Bab 13

732 26 0
                                    

Tengku Aiman Qalish keluar dari bilik air setelah beberapa minit membersihkan diri. Dia menuju ke arah katil lalu punggung dilabuhkan disebelah isterinya.
"Sayang,tolong keringkan rambut abang boleh?" Sehelai tuala diberikan kepada Ainur Qalisha lalu dia menurunkan sedikit paras kepalanya.
"Keringkan sendiri tak boleh ke,selama ni boleh je keringkan sendiri" balas Ainur Qalisha lalu menyerahkan semula tuala itu kepada suaminya sambil menayangkan wajah tidak puas hati.
"Alah..nak manja2 dengan isteri sendiri pun tak boleh ke?" Ujar Tengku Aiman Qalish lagi sambil menayangkan wajah sedih+comelnya itu. Mana tahu isterinya boleh cair hahaha.
"Eii awak ni kan" tuala tadi diambil semula lalu dilap kasar rambut Tengku Aiman Qalish. Dia sebenarnya sakit hati sebab tadi Tengku Aiman Qalish bergelak ketawa dengan perempuan lain. Isteri mana yang tak cemburu kan.
"Amboi marah nampak,kang tercabut rambut suami awak yang handsome ni sape susah? Sayang juga..dapat suami botak,nak?" Perli Tengku Aiman Qalish sambil tertawa kecil.
"Hah bagus la kalau botak,takde sape nak tackle" desis Ainur Qalisha dengan perlahan namun tidak didengari oleh Tengku Aiman Qalish.
"Sayang cakap apa tu?" Tanya Tengku Aiman Qalish apabila melihat isterinya seperti berbicara sesuatu.
"Ni mesti tengah kutuk aku,tapi takpe janji dia dah boleh layan aku balik" monolog Tengku Aiman Qalish dalam hati.
"Takde apa..saya cakap awak perasan handsome. Mamat jual karpet tu lagi handsome dari awak" ujar Ainur Qalisha lalu ketawanya terburai apabila melihat wajah cemberut suaminya.
"Hah pergilah kahwin dengan mamat jual karpet tu. Dahlah tak payah la keringkan,saya boleh buat sendiri" rajuk Tengku Aiman Qalish lalu tuala diambil dari tangan isterinya. Dia saja nak uji isterinya mana tahu dia kena pujuk ke.
"Eh merajuk pula,tadi bukan main kenakan orang" ujar Ainur Qalisha bersama sisa tawanya tadi.
Tak sangka suaminya kuat merajuk. Tengku Aiman Qalish hanya mendiamkan diri lalu dia berjalan menuju ke almari pakaian. Baju Tshirt warna putih diambil bersama seluar pendek.
Ainur Qalisha rasa serba salah lalu tangan Tengku Aiman Qalish dicapai lalu diciumnya.
"Awak saya minta maaf sebab dah kecilkan hati awak. Saya gurau je tadi,saya taknak jadi isteri derhaka" ujar Ainur Qalisha sambil memandang tepat ke wajah suaminya. Tengku Aiman Qalish tersentak apabila melihat Ainur Qalish seperti hendak menangis,dia cuma acah2 merajuk je tadi tak sangka pula jadi macam tu. Lalu tubuh isterinya itu ditarik ke dalam dakapannya lalu dahi isterinya dicium lama.
"Takpe abang maafkan,abang pun gurau je tadi. Dah jangan sedih" ujar Tengku Aiman Qalish lalu belakang badan isterinya diusap perlahan.
Ainur Qalisha mendongakkan kepala memandang wajah Tengku Aiman Qalish.
"Betul ni tak kecil hati?" Tanya Ainur Qalisha meminta kepastian.
Tengku Aiman Qalish hanya mengangguk sambil tersenyum.
Tangan Ainur Qalisha ditarik menuju ke birai katil lalu didudukkan.
"Abang nak minta maaf pasal haritu,abang tahu abang salah sebab tuduh sayang yang bukan2. Abang harap sangat sayang dapat maafkan abang. Abang nak kita mulakan hidup baru" ujar Tengku Aiman Qalish sambil menggenggam erat tangan Ainur Qalisha.
"Takpe saya dah lama maafkan,saya pun nak minta maaf sebab keluar rumah tanpa izin abang. Saya sayang dan cintakan abang sangat2 dari dulu sampai sekarang" balas Ainur Qalisha lalu airmata mengalir ditubir matanya. Tubuh Ainur Qalisha ditarik lalu dipeluk dengan erat.
"Ye abang pun sayang dan cintakan sayang" ujar Tengku Aiman Qalish. Dia mengucapkan syukur didalam hati. Tak sia2 dia mengejar isterinya ke kampung untuk memujuk isterinya pulang.

