"Sayang cuba check." Luqman memberikan pregnancy test pada Naila yang sedang menjamu selera itu.
"Hmm?" Naila lambat-lambat mengambil kotak pregnancy test daripada Luqman.
"Nanti check okay? Mana tahu ada rezeki kita lagi?" Kata Luqman sambil menyelitkan rambut Naila dibelakang telinga. Naila mengangguk.
"Okay!" Luqman tersenyum melihat kecomelan isterinya itu, tangannya naik mengusap-gusap rambut Naila.
"Abang pergi kerja dulu. Bye, sayang." Ujar Luqman sambil mencium dahi licin Naila sebelum dia berjalan mendekati pintu.
Klak!
Naila keluar daripada bilik mandi dengan senyuman yang melebar.
"Allhamdullilah!" Jerit Naila sebaik dia disahkan mengandung buat kali kedua. Rezeki daripada Allah SWT.
"Kena bagitahu abang ni." Naila mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja solek sebelum dia mendail nombor suaminya.
Tut...tut...tut
"Nombor yang anda dail..."
"Aik, tutup telefon ke apa abang ni?" Soal Naila sambil melihat skrin telefonnya. Mana Luqman ni?
You:
Abang, balik cepat! Sayang ada berita gembira nak bagitahu abang. Balik cepat tau."Satu tick aje?" Soal Naila yang mencuba hantar message pada Luqman. Naila mencebik.
"Asalamuailaikum..." Ucap Luqman sambil menutup pintu. Satu rumah sudah gelap kerana dia pulang lewat ke rumah pada hari ini.
"Lambat abang balik?" Soal Naila yang duduk disofa dalam keadaan gelap itu, Luqman mengurut dadanya. Ya Allah apahal isteri aku duduk dalam gelap ni?
"Ya Allah sayang! Kenapa duduk dalam gelap ni?" Soal Luqman sambil membuka suis lampu. Automatik satu rumah cerah dengan kehadiran lampu.
"Abang tak jawab lagi soalan saya." Soal Naila lagi dalam nada dingin, Luqman menghelakan nafas kecil sebelum dia mendekati isterinya yang berada disofa.
Dia menghenyakkan punggungnya disebelah Naila.
"Abang minta maaf sebab abang balik lambat hari ini. Berita gembira apa yang sayang nak cakapkan itu?" Soal Luqman lembut sambil memandang isterinya. Naila menjogetkan sebelah keningnya memandang suaminya.
"Abang rasa?" Soal Naila sambil menyilangkan tangannya ke dada.
"Sayang tak beritahu mana abang nak tahu." Naila menjeling, pagi tadi dia yang suruh kita check sekarang dia lupa pulak.
"Malaslah nak bagitahu!" Kata Naila sebelum naik ke atas. Luqman terkebil-kebil melihat isterinya. Apahal isteri aku ni? Datang bulan ke apa? Soalnya seorang diri.
YOU ARE READING
LUQMAN'S
Ficção Adolescente[ C O M P L E T E ] ‼️ WARNING ‼️ ⚠️ TYPO EVERYWHERE ‼️ ✓CLICHÉ ALERT ✓CRINGE ALERT ✓MY FIRST BOOK ✓BELUM DIEDITING ✓HAMBAR DAN BOSAN [COMPLETE] LUQMAN HAKIMI×NAILA KHAISARAH Perkahwinan diatur oleh kedua keluarga mereka. Adakah cinta akan berputi...