[ C O M P L E T E ]
‼️ WARNING ‼️
⚠️ TYPO EVERYWHERE ‼️
✓CLICHÉ ALERT
✓CRINGE ALERT
✓MY FIRST BOOK
✓BELUM DIEDITING
✓HAMBAR DAN BOSAN
[COMPLETE]
LUQMAN HAKIMI×NAILA KHAISARAH
Perkahwinan diatur oleh kedua keluarga mereka.
Adakah cinta akan berputi...
SEUSAI makan malam, Naila meminta diri terlebih dahulu untuk mencuci pinggan. Lily turut membantunya di dapur walaupun, Naila sudah melarang untuk Lily membantunya.
Tetapi, Lily tetap berkeras untuk membantunya. Naila hanya memberi keizinan untuk Lily membantunya. Takkan nak bantah pula?
Selepas mereka berdua selesai mencuci pinggan, Naila dan Lily menapak ke ruang tamu. Naila membawa teko yang berisi air teh manakala, Lily membawa cawan. Air teh dituang oleh Naila.
"Jemputlah minum."Naila menolak sedikit cawan berisi air teh dihadapan Puan Liza dan Tuan Idris. Tidak lupa juga, dia menuangkan air untuk orang lain.
Dia mengambil tempat disebelah Lily. Dia memandang Luqman yang menunduk itu.
'Dia ni memang duk tunduk daripada tadi ke?' Desis hati Naila sambil melontarkan satu senyuman yang manis buat Puan Liza. Mak kepada Luqman.
"Naila."Panggil Tuan Iskandar lembut. Naila menoleh ke arah papanya seraya senyum tipis.
"Ya?"
"Naila sebenarnya kami semua nak satukan Naila dengan Luqman. Naila setuju ke?"Membulat mata Naila mendengarkan hal itu.
"Wait-what?!"Suara Naila ternaik seoktaf. Semua disitu berdiam seketika. Dia memandang mama dan papanya bersilih-ganti.
"Kenapa papa nak Naila kahwin dengan Luqman?"Soal Naila mengawal sedikit suaranya. Dia tidak mahu menjadi anak yang derhaka.
"Sebenarnya kami sudah lama berniat untuk satukan Naila dan Luqman. Since kami semua berkawan baik jadi, kami mahu menjalinkan hubungan baik ini sampai kami ke anak cucu. Oleh sebab itu, kami membuat keputusan untuk satukan kalian berdua." Jelas Tuan Iskandar kepada anak perempuannya. Naila terdiam seketika. Dipandang muka orang tuanya serta orang tua Luqman.
Orang tua Luqman memandang Naila sambil senyum tipis. Sepertinya memberi makna untuk menerima Luqman. Adakah Luqman baik untuknya?
"Naila setuju tak sayang?" Tanya Puan Mariam sambil memandang Naila. Naila bingung.