Pada paginya,Tengku Aiman Qalish dan Ainur Qalisha pindah ke rumah mereka. Suasana dalam kereta itu sungguh sunyi tanpa sebarang bunyi,Ainur Qalisha hanya duduk diam sahaja di tempat duduk penumpang itu.
Dia memandang wajah suaminya,kelihatan wajah itu hanya serius. Setelah diperhati betul2 wajah itu terlihat sungguh tampan Tengku Aiman Qalish dengan wajahnya putih bersih, hidung mancung,bibir merah tanda tidak merokok dan keningnya lebat. Sekilas pandang memang boleh jatuh cinta.
"Kau kenapa pandang2 aku macam tu,tau la aku ni handsome. Jangan sampai kau jatuh cinta dengan aku sebab aku takkan terima cinta kau sampai bila2,kau kena ingat tu" ujar Tengku Aiman Qalish dengan wajah dinginnya. Lalu dia fokus semula kepada pemanduannya.
Ainur Qalisha hanya menundukkan kepala sambil menggeleng.
"Suatu hari nanti awak mesti akan jatuh cinta jugak dengan saya,saya akan buat awak rasa tak sanggup kehilangan saya,saya akan jadi isteri awak sampai bila" tekad Ainur Qalisha dalam hati. Setelah diijab qabul dengan lelaki itu,dia bertekad untuk setia mencintai suaminya itu hingga nafasnya yang terakhir.Kereta yang dipandu oleh Tengku Aiman Qalish menuju masuk ke halaman rumah mewah dua tingkat itu, lalu Ainur Qalisha keluar dari kereta dan mengangkat bagasi mereka.
"Kau angkat sekali bagasi aku tu,aku nak keluar kejap. Bilik kau ada kat tingkat atas pintu warna biru,kau jangan pandai2 nak masuk dalam bilik aku" ujar Tengku Aiman Qalish memberi amaran kepada Ainur Qalisha.
Ainur Qalisha hanya mengangguk lalu dia menuju masuk ke dalam rumah sambil membawa bagasi2 itu.
"Eh ni kunci rumah,aku gerak dulu" ujar Tengku Aiman Qalish sambil memberikan segugus kunci kepada isterinya lalu Ainur Qalisha mengambil kunci itu.
Dia hanya memandang kelibat kereta suaminya yang sudah keluar dari halaman rumah itu.Setelah masuk ke dalam rumah itu,dia sedikit teruja melihat hiasan dalam rumah itu. Sungguh mewah,"mesti barang2 dalam rumah ni dibeli kat luar negara"
Desis hati Ainur Qalisha lalu dia menaiki anak tangga untuk ke biliknya. Setelah sampai di hadapan pintu biliknya yang berwarna biru,dia memulas tombol pintu itu dan menuju ke dalam. Terlihat katil bersaiz queen yang cadarnya berwarna biru dan ada sebiji sofa di hujung bilik dan meja solek. Sungguh mewah biliknya itu. Lalu dia melemparkan badannya ke atas atas katil,sungguh penat dia hari ini sehingga dia terlelap.Tengku Aiman Qalish memarkir keretanya di garaj lalu dia masuk ke dalam rumah. Dia pelik apabila melihat rumahnya itu sunyi,dia tercari-cari akan kelibat isterinya namun tidak jumpa. Lalu Tengku Aiman Qalish menaiki anak tangga lalu menuju ke dalam bilik Ainur Qalisha.
"Patutlah tak nampak kat mana2,rupanya dah terbongkang kat atas katil ni" desis hati Tengku Aiman Qalish,lalu dia memerhatikan setiap inci wajah Ainur Qalisha yang sedang tidur itu.
"Cantik jugak perempuan ni,tapi sayang! Cuma budak kampung je" desisnya lagi lalu tubuh Ainur Qalisha digerak kuat sehingga Ainur terbangun.
"Kau ni tau tidur je,kau bangun sekarang kemas rumah. Jangan berlagak jadi mem besar pula kat rumah ni" ujar Tengku Aiman Qalish dengan keras.
Ainur Qalisha tersentak lalu dia berjalan laju menuju ke tingkat bawah untuk mengemas rumah.
Tengku Aiman Qalish keluar dari bilik itu lalu masuk ke dalam biliknya yang bersebelahan dengan bilik Ainur Qalisha.Habis sahaja mengemas rumah,Ainur Qalisha mengorak langkah menuju ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Jam menunjukkan pukul 6 petang,patutlah lapar semacam perutnya rupanya dia tiada makan tengah hari tadi.
Lalu Ainur Qalisha membuka peti ais,semua kosong!
"Aduhh semua kosong,macam mana nak masak ni kalau takde apa2 kat peti ais dan kabinet ni" ujar Ainur Qalisha dengan perlahan.
