Bab 12

655 27 0
                                    

  Tengku Aiman Qalish sedang mengeringkan rambutnya menggunakan tuala lalu tuala itu digantung d ampaian dalam bilik itu. Telefonnya berbunyi menandakan mesej whatsapp masuk,lalu dia menggapai telefonnya yang terletak tidak jauh dari meja solek.

From~Johan

   Bos,perempuan tu dah meninggal dunia semalam sebab kepalanya retak akibat kemalangan itu. Ada apa2 kerja lagi yang bos nak saya buat?                       
                                    9:43 pagi ✓✓

  Tengku Aiman Qalish membaca mesej dari orang suruhannya itu lalu senyuman sinis terukir dibibirnya,jelas hatinya berasa puas dengan berita itu. Lalu dia membalas mesej itu.

  Bagus!! Nanti aku inform kau kalau ada tugas lagi.
                                     9:45 pagi ✓✓

Setelah selesai,Tengku Aiman Qalish meletakkan telefonnya kembali di atas meja solek lalu dia bergerak ke almari pakaian. Baju T-shirt berwarna hitam dipakai dipadankan dengan seluar jeans biru gelap. Setelah lengkap dia berjalan keluar dari bilik itu untuk mencari isterinya.

Ainur Qalisha sedang sibuk menolong Nek Su menyiapkan sarapan pagi. Dia memandang sekilas ke arah suaminya yang menarik kerusi berhampirannya lalu duduk memerhatikannya. Dia berasa tidak selesa dipandang sebegitu.
"Aiman,tengah hari nanti majlis perkahwinan sepupu Ainur berlangsung. Aiman ikut tak?"
Tanya Nek Su kepada Tengku Aiman Qalish.
"Nak,Sepupu yang mana satu Nek Su? Aiman perna jumpa ke?" Balas Tengku Aiman Qalish sambil memandang tepat ke arah Ainur Qalish.
"Pernah masa majlis kahwin korang berdua dulu. Nama dia Amiza. Kalau nak ikut lepas sarapan ni pergi bersiap,kejap lagi kita pergi sana tolong diorang." jawap Nek Su lalu menghidangkan kuih ke dalam pinggan.
"Owh yelah Nek Su,nanti Aiman ikut." ujar Tengku Aiman Qalish lalu mencicip Milo Panas yang dihidangkan oleh isterinya tadi.
"Hah yelah,jangan lupa bawa baju melayu sekali. Senang sikit nak bersiap kat sana,tak payah susah2 nak balik sini bersiap" ujar Nek Su. Tengku Aiman Qalish hanya menganggukkan kepala mengiyakan ucapan Nek Su. Ainur Qalisha hanya menjadi pendengar,dia malas untuk menyampuk perbualan tersebut.

  Nek Su dan Ainur Qalisha sibuk membantu di dapur bagi persiapan majlis perkahwinan pada petang nanti. Tengku Aiman Qalish pula sedang membantu menyusun meja dan kerusi.
Setelah semuanya selesai pada tengah hari itu,Nek Su menyuruh Ainur Qalisha memanggil Tengku Aiman Qalish di depan rumah untuk makan tengah hari. Lalu tanpa banyak bicara,Ainur Qalisha melangkah menuju ke luar rumah.
Setelah melihat kelibat Tengku Aiman Qalish yang sedang duduk di kerusi sambil mengibas bajunya yang basah oleh peluh itu segera ditujunya.
"Awak! Nek Su panggil suruh makan" ujar Ainur Qalisha sambil memandang ke arah suaminya. Tengku Aiman Qalish hanya mengangguk lalu mengekori langkah isterinya menuju ke dalam rumah.

