BAB 2

12.3K 783 10
                                    

"Penatnya!"

Naila menghempaskan badannya di sofa. Begnya sudah dicampak entah ke mana. Tudung sekolah dibuka olehnya. Matanya dipejamkan buat seketika.

"Baru balik Naila?" Tegur satu suara lembut. Suara siapa? Suara mamanya iaitu Puan Mariam. Naila mencelitkan matanya untuk memandang mamanya. Anggukan kecil diberikan pada mamanya.

"Pergilah mandi, malam ini kita ada tetamu."Naila mengerutkan dahinya apabila mendengarkan apa yang Puan Mariam lontarkan tadi.

Tetamu? Setahu dia sudah lama mereka tidak menerima kedatangan tetamu.

"Siapa yang nak datang?"Soal Naila.

"Kawan baik mama dan papa."Naila hanya meng'o'kan sahaja.

"Okaylah, Naila naik dulu. Nak mandi!"Sempat lagi Naila mencium pipi Puan Mariam sebelum dia naik ke atas. Puan Mariam tersenyum sambil mengelengkan kepalanya perlahan.

 Puan Mariam tersenyum sambil mengelengkan kepalanya perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ding dong!

"Naila, tolong bukakan pintu."Arah Tuan Iskandar pada anaknya. Naila hanya menurut perintah papanya. Dia mengatur langkah ke arah pintu.

Pintu dikuak dan terserlah lah dua orang tua yang sama baya dengan papa dan mamanya. Senyuman yang tipis diberikan kepada mereka berdua.

"Silakan masuk aunty, uncle."Ajak Naila mesra. Mereka berdua membalas senyuman Naila sebelum menapak masuk ke dalam.

"Asalamuailaikum kak."Naila menoleh ke arah seorang gadis yang berniqab. Senyuman manis dilemparkan padanya.

"Walaikumusallam."Naila membalas salam. Baru dia perasan yang tetamunya tidak hadir berdua sahaja, malah hadir bersama dengan seorang gadis dan...

seorang lelaki yang sedang menundukkan kepalanya sedikit. Naila memanjangkan kepalanya untuk melihat siapakah gerangan lelaki tersebut.

Sepertinya Naila pernah berjumpa dengan lelaki itu tetapi, dia tidak tahu dimana dia berjumpa dengan lelaki itu.

"Eh jemputlah masuk."Naila mengajak Lily Melina untuk masuk. Lily mengangguk sebelum masuk ke dalam. Lelaki tadi berjalan masuk sambil menunduk. Dia tidak mendogakkan kepala sama sekali.

Naila mulai curiga."Macam aku pernah nampak laki tu. Tapi kat mana eh?"Desis hatinya. Naila mula menutup pintu dan kakinya laju mengatur ke arah ruang makan.

Vote and comment.

LUQMAN'SWhere stories live. Discover now