Pada tengah hari itu, Ainur Qalisha menjamu selera di meja makan bersama Puan Suraya dan Tengku Aiman Qalish.Puan Suraya memerhatikan wajah anaknya.
"Aiman ok tak ni? Macam pucat je mummy tengok muka Aiman ni" tanya Puan Suraya dengan riak kerisauan.
"Aiman ok je mummy,kejap nanti ok la" jawap Tengku Aiman Qalish kepada ibunya sambil menyambung kembali menyuap makanan kedalam mulut. Dia tiba2 rasa tak sedap badan namun dia kuatkan semangatnya untuk tidak nampak lemah didepan ibunya. Selesai makan,Tengku Aiman Qalish meminta diri untuk naik ke bilik tidur.
"Ainur kenapa makan sikit je? Mummy masak tak sedap ke?" Tanya Puan Suraya kepada menantunya.
"Eh mestilah sedap kalau mummy yang masak..Ainur dah kenyang mummy" balas Ainur Qalisha sambil tersenyum.
Selepas makan Ainur Qalisha membantu ibu mertuanya mengemas meja makan. Banyak cerita yang diceritakan kepadanya pasal Tengku Aiman Qalish,sambil mengemas mereka berdua bergurau senda. Seronokkan bila dapat mak mertua macam tu.Pada malamnya,Tengku Aiman Qalish tidak turun dari biliknya untuk makan malam. Puan Suraya berasa pelik kerana sejak tadi anaknya tidak turun. Lalu Puan Suraya menyuruh Ainur Qalisha memanggil Tengku Aiman Qalish di bilik. Ainur Qalisha hanya menurut lalu berjalan menaiki anak tangga menuju ke bilik.
Kelihatan Tengku Aiman Qalish sedang berselubung dengan selimut. Dia berjalan perlahan ke arah suaminya.
"Awak..mummy suruh turun bawah makan malam" ujar Ainur Qalisha dengan perlahan namun tiada sahutan. Dia menarik selimut yang menyelubungi tubuh suaminya sehingga paras dada lalu dia menyentuh dahi suaminya menggunakan tapak tangannya.
"Ya allah panasnya badan awak,awak demam ni" ujar Ainur Qalisha dengan riak terkejut dan risau lalu dia menuju ke bilik air dan mengambil mangkuk berisi air dan tuala kecil.
Dia kembali duduk disisi suaminya lalu tuala kecil itu direndam ke dalam air dan dipulas lalu diletakkan di dahi suaminya. Selepas itu dia berjalan keluar dari bilik menuju ke dapur.
"Ainur,mana Aiman? Kenapa tak turun sekali" tanya puan Suraya apabila melihat kelibat anaknya tidak muncul.
"Abang Aiman demam mummy,Ainur nak masakkan bubur kejap" balas Ainur Qalisha lalu menuju ke peti ais untuk mengambil sedikit sayur untuk dicampurkan ke dalam bubur.
"Saya nak tengok Aiman kejap" ujar Puan Suraya namun ditegah oleh suaminya.
"Tak payah la,isteri Aiman kan ada..awak jangan risau,nanti menantu kita nampak kecil hati pula dia sebab dia rasa di tak boleh diharap oleh mak mertua dia. Dah duduk sini teman abang makan" ujar Tengku Amir kepada suaminya lalu puan Suraya mengiyakan kata-kata suami,kecil hati pula menantunya nanti lalu dia duduk semula menyambung makan.
"Ainur naik dulu ye daddy mummy" ujar Ainur Qalisha setelah siap memasak.
"Yelah,Ainur paksa Aiman tu minum ubat. Dia tu kalau disuruh minum ubat taknak,mesti kena paksa juga" ujar Tengku Amir kepada menantunya sambil tersenyum.
"Owh yeke daddy,takpa nanti Ainur paksa" balas Ainur sambil tertawa kecil. Abang sado+garang tu takut minum ubat? Ahaha lawaknya.
"Aiman tu kalau sakit memang manja,jadi Ainur jangan terkejut pula" uja Puan Suraya sambil tertawa diikuti oleh suaminya.
"Baiklah mummy daddy,Ainur naik dulu" balas Ainur sambik tersenyum lalu menaiki tangga menuju ke bilik.Ainur Qalisha meletakkan dulang berisi bubur dan air suam dan sepapan ubat di atas meja lampu tidur di tepi katil. Tubuh Tengku Aiman Qalish digerakkan dengan perlahan.
"Awak..bangunlah,saya dah masakkan bubur ni" ujar Ainur Qalisha lalu Tengku Aiman Qalish bangun dengan perlahan-lahan lalu menyandarkan tubuhnya di kepala katil. Ainur Qalisha menyerahkan semangkuk bubur kepada suaminya namun tidak disambut oleh suaminya.
"Suapkan aku,aku tak larat" ujar
Tengku Aiman Qalish kepada Ainur Qalisha. Dia terkejut sedikit lalu dia menyuap bubur itu kedalam mulut suaminya. Dia perasan Tengku Aiman Qalish menilik wajahnya lama namun dia hanya menayangkan riak selamba.
Selepas makam,ainur memberikan ubat kepada Tengku Aiman Qalish namun dia tidak mahu. Setelah puas dipaksa dia hanya menelan ubat itu dengan terpaksa.Ainur berjalan keluar dari bilik itu menuju ke dapur sambil membawa dulang tadi. Selepas itu dia menuju ke bilik itu semula.
Kelihatan suaminya sedang tidur lalu dia berjalan menuju ke arah Tengku Aiman Qalish. Perlahan-lahan dia meletakkan telapak tangannya di dahi suaminya.
"Alhdamdulillah,dah kebah sikit panas badan dia" desis Ainur Qalisha dalam hati. Lalu di berjalan menuju ke sofa untuk tidur namun lengannya ditarik dengan kasar sehingga dia terbaring di atas badan Tengku Aiman Qalish. Ainur terkejut dan jantungnya berdegup kencang melihat suaminya sedang memandang tajam ke arahnya.
"Err awak buat apa ni" ujar Ainur Qalisha dengan terketar-ketar.
Tengku Aiman Qalish memandang wajah cantik isterinya lalu tangannya membelai rambut panjang milik Ainur Qalisha.
"Awak tidurlah kat sini" ujar Tengku Aiman Qalish dengan perlahan. Pertama kali Ainur melihat Tengku Aiman Qalish bercakap dengannya dengan lembut. Lalu tubuh Ainur Qalisha diletakkan di sebelahnya lalu dipeluk dengan erat.
"Awak saya.."
"Dah tidurlah,saya sakit ni" belum sempat Ainur bercakap,terus dipotong oleh Tengku Aiman Qalish. Ainur hanya diam lalu dia pun tertidur di dalam dakapan suaminya.***
Ok para readers. Nanti outhor sambung lagi😁
Jgn lupa vote and komen ok😘
Love you alls♥️💋
YOU ARE READING
I Love You Gadis Kampung
Любовные романы[COMPLETE] Ainur Qalisha merupakan gadis kampung yang tinggal bersama neneknya. Namun selepas kemunculan Tengku Aiman Qalish telah mengubah hidupnya seratus peratus kerana mereka dikahwinkan atas dasar wasiat arwah Tengku Haris iaitu datuk kepada Te...