"Kau kenapa membebel sorang2 ni,wayar putus ke" ujar Tengku Aiman Qalish dengan wajah dinginnya. Padahal dia tahu kenapa isterinya membebel,mesti lapar sebab tak makan dari pagi. Masa dia sibuk meneliti wajah Ainur Qalisha yang tidur tadi,dia terdengar perut isterinya yang berbunyi tanda lapar. Dalam diam dia tersenyum melihat gelagat perempuan itu yang kadang2 blur dan menggelabah tak tentu pasal.
"Dah la pergi siap,kita pergi beli barang dapur. Aku tunggu kat dalam kereta jangan lambat,tak payah nak lawa2 sangat bukan cantik mana pun" ujar Tengku Aiman Qalish dengan suaranya yang sedikit keras lalu dia berjalan keluar dari dapur.
Ainur Qalisha berlari anak menaiki tangga ke biliknya untuk bersiap. Dia hanya memakai skirt berwarna hitam dan baju berwarna biru dipadankan dengan selendang berwarna hitam. Nampak simple je lalu dia memakai sedikit pelembap bibir dan bedak. Setelah berpuas hati dia memakai minyak wangi lalu dia berlari anak menuju ke kereta suaminya.
Tengku Aiman Qalish yang melihat penampilan Ainur Qalisha itu terkaku,sungguh cantik pada pandangannya lalu cepat2 ditepisnya perasaan itu lalu dia memandang ke hadapan semula.
Dia meneruskan perjalanan mereka menuju ke supermarket.Setelah mereka sampai ke supermarket,Ainur Qalisha menolak troli lalu berjalan mencari barang dapur dan bahan masakan. Tengku Aiman Qalish hanya mengikut Ainur Qalisha dari belakang. Selepas beberapa saat,seorang perempuan datang ke arah Tengku Aiman Qalish lalu Ainur Qalisha melihat perempuan tersebut memeluk badan suaminya dan dia terus terkejut.
"Hai baby..lama tak jumpa..kenapa i call you tak jawap,you tau tak i rindu sangat dengan baby i ni" ujar perempuan itu dengan gaya gediknya. "Eh siapa pula perempuan tu tiba2 je nak peluk laki orang,aku isteri dia ni pun tak perna peluk dia tau! Dah la dengan pakaian tak cukup kain dia tu lagi,berbulu biji mata aku ni nak tengok gaya minah gedik ni" desis Ainur Qalisha dalam hati. Lalu di berjalan ke arah mereka berdua.
"Sorry sayang i busy sangat2 lately ni..lepas ni kita jalan ok" ujar Tengku Aiman Qalish kepada buah hatinya.
"siapa ni? Tanya Ainur Qalisha kepada Tengku Aiman Qalish.
"Kenalkan ni girlfriend aku nama dia Sherry. Sayang kenalkan ni tukang gaji i" balas Tengku Aiman Qalish sambil memeluk pinggang Sherry.
"Owh yelah..saya dah habis pilih barang dapur,jomlah kita bayar"
Ujar Ainur Qalisha lalu meninggalkan mereka berdua.
"Sayang,i balik dulu ok nanti malam kita jumpa" ujar Tengku Aiman Qalish lalu meninggalkan buah hatinya selepas melihat Sherry hanya menganggukkan kepala.Dalam perjalanan balik ke rumah,Ainur Qalisha hanya mendiamkan dirinya sambil memandang ke luar tingkap kereta. Hatinya terasa sedih sekali apabila mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh Tengku Aiman Qalish. Dia cemburu apabila melihat suaminya bermesra dengan perempuan lain dan yang paling menyakitkan hatinya apabila suaminya mengaku dia hanya seorang pembantu rumah.
"Aku nak bila girlfriend aku datang ke rumah bila2 masa,aku nak kau panggil aku tengku. Kau kena jadi pembantu aku mulai dari sekarang! Kau faham!" Ujar Tengku Aiman Qalish dengan suara kasarnya. Ainur Qalisha tersentak apabila dijerkah sebegitu,dia hanya mengangguk lalu dia memandang semula ke luar tingkap kereta,perlahan-lahan airmatanya jatuh setitis demi setitis. Dia sedih apabila terpaksa menjalani kehidupan sebegini namun apabila mengingati kedua arwah orang tuanya dan pak su dan neneknya,dia rasa bersemangat. Walau bagaimana sekalipun dia mesti kuat demi rumah tangganya.#hye para readers,sorry baru update..author busy keja skrg ni
Sorry ok and enjoy reading and jgn lupa vote😘😁loveyou para readers so much😘💋♥️

ANDA SEDANG MEMBACA
I Love You Gadis Kampung
Romansa[COMPLETE] Ainur Qalisha merupakan gadis kampung yang tinggal bersama neneknya. Namun selepas kemunculan Tengku Aiman Qalish telah mengubah hidupnya seratus peratus kerana mereka dikahwinkan atas dasar wasiat arwah Tengku Haris iaitu datuk kepada Te...