Bab 4

555 26 0
                                    

  Ainur Qalisha sibuk memasak makan malam di dapur,terlihat kelibat suaminya sedang menuju ke arahnya lalu berdiri di tepi pintu.
"Aku nak keluar jumpa buah hati aku,kau duduk kat rumah jangan pergi mana2. Faham?!"
Ujar Tengku Aiman Qalish dengar kasar lalu dia berjalan ke depan rumah. Dia menerobos masuk ke dalam keretanya BMW lalu dia bergerak pergi dari halaman rumahnya itu.
"Hm apalah nasib aku,orang dah siap masak dia sibuk nak keluar dengan perempuan lain" ujar Ainur Qalisha dengan perlahan lalu dia duduk makan sendiri di atas meja makan. Setelah habis makan dia mengemas makanan tersebut lalu dia menaiki anak tangga menuju ke biliknya.
Tombol pintunya ditutup rapat lalu dia membaringkan tubuhnya di atas katil. Sekejap saja matanya sudah kuyu lalu terlelap.

Tengku Aiman Qalish pulang ke rumahnya dalam keadaan mabuk,itupun dia dihantar oleh sahabatnya Ezri sehingga ke depan  rumah. Tengku Aiman Qalish berjalan terhuyung-hayang lalu menaiki tangga. Tombol pintu bilik Ainur Qalisha dipulas lalu dia masuk ke dalam bilik itu.
Ainur Qalisha tersedar dari tidurnya apabila terdengar kerusi jatuh akibat dilanggar oleh sesuatu.
"Eh awak! Kenapa ni?" Tanya Ainur Qalisha dengan riak wajah yang terkejut lalu dia menuju ke arah suaminya yang sudah terjatuh.
"Awak? Awak ok tak ni?" Tanya Ainur Qalisha namun tiada sahutan lalu dia memapah tubuh sasa suaminya itu ke atas tilamnya. Lalu dia menuju ke tandas mengambil mangkuk berisi air dan tuala kecil. Dia membuka baju Tengku Aiman Qalish dengan perlahan dan tuala kecil tadi dipulas dan dilap ke tubuh suaminya. Setelah siap membersihkan suaminya,dia bergerak menuju ke sofa lalu membaringkan tubuhnya di atas sofa itu sehingga tertidur hingga subuh.

  Tengku Aiman Qalish membuka matanya apabila terasa matanya sedikit silau kerana cahaya matahari yang menerobos masuk dari tingkat bilik itu. Dia memerhatikan seluruh bilik itu sehingga terlihat susuk tubuh seseorang sedang tertidur di sofa.
Dia mengimbas kembali kejadian semalam.

Throwback

Tengku Aiman Qalish dan sahabatnya Ezri berjalan menuju ke rumah Sherry untuk membuat kejutan harijadi untuknya.Setelah sampai di hadapan rumah Sherry mereka mencari kelibat perempuan itu namun tidak jumpa lalu dia menaiki tangga dan berjalan menuju ke bilik perempuan itu. Tombol pintu dipulas dan kelihatan buah hatinya sedang tidur dengan lelaki lain. Tengku Aiman Qalish dan Ezri terkejut dengan apa yang mereka lihat saat ini. Sungguh menjijikkan.
"Sampai hati U kan buat I macam ni" marah Tengku Aiman Qalish lalu kek yang dibawanya tadi dilempar ke arah Sherry. Ezri hanya menggeleng melihat keadaan itu lalu dia berjalan mengikuti Tengku Aiman Qalish yang sudah berjalan laju keluar dari rumah itu.
Tengku Aiman Qalish membawa kereta menuju ke kelab malam,Ezri hanya mengikuti jejak sahabatnya itu takut nanti sahabatnya itu akan buat benda bukan-bukan.
Setelah Tengku Aiman Qalish mabuk dia membawa sahabatnya itu pulang,dia hanya menghantar sahabatnya itu sehingga di depan pintu rumah lalu dia pulang ke rumah kerana ada hal penting.