Kelihatan ramai makcik2 dan anak2 dara sedang berada di dapur,Tengku Aiman Qalish berasa tidak selesa apabila dipandang macam nak makan orang. Ainur Qalisha yang perasan riak wajah suaminya yang kelat itu  segera dicuitnya menyuruh suaminya duduk. Tengku Aiman Qalish duduk di sebelah isterinya.
Nek Su dan yang lain sudah mengisi lauk ke dalam pinggan.
Ainur Qalisha menyerahkan sepinggan nasi berisi lauk ayam masak merah dan sayur campur itu kepada suaminya.
"Handsome juga laki kamu ni Ain,nasib baik dah kahwin kalau tak Mak Melah kahwinkan dengan Nurul ni" ujar mak cik Melah merangkap geng makcik2 bawang di kampung itu. Nurul yang duduk disebelah Tengku Aiman Qalish itu sudah tergedik2 macam ulat bulu. Sakit pula hati Ainur Qalisha mendengar ucapannya itu.
"Ye makcik,memang handsome pun. Beruntung Ain dapat kahwin dengan suami Ain ni" ujar Ainur Qalisha sambil tersenyum manis sedangkan dalam hatinya sudah panas membara. Ada ke patut dia nak kahwinkan laki aku dengan anak dia yang macam ulat bulu ni.
Mak Melah terus terdiam.

Selepas makan,Ainur Qalisha mengajak suaminya masuk ke dalam bilik adik sepupunya untuk bersiap. Nasib baik dalam bilik itu mempunyai tandas,kalau tak memang payah nak bersiap.
"Awak pergilah mandi dulu" ujar  Ainur Qalisha sambil mengeluarkan jubahnya dan tudung dari begnya. Tengku Aiman Qalish berjalan menuju ke tandas sambil membawa tuala.
Ainur Qalisha mencapai baju kurta dan seluar jeans suaminya itu untuk digosok.

Usai bersiap,mereka berjalan beriringan keluar dari bilik. Tak sangka baju mereka sedondon berwarna biru. Mereka berjalan menuju ke meja di bawah khemah. Tidak lama kemudian,kerusi disebelah Ainur Qalish ditarik oleh seseorang.
"Assalamualaikum. Ain kan? Boleh saya duduk kat sini?" Ujar jejaka tersebut lalu melabuhkan punggung disebelah Ainur Qalisha.
"Waalaikumsalam. Ya saya,awak siapa?" Tanya Ainur Qalisha sambil memandang pelik ke arah jejaka itu. Wajahnya berkulit sawo matang dan berjambang nipis.
"Saya Aril,bekas boyfriend awak masa sekolah dulu. Awak dah lupa?" Balas Aril sambil memandang lelaki yang sedang duduk disamping gadis yang perna ditinggalkannya suatu ketika dahulu.
"Aril? Owh ya baru saya ingat. Sorry saya lupa pula" ujar Ainur Qalisha. Aril tersenyum memandang Ainur Qalisha. Tengku Aiman Qalish berasa panas hati,terbit rasa cemburu dihatinya.
Lalu pinggang isterinya dipeluk dari tepi,Ainur Qalisha tersentak sedikit apabila merasa ada sesuatu di pinggangnya.
"Sayang taknak kenalkan abang dengan kawan sayang ni ke?"tanya Tengku Aiman Qalish sambil membuat suara yang mampu mencairkan hati gadis2 diluar sana.
"Aril,kenalkan ni suami saya. Nama dia Aiman" ujar  Ainur Qalisha kepada Aril. Tak sangka suaminya pandai cemburu. Serta-merta senyuman di wajah Aril pudar,dia sangka lelaki disebelah Ainur Qalisha itu hanya sepupu rupanya suami.
"Owh er hai..saya Aril" ujar Aril sambil berjabat tangan dengan Tengku Aiman Qalish. Selepas itu Aril meminta diri dari situ kerana ada hal.
"Menggatal lagi dengan bini aku,siap aku kerjanya budak tu" desis Tengku Aiman Qalish dalam hati. Lalu mereka hanya memerhatikan pasangan pengantin yang bersanding diatas pelamin itu selepas akad nikah tadi.

Usai majlis itu,mereka pulang ke rumah pada pukul 6 petang. Cukup penat mereka hari ini kerana menolong melaksanakan majlis perkahwinan Amiza,sepupu kepada Ainur Qalisha.

#sorry lmbt update guys..enjoy reading jgn lupa vote and komen😁🌻💙

I Love You Gadis KampungWhere stories live. Discover now