BAB 12

10.7K 707 28
                                    

"Sedap?"Laju sahaja Naila mengangguk. Luqman hanya tersenyum melihat isterinya yang melantak aiskrim llaollao sehingga comot.

"Comotlah, honey."Luqman mengambil tisu dan mengelap ditempat yang comot tadi. Naila ketawa kecil.

Luqman mengusap-gusap kepala Naila yang dibaluti dengan tudung shawl.

"Dik, kerusi ni tiada orang ke?"Soal wanita yang berlingkungan dalam 50-an.

Luqman dan Naila mendogakkan kepala melihat wanita tersebut.

"Tiada, nakcik bolehlah ambik."Balas Luqman seraya senyum nipis pada wanita tersebut.

"Terima kasih ya, dik."Wanita tersebut mengambil kerusi dan beredar dari situ. Luqman tersenyum. Dia mengalihkan pandangan ke arah isterinya.

"Kenapa senyum kat Makcik tu?!"Marah Naila bersama muka merahnya. Luqman ketawa kecil. Dengan Makcik pun nak cemburu?

"Salah ke abang senyum?"

"Salah!"Luqman mula merangkul pinggang isterinya supaya Naila dekat bersamanya.

"Cemburu ke?"Naila menjeling Luqman tajam.

"Taklah!"Nafinya. Luqman menghelakan nafas kecil.

"Habis kenapa marah-marah macam ni?"Soal Luqman. Naila mendengus kecil, dia menepis tangan Luqman yang berada dipinggangnya.

"Eh sayang nak pergi mana?"Soal Luqman sebaik melihat Naila mengemas-gemaskan barang-barangnya. Naila tidak menjawab.

Dia terlebih dahulu mengangkat kaki dan meninggalkan Luqman keseorangan di Medan Selera.

"Eh sayang!"Jerit Luqman sambil berlari anak mengejar Naila. Kaki Naila laju mengatur ke pintu utama. Dalam perjalanan dia mahu ke tempat parkir kereta

Pin! Pin! Pin!

"SAYANG!!!"Luqman menarik Naila di dalam dakapannya. Bunyi dengupan jantung Luqman boleh didengari oleh Naila. Habis luluh hati Luqman apabila Naila nyaris mahu dilanggar.

"Nak kena langgar ke, hmm?Kalau merajuk sekalipun janganlah buat abang macam ni. Luluh tahu hati abang ni bila tengok sayang nyaris-nyaris nak kena langgar, tahu tak?"Naila diam di dalam dakapan Luqman.

"Lain kali jangan buat macam ni, abang tak suka.Kalau sayang merajuk jangan sampai bahayakan diri tu."Nasihat Luqman lembut. Pelukan dileraikan. Luqman memandang Naila yang menunduk itu.

Luqman menolak dagu Naila lembut. Mata Naila berkaca.

"I'm sorry."Ucapnya sebelum memeluk suaminya erat. Luqman membalas pelukan.

"Dah, jom balik."Ajak Luqman. Naila mengangguk sebelum mereka mengatur langkah ke parkir kereta.

 Naila mengangguk sebelum mereka mengatur langkah ke parkir kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

VOTE AND COMMENT ❤️🥰

LUQMAN'SWhere stories live. Discover now