Tengku Aiman Qalish dan Ainur Qalisha sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka setelah meminta izin daripada Nek Su untuk membawa isterinya ke KL semula. Setelah beberapa jam suaminya memandu,Ainur Qalisha memandang Tengku Aiman Qalish sekilas.
"Err abang,kita singgah kedai makan kejap boleh. Ain lapar" ujar Ainur Qalisha sambil tersenyum menayangkan giginya yang tersusun rapi itu. Tengku Aiman Qalish tersenyum lalu menganggukkan kepala.
Setelah sampai ke restoran yang berdekatan,mereka mengambil tempat duduk yang terletak bersebelahan dengan dengan cermin. Seorang pelayan datang ke meja mereka sambil membawa buku menu dan catatan.
"Sayang nak makan apa?" Tanya Tengku Aiman Qalish sambil memandang ke arah Ainur Qalisha.
"Ain ikut abang je?"balas Ainur Qalisha lalu Tengku Aiman Qalish memesan nasi ayam dan dua jus oren. Setelah beberapa minit,makanan yang dipesan sudah diletakkan dihadapan mereka berdua lalu mereka menjamu selera tanpa berbicara apa2.

Usai makan,Tengku Aiman Qalish memandu kereta menuju ke rumah mereka. Setelah sampai,Ainur Qalish keluar dari kereta lalu menuju ke bonet.
"Eh sayang,takpe2 biar abang yang bawa beg. Sayang masuklah dulu,dah malam ni nanti badan masuk angin pula" ujar Tengku Aiman Qalish lalu membuka bonet kereta. Ainur Qalisha berjalan masuk ke dalam rumah setelah kunci rumah diberi oleh suaminya.

Setelah membersihkan diri,Ainur Qalisha menuju ke arah almari namun bajunya semua ada di dalam beg tapi begnya langsung tidak dilihatnya. Dia membetulkan tuala dibadannya lalu dia berpaling memandang ke arah pintu yang diketuk dari luar. Dia berjalan menuju ke pintu lalu kunci dibuka. Kelihatan Tengku Aiman Qalish sedang memandang ke arahnya sambil membawa begnya.
"Nah ni beg sayang,abang lupa nak bawa tadi. Lain kali jangan guna tuala macam tu,tak pasal2 kena terkam baru tau" ujar Tengku Aiman Qalish sambil berjalan masuk ke bilik. Dia tersenyum sekilas. Beg isterinya diletak ditepi katil lalu dia mencapai tuala yang tergantung di penyidai dan berjalan menuju masuk ke bilik air.
Ainur Qalisha memegang tualanya lalu dia segera mencari pakaiannya lalu dipakai.

Tengku Aiman Qalish keluar dari bilik air setelah selesai membersihkan diri. Dia menuju ke arah isterinya yang sedang tidur di atas katil.
"Sejak bila pula bilik ni ada hujan" desis hati Ainur Qalisha lalu dia membuka matanya.
"Makkk..."Ainur Qalisha terperanjat apabila melihat wajah Tengku Aiman Qalish begitu dekat diwajahnya lalu dia tertampar muka suaminya.
"Aww..sakitnya,kenapa sayang tampar abang? Abang bukannya buat benda tak elok pun" ujar Tengku Aiman Qalish menahan keperitan diwajahnya.
"Abang,sorry Ain tak sengaja. Tu lah sape suruh buat macam tu,kan dah kena penampar" balas Ainur Qalisha dengan riak bersalahnya.
"Hm takpelah,dah nasib kan" ujar Tengku Aiman Qalish berpura-pura hendak merajuk. Ainur Qalish rasa serba salah lalu tu muka suaminya itu dipegang.
"Alololo bucuk2 sayang ni,merajuk pulak. Meh sini sayang tolong keringkan rambut abang" pujuk Ainur Qalisha sambil membuat muka comel.
"Ahaha apalah sayang ni,abang baru je habis mandilah. Mana ada busuk" balas Tengku Aiman Qalish sambil ketawa. Lalu tuala diberikan kepada isterinya.
Ainur Qalisha mengeringkan rambut suaminya dengan tuala lalu disikat rapi. Selepas itu,setelah Tengku Aiman Qalish memakai seluar pendek,dia membaringkan tubuhnya disebelah isterinya.
"Er kenapa abang tak pakai baju ni" tanya Ainur Qalisha tergagap-gagap. Dia berasa tidak selesa tika itu.
"Sayang takut abang buat something ke?" Balas Tengku Aiman Qalish sambil membuat muka yang menakutkan.
"Err abang jangan nak macam2 ekk,tumbuk kang"balas Ainur Qalisha sambil menarik selimut sehingga ke paras muka.
"Ahaha sayang ni takut macam abang ni hantu pulak" Tengku Aiman Qalish ketawa besar lalu tubuh Ainur Qalisha ditarik ke dalam pelukannya.
"Abang takkan sentuh sayang selagi sayang belum bersedia. Sayang jangan risau ok" ujar Tengku Aiman Qalish lalu mencium dahi isterinya.
"Ain minta maaf sebab selama ni Ain tak jalankan tanggungjawap Ain sebagai isteri abang. Ain dah sedia kongsi hidup dengan abang sampai syurga,insyaallah"balas Ainur Qalisha sambil tersenyum.
"Alhamdulillah..terima kasih sayang. Abang janji abang akan sentiasa disisi sayang sampai akhir nafas abang" ujar Tengku Aiman Qalish lalu mencium dahi isterinya sekilas. Malam itu menjadi saksi penyatuan hati mereka berdua.

#ok done for chapter 12,enjoy reading you alls🌻😁done forget to vote and comment🌼




I Love You Gadis KampungWhere stories live. Discover now