5 bulan kemudian...
Naila meraba-raba disebelahnya. Kosong. Dia mencelitkan mata melihat tempat tidur Luqman. Aik mana Luqman?
Dia bangun dari baringnya lalu, mencari Luqman.
"Abang?"
"Oh abang?"
Kaki Naila laju menuruni anak tangga satu-persatu dengan berhati-hati. Kakinya mengatur langkah ke bilik bawah.
Klak!
"Abang?"Kosong. Tiada kelibat Luqman disitu. Naila menutup semula pintu bilik.
Dia melilau-lilau mencari kelibat suaminya. Takkan dia tinggalkan aku sorang-sorang dekat dalam rumah ni?
Naila sudah mula 'beroverthinking'. Matanya sudah berkaca.
"Abang, abang kat mana?!"Jerit Naila bersama air mata mula mengalir. Dia tersedu-sedan bersama air matanya. Dimana Luqman?
Dia kembali naik ke atas. Mana Luqman? Ya Allah mana suami aku?
"Abang kat mana? Kenapa tinggalkan sayang sorang-sorang kat rumah?"Naila mula memeluk kedua belah lututnya. Dia bersandar di dinding.
Klak!
Pintu bilik air dibuka.
"Sayang? Kenapa duduk kat sini?"Naila mendogakkan kepala. Suara garau milik suaminya menghentam sistem pendengarannya.
"Lah...kenapa nangis ni?"Soal Luqman yang keluar dari bilik mandi bersama baju t-shirts dan selua slack, sambil berlutut dihadapan Naila yang menangis. Luqman mengesat air mata Naila lembut.
"Abang pergi mana?"Naila memeluk badan tegap suaminya. Luqman membalas pelukan sebelum senyum manis.
"Abang mandilah, sayang. Tadi abang nak gerakkan sayang tapi sayang tidur lena. Jadi, abang tak nak lah ganggu sayang tidur."Jelas Luqman panjang lebar. Naila memeluk Luqman erat.
"Kenapa lepas kita SPM, sayang makin manja ni? Abang mandi pun sayang dah menangis?"Soal Luqman.
Ya selepas sahaja mereka menduduki SPM, Naila makin lama makin manja bersamanya. Pantang kalau tinggal sikit dah merajuklah, menangislah, penat Si Luqman nak memujuknya.
"Entah. Sejak akhir-akhir ni emosi sayang asyik tak stabil je."Jawabnya. Luqman meleraikan pelukan.
"Dah jangan nangis, kita pergi makan eh? Sayang emosi sebab tak makan lagi ni."Luqman mengelap sisa air mata Naila mengunakan ibu jarinya. Naila mengangguk.
"Yeay!Makan!"Luqman ketawa kecil melihat isterinya yang kadang-kadang emosi stabil kadang-kadang tidak. Dia hanya melayan sahaja karenah Naila.
Naila berhenti menguyah dia memandang Luqman. Luqman menyelitkan rambutnya dibelakang telinganya.
"Kuatnya sayang makan? Makin tembap dah abang tengok."Luqman menarik pipi Naila lembut. Naila memucungkan mulutnya.
"Apani cakap orang tembam."Marah Naila. Luqman ketawa.
"Betul apa, sayang tembam!"Luqman mengomol-gomol pipi Naila.
"Abang! Sakitlah!"Marah Naila sambil memukul bahu Luqman lembut. Luqman ketawa.
"Okay-okay, sambung makan."Luqman menarik Naila untuk rapat bersama dengannya. Naila menyambung menjamu selera dengan nikmat sekali.
VOTE AND COMMENT ❤️🥰
YOU ARE READING
LUQMAN'S
Teen Fiction[ C O M P L E T E ] ‼️ WARNING ‼️ ⚠️ TYPO EVERYWHERE ‼️ ✓CLICHÉ ALERT ✓CRINGE ALERT ✓MY FIRST BOOK ✓BELUM DIEDITING ✓HAMBAR DAN BOSAN [COMPLETE] LUQMAN HAKIMI×NAILA KHAISARAH Perkahwinan diatur oleh kedua keluarga mereka. Adakah cinta akan berputi...