Done throwback.

Tengku Aiman Qalish keluar dari bilik Ainur Qalisha lalu dia masuk ke biliknya itu membersihkan diri.
Ainur Qalisha tersedar dari tidurnya. Nasib baik dia cuti kalau tak pasti dia dah terlepas solat subuh. Dia sungguh penat kerana semalaman dia tidak tidur kerana menjaga suaminya yang semalam meracau-racau menyebut nama Sherry. Walaupun dia sedih apabila mendengar suaminya menyebut nama perempuan lain dia tetap menahan dirinya daripada mengalirkan airmata.

  Setelah siap membersihkan diri,Tengku Aiman Qalish memerhatikan wajahnya di cermin. Terimbas kembali perbuatan Ainur Qalisha yang menjaganya semalam,dia separuh sedar pada masa itu namun dia hanya membiarkan,terbit rasa suka dihatinya dan perlahan-lahan dia menuju ke pintu bilik lalu dia memulas tombol pintu itu. Dia berjalan menuruni tangga lalu menuju ke ruang tamu, alat kawalan jauh dicapai dan menekan siaran yang menarik namun tiada lalu dia bergerak ke dapur. Kelihatan Ainur Qalisha sedang menyediakan sarapan.
"Er awak duduklah,saya dah siapkan sarapan. Saya masuk dulu nak kemas rumah" ujar Ainur Qalisha apabila melihat suaminya sedang berdiri di tepi pintu dapur. Lalu Ainur Qalisha berjalan melintasi Tengku Aiman Qalish namun lengannya dipegang.
"Tak payah,awak duduklah sarapan sekali" ujar Tengku Aiman Qalish dengan wajah biasa,tiada lagi riak serius dan dinginnya. Lalu mereka duduk di kerusi dan menikmati sarapan pagi dengan perasaan kekok.

  Selepas habis bersarapan,telefon milik Tengku Aiman Qalish berbunyi lalu dia menjawap salam orang yang menelefonnya.
"Ok mummy..nanti kitorang datang" balas Tengku Aiman Qalish lalu telefon dimatikan.
"Awak pergi kemas baju,kita tidur rumah mummy hari ni" ujar Tengku Aiman Qalish lalu menaiki tangga menuju ke biliknya.
"Pelik! Kenapa tiba2 je mamat dingin baik dengan aku sejak tadi ni. Selalunya tau nak marah je" desis hati Ainur Qalisha lalu menaiki tangga menuju ke biliknya untuk mengemas baju.

  Tengku Aiman Qalish dan Ainur Qalisha memberi salam di hadapan rumah ibubapanya.
Salam terjawap lalu terlihat kelibat ibunya berjalan menuju ke arah mereka berdua.
"Waalaikumsalam..dah sampai pun anak dan menantu mummy.
Dah jom kita borak kat dalam"
Ujar puan Suraya lalu mereka berjalan masuk ke rumah.
"Daddy pergi mana mummy?" Tanya Tengku Aiman Qalish kepada ibunya.
"Daddy kamu macam biasalah,keluar main golf dengan kawan-kawan dialah" jawap puan Suraya kepada anaknya.
"Owh patutlah.."balas Tengku Aiman Qalish.
Mereka hanya bercerita sehingga tengah hari lalu puan Suraya menuju ke dapur untuk memasak makan tengah hari.
"Er saya nak tolong mummy masak" ujar Ainur Qalisha lalu mengikuti langkah ibu mertuanya.
"Takut sangat nak duduk dengan aku lama2" desis hati Tengku Aiman Qalish lalu dia tersenyum kecil. Terhibur melihat keletah isterinya itu yang takut sangat duduk dengan dia lama2.
Lalu dia membawa bagasinya dan isterinya menuju ke biliknya.

***

#ok done,sorry lambat update
Jgn lupa vote and komen ok😘💋

I Love You Gadis KampungWhere stories live. Discover now