Bab 8

590 25 0
                                    

  Pagi itu, Tengku Aiman Qalish menyiapkan beberapa dokumen untuk mesyuarat pada tengahari nanti. Tiba-tibe,pintu pejabatnya diterjah dari luar oleh seseorang. Kelibat Sherry muncul bersama setiausahanya.
"Maaf Tengku,saya dah cakap dah yang Tengku tak nak diganggu tapi Cik Sherry terus masuk" ujar setiausahanya.
"Takpe,awak boleh keluar" ujar Tengku Aiman Qalish. Selepas setiausahanya keluar,dia memandang tajam kearah Sherry.
"Kau nak apa datang pejabat aku,kalau kau nak kita ni together macam dulu, sorry,i only love my wife and only her! Faham? Now,get out from my office!" Ujar Tengku Aiman Qalish dengan suara yang dikeraskan,riak wajahnya dingin memandang perempuan itu.
Sherry meletakkan sampul surat yang berisi gambar diatas meja pejabat Tengku Aiman Qalish.
"You cubalah tengok apa kat dalam sampul surat ni,i pergi dulu okey dear"
Sherry berjalan keluar dengan gaya jalannya seperti nak kena sepak ke loji kumbahan. Gedik nak mampuihh!
Tengku Aiman Qalish memerhatikan sampul surat itu dengan perasaan tanda tanya. Dia mencapai sampul surat itu lalu dibuka. Alangkah terkejutnya dia melihat gambar itu. Kelihatan isterinya sedang tidur bersebelahan dengan lelaki lain. Perasaan marahnya membuak-buak saat itu. Dia menumbuk meja pejabatnya dengan kuat.

***
Ainur Qalisha berlari anak menuju ke pintu utama setelah mendengar bunyi deruman enjin kereta suaminya. Ainur Qalisha tersenyum melihat kelibat suaminya setelah sampai dihadapannya. Dia cuba untuk menyalami tangan suaminya namun ditepis oleh Tengku Aiman Qalish.
"Kau tak payah nak tunjuk baik kat sini la perempuan. Aku tak sangka kau ni jenis perempuan murah. Lepasni kau jangan keluar pergi mana-mana lagi" Tengking Tengku Aiman Qalish lalu dia mencampakkan sampul surat itu ke arah muka Ainur Qalisha. Ainur Qalish mengutip sampul surat itu lalu dibuka. Kelihatan gambarnya sedang terbaring disebelah lelaki yang sudah pasti dia tidak kenal.
"Ya Allah, sumpah demi Allah awak,saya tak buat kerja ni. Saya sendiri pun tak tahu siapa punya angkara nak fitnah saya yang bukan-bukan" jelas Ainur Qalisha sambil menangis. Sumpah itu bukan dia!
"Eh kau tak payahlah nak kelentong aku. Dah jelas-jelas gambar tu muka kau la betina! Dasar perempuan kampung yang takde maruah. Aku jijiklah nak tengok muka kau kat sini,kalau boleh aku nak kau berambus dari rumah ni! Tapi takpe! Aku akan seksa kau sepuas hati aku!" Tengking Tengku Aiman Qalish kepadanya lalu dia berjalan menuju tangga ke biliknya. Wajahnya sungguh menakutkan waktu itu. Ainur Qalisha hanya mampu terduduk dan menangis. Dia cuba untuk menjelaskan kepada suaminya namun tak diendahkan. Ainur berlari menaiki tangga menuju ke bilik mereka apabila terdengar bunyi barang jatuh. Tengku Aiman Qalish melempar seluruh pakaian Ainur Qalisha dihadapan pintu bilik.
"Kau ambik baju-baju kau ni,kau tidur kat bilik stor dan jangan nak pandai-pandai masuk ke bilik aku! Faham!"  Ujar Tengku Aiman Qalish dengan perasaan marah yang membuak-buak. Ainur Qalisha hanya mengangguk perlahan lalu dia mengutip satu persatu pakaiannya di atas lantai dengan perasaan sedih lalu menuruni tangga menuju ke bilik stor.
Sungguh dia tak sangka sampai macam ni sekali dugaan yang dia terima. Dia hanya mampu redha dan bersabar saat itu,dia meletakkan harapan dengan sang pencipta agar perkahwinan selamat dan seperti sediakala.

