun nak baring atas riba mama juga!" Bentak si kecil sambil menghentakkan kakinya tanda protes marah. Luqman menjeling anaknya.

"Mama, papa punyalah! Awak tu yang menyibuk, pergi masuk bilik sana!" Halau Luqman sambil memeluk pinggang Naila, Nazim mencerlung tajam papanya sebelum dia mendekati Naila.

"Tak nak, Nazim pun nak manja dengan mama juga!" Protes si kecil sambil mengambil tempat disebelah Naila. Luqman berdecit sebelum dia bangun dari baringnya lalu bersila disebelah Naila. Dia bertentang mata dengan anaknya demi merebut isterinya daripada anaknya.

"Ahh, s-sakit sayang!"

"Ahh, s-sakit mama!"

Jerit mereka berdua serentak kesakitan akibat Naila mencubit telinga mereka berdua.

"Disebabkan abang dengan Nazim bergaduh disebabkan berebut saya, hari ini mama nak tengok awak berdua masakkan mama Pizza. Saya tak nak abang beli kat luar tetapi masak dengan Nazim. Ada faham?" Kata Naila sambil melepaskan cubitan ditelinga mereka berdua.

Membulat mata Luqman dan Nazim mendengarkan arahan tersebut.

"Honey nak makan Pizza?!"

"Mama nak makan Pizza?!"

Soal mereka berdua serentak, Naila mengangguk sebelum dia menyilangkan tangannya ke dada.

"Ya, bahan-bahan semua ada kat dapur. Tinggal nak masak aje. Alah, lagipun saya mengidam nak makan Pizza." Ujar Naila selamba.

"Boleh kan abang? Nazim, anak mama satu ni?" Naila mengelip-gelipkan matanya beberapa kali untuk meminta simpati, lambat-lambat Luqman dan Nazim mengangguk. Naila menjerit keriangan.

LUQMAN'STempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang