BAB 3 - UNCLE BERAT HATI

1.5K 49 0
                                    

WANGI tersenyum bahagia di hari pertunangannya. Akhirnya, apa yang mereka hajati hampir tertunai. Dari atas pelamin dia mengerling Airil yang duduk bersama ibu bapanya. Kemudian, anak matanya bergerak ke arah mama, papa dan Alex, kawan baik mamanya. Merangkap hero pertamanya itu. Kenapa Wangi katakan yang Alex hero pertamanya? Kerana Alex lelaki pertama yang melihat dia di dunia. Alex lelaki pertama yang memimpin tangannya kala dia jatuh dari berlari.

Iris mata Wangi bertembung dengan iris mata jejaka berdarah cina dan korea itu. Makin lebar Wangi mengoyak senyum buat Alex. Lelaki sebaya ibunya itu cuma tersenyum senget. Dup dap dup dap. Tiba-tiba jantung Wangi rasa lain macam selepas melihat senyuman uncle kesayangannya itu. Dah kenapa? Lekas Wangi alih pandangan ke arah lain.

Alex hela nafas sebelum tunduk memandang permaidani. Ada rasa sedih yang menapak di hati. Wangi kesayangannya bakal bernikah tak lama lagi. Ikut perjanjian, Wangi dan dan Airil akan bertunang selama sebulan saja. Sekarang dia faham perasaan Indra dan juga Bulan. Anak gadis kesayangan mereka bakal diserahkan pada lelaki asing yang mereka belum betul-betul kenal hati budinya.

Melihat Wangi tersenyum ceria begitu, hatinya macam kena carik pula. Argg! Payahnya dia nak melepaskan Wangi. Langkah terus dibawa menuju ke dapur. Dia nak minum air untuk tenangkan hati yang sebak ini.

Sampai di dapur, dia bertembung Bulan. Entah waktu bila Bulan ke dapur juga. Mata Bulan merah seolah habis menangis.

"You menangis? Sedih our Wangi dah jadi tunang orang?" Soal Alex prihatin.

Bulan tersenyum nipis.

"Tentulah I sedih. Wangi anak I, Alex..."

"Tak payah sedihlah... You dah buat yang terbaik sebagai mama dia. Lambat laun you kena lepaskan dia juga kan?" Alex bergerak menuang air ke cawan.

"I don't know. I rasa macam tak sedap hatilah Alex... you tahu kan status Wangi. I risau pihak lelaki tak dapat terima nanti..." Bulan luahkan rasa risaunya.

"Hish! I percaya Wangi dah beritahu Airil. You jangan risau okey?"

Bulan tersenyum lega. Seperti selalu Alex selalu saja berjaya tenangkan dia.

"Ehamm! You berdua buat apa kat sini?" Suara Indra menyentak mereka.

"Minum..." Jawab Alex selamba.

"Minum je?" Indra menyoal curiga.

"Okey fine, I patah hati girlfriend I dah bertunang dengan orang lain hari ni. Bulan... why you bagi Wangi pada budak hingusan tu? You know I waiting for her." Alex mula berdrama. Sengaja nak mengusik Indra yang cepat panas hati dengannya itu. Dari dulu tak pernah berubah.

"Ish! Dia ni. Tak cukup dengan bini aku. Anak aku pun kau nak try eh?" Indra buat gaya mahu menumbuk Alex. Padahal dia tahu Alex cuma bergurau. Sudah lama berkawan. Masing-masing tahu perangai sesama sendiri.

"Darling!" Bulan menjegil mata pada suaminya itu. Terus menangkap lengan si suami.

"Macamlah you tak tahu perangai Alex tu. Dah jom, I nak jumpa parent Airil." Tak sempat Alex mahu mengusik lagi, Indra telah diheret Bulan pergi dari ruangan itu.

Alex menghela nafas. Nampaknya, dia terpaksa terima yang Wangi bakal diambil orang. Berat hati dia mengalahkan Indra, si bapa kandung Wangi itu. Parah!



"TERIMA KASIHLAH sudi terima pinangan kami ni tuan, puan. Tak sangka tuan dan puan mahu berbesankan orang sederhana macam kami." Ibu Airil berkali-kali mengucapkan terima kasih. Maklumlah yang mereka pinang bukan anak gadis orang yang setaraf dengan mereka. Airil dan Wangi ibarat langit dan bumi. Gadis itu anak orang berada. Sedangkan mereka cuma orang biasa yang tinggal di perumahan murah. Berbeza sungguh dengan kediaman ibu bapa Wangi ini.

MY SWEET UNCLE (NOVEL)Where stories live. Discover now