******
Sudah beberapa minggu Ainur Qalisha dilayan seperti pembantu rumah. Dia susah lali dimaki dan dipukul oleh suaminya setiap hari. Dia sudah tak sanggup meneruskan hidupnya seperti itu. Dia mengambil keputusan untuk pergi jauh dari Tengku Aiman Qalish. Dia akan pulang ke kampung Nek Su.
Setelah dia selesai memasukkan pakaiannya ke dalam beg bagasi,dia menulis surat lalu dia berjalan keluar dari bilik stor yang sudah menjadi tempat tidurnya selama sebulan itu. Bilik suaminya dituju lalu dengan perlahan tombol pintu bilik itu dipulas. Haruman minyak wangi suaminya masih terhidu dari dalam bilik itu. Perlahan-lahan dia duduk diatas katil yang perna dia baring bersama suaminya suatu ketika dahulu. Sampul surat diletakkan diatas katil. Untuk kali terakhir dia mencium bantal suaminya agar rindunya bisa terubat.
"Saya harap awak bahagia selepas kepergian saya.." ujar Ainur Qalisha dengan nada sayu. Sungguh berat untuk meninggalkan orang yang kita sayang dengan sepenuh hati. Tapi mungkin ini sudah ketentuan takdir jadi dia harus redha dan menerima dengan lapang dada.
Lalu dia keluar dari bilik itu setelah puas menangis.

****

Setelah sampai ke kampung,Nek Su terkejut dengan kedatangan cucunya. Kelihatan wajah cucunya itu muram, bukan seperti selalu. Senyumannya sentiasa menghiasi wajahnya.
"Assalamualaikum Nek Su" Ainur memberi salam lalu mencium tangan tua itu.
"Waalaikumsalam,Ain. Sorang je? Laki kamu mana?" Tanya Nek Su. Ainur Qalisha hanya berdiam diri. Dia meminta izin untuk masuk kedalam bilik.
Hendak bertanya tapi risau akan mengganggu ketenteraman cucunya itu lalu dia hanya membiarkannya menenangkan fikiran dahulu.

  Setelah selepas solat maghrib, Ainur Qalisha keluar ke dapur mencari neneknya.
Kelihatan Nek Su sedang menyiapkan makan malam. Dia memeluk tubuh tua itu.
"Kamu ada masalah dengan Aiman ke Ain?" Tanya Nek Su. Ainur Qalisha menangis dalam dakapan neneknya.
Setelah puas menangis,Ainur Qalisha menceritakan apa sebenarnya yang telah terjadi dalam rumahtangganya.
"Tapi walau apapun yang terjadi,Ain tak boleh tinggalkan suami tanpa izin. Berdosa besar jawapnya. Kamu sebagai isteri perlu berada disamping suami walaupun masalah tu masalah besar. Takpe kamu rehat je kat rumah Nek Su dulu. Tenangkan diri dan fikir masak-masak. Jangan buat keputusan terburu-buru,kelak nanti akan menyesal" pesan Nek Su panjang lebar. Ainur Qalisha hanya mendengar nasihat neneknya sambil mengangguk perlahan.
"Dah,jangan sedih-sedih. Mari kita makan. Nek Su ada masak tempoyak ikan patin dengan sayur kangkung masak belacan" ujar Nek Su. Ainur Qalisha mengambil pinggan yang Nek Su beri. Dia hanya makan sedikit sahaja. Sungguh,selera mati saat itu tapi dia terpaksa makan demi menjaga hati neneknya.

#done for this chapter. Nanti ada masa author publish new chapter okey

I Love You Gadis KampungWhere stories live. Discover now