5 tahun kemudian..
Tengku Aiman Qalish menilik jam ditangannya sekilas. Jam 5 petang.
Dia bergegas mengemas kertas kerjanya yang bertaburan di atas meja kerjanya. Setelah selesai,dia keluar dari biliknya dan menuju ke kereta lalu dipandu dengan cermat menuju ke rumahnya.Ainur Qalisha duduk di sofa ruang tamu sambil mengurut kepalanya. Dia memandang sekilas kearah anak kembarnya yang sedang bermain itu. Dia sungguh gembira saat itu kerana diberikan kebahagiaan yang melimpah ruah terhadap keluarganya walaupun ibubapanya sudah lama meninggal namun ibu mertuanya sangat sayang kepadanya.
"Abang jahat,sampai hati koyakkan patung adik" ujar anak perempuan Ainur Qalisha sambil menangis. Ainur Qalisha bergegas menuju kearah anak kembarnya itu.
"Afrina,kenapa ni sayang?" Tanya Ainur Qalisha sambil mengusap kepala anaknya yang sedang menangis itu.
"Abang jahat ibu,dia koyakkan patung adik" balas Tengku Afrina Qismina sambil menangis. Dia memeluk tubuh ibunya.
"Afiq,kenapa buat adik macam tu" tanya Ainur Qalisha kepada abang kembar Afrina. Tengku Afiq Qairil.
"Mana ada Afiq koyakkan,dah memang rosak" balas Tengku Afiq Qairil dengan wajah bekunya.
"No more alasan okay,now cepat minta maaf kat adik" arah Ainur Qalisha sambil menayangkan wajah garangnya. "Haihh beku semacam je anak aku sorang ni,mesti ikut perangai papa dia" desis Ainur Qalisha dalam hati sambil memandang anak lelakinya itu. Tapi muka beku2 dia macam tu pun,dia tau anaknya itu sangat sayang dengan adiknya tapi tidak ditunjukkan.
"Yelah..Abang minta maaf okay,meh sini abang nak peluk adik montel abang ni" pujuk Afiq kepada adik kembarnya. Afrina menuju ke arah abang kembarnya lalu dipeluk.
"Janji jangan kacau adik lagi" ucap Afrina kepada abangnya.
"Yelah abang janji" balas Afiq sambil tersenyum.
Ainur Qalisha tersenyum melihat gelagat anak kembarnya.Tidak lama kemudian,Tengku Aiman Qalish sampai kerumah lalu dia memberi salam.
"Assalamualaikum sayang.." Aiman membuka kasutnya lalu menuju masuk kedalam rumah mencari kelibat isteri dan anak kembarnya.
"Waalaikumsalam..abang,sorry sayang kat dapur tadi" ujar Ainur sambil menyalami tangan suaminya dan dahinya dicium oleh Aiman seperti selalu.
"Owh takpe..mana twins kita sayang?"tanya Aiman kepada isterinya apabila tidak melihat kelibat anak kembarnya semenjak tadi. Selalunya anak kembarnya akan menunggunya didepan rumah.
"Ada kat bilik,sayang suruh diorang mandi" balas Ainur sambil berjalan menuju ke bilik mereka.
"Owh patutlah..kenapa hari ni diorang lambat mandi,selalu awal je" ujar Aiman lalu membaringkan tubuhnya diatas katil bagi menghilangkan penatnya.
"Diorang gaduh tadi,abang tahulah perangai Afiq tu suka sangat sakat adik dia. Ikut perangai papa dia,tambah dengan muka beku dia lagi" balas Ainur sambil tertawa kecil.
"Amboi mengata abang pulak" balas Aiman lalu dia pun tertawa kecil apabila mengingati perangainya masa mula2 dulu,beku semacam je.
"Eh takdelah..abang jom pergi kedai beli barang. Esok dah mula puasa kan" ujar Ainur sambil memandang suaminya.
"Ok boleh..tapi mesti ada upah"
Balas Aiman sambil tersenyum sinis memandang isterinya.
"Lain macam je senyuman laki aku ni" desis Ainur dalam hati.
"Upah apa pulak?" Tanya Ainur dengan wajah cemberutnya.
"Kita bagi adik untuk twins kita la.." balas Aiman sambil tersenyum gatal.
"Eii gatal,dahlah pergi mandi" balas Ainur menahan malu lalu dia keluar dari bilik mereka.
"Haihh dah 5 tahun kahwin pun,masih malu" desis Aiman sendiri sambil tersenyum kecil. Lalu dia mengambil tuala di ampaian kemudian masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.Sampai sahaja di Shopping Mall,mereka sekeluarga membeli barang dapur untuk menyambut bulan puasa esok. Afiq dan Afrina mengikuti Aiman membeli barang dapur di bahagian barang kering. Ainur pula menuju ke bahagian barang basah. Usai menimbang ayam,ikan dan daging,dia mencari kelibat suami dan anak kembarnya. Kelihatan suaminya sedang berborak dengan seorang perempuan itu ditujunya.
"Abang,siapa ni?" Tanya Ainur apabila dia berdiri disebelah suaminya sambil memandang tajam kearah perempuan yang tidak cukup kain itu.
"Sayang,kenalkan ni Tisha. PA abang kat pejabat. Tisha,ini isteri saya Ainur Qalisha" ucap Aiman kepada isterinya. Ainur bersalaman dengan Tisha.
"Papa..kami nak coklat" ujar Afrina dan Afiq kepada ayahnya.
"Pergilah ambil,datang cepat tau. Kita nak balik dah ni" ujar Aiman sambil tersenyum memandang anak kembarnya.
"Kalau macam tu saya minta diri dululah Encik Aiman,Puan Ainur" ujar Tisha lalu dia beredar dari situ. Aiman hanya menganggukkan kepalanya.
Aiman melihat kelibat anak kembarnya sedang berlari menuju kearah mereka berdua sambil membawa banyak jenis coklat.
"Banyaknya..boleh habis ke semua ni?" Tanya Aiman kepada anak kembarnya dengan wajah yang terkejut sedikit. Anak kembarnya mengangguk sambil tersengih macam kerang busuk.
"Alaa kalau tak boleh habis pun,mama diorang boleh tolong habiskan..betul tak anak2 mama" ucap Ainur sambil tertawa kecil memandang suami dan anak kembarnya. Afiq dan Afrina mengangguk sambil tersenyum menampakkan gigi rabbit mereka.
"Ahaha amboi..mama dengan anak sama je,oklah jom kita pergi bayar lepastu kita pergi makan" ujar Aiman sambil tertawa kecil. Dia menolak troli menuju ke kaunter pembayaran diikuti oleh isteri dan anak kembar mereka.
YOU ARE READING
I Love You Gadis Kampung
Romance[COMPLETE] Ainur Qalisha merupakan gadis kampung yang tinggal bersama neneknya. Namun selepas kemunculan Tengku Aiman Qalish telah mengubah hidupnya seratus peratus kerana mereka dikahwinkan atas dasar wasiat arwah Tengku Haris iaitu datuk kepada Te...