BULAN memandang anak daranya itu bagai tidak percaya.
"Mama tak salah dengar kan ni? You! I tak salah dengar kan?" Bulan kalih pandang pada suaminya pula.
Jangankan dia, riak wajah Indra juga berubah.
"Wangi, kenapa buat keputusan tiba-tiba macam ni?" Serius Indra menyoal. Ada masa dia boleh bergurau tapi soal yang Wangi bangkitkan ini soal serius.
"Yes ma, pa... Wangi betul-betul nak kahwin dengan Airil." Wangi menunduk. Dia tahu apa yang dia beritahu tadi membuat mama dan papa terkejut beruk.
"But you only nineteen. Study pun tak habis lagi!" Tangan Bulan naik mengurut dada. Mana dia tak terkejut. Wangi tiba-tiba minta izin mahu bernikah di usia yang Bulan kira masih terlalu muda. 20 tahun pun belum masuk lagi.
"Mama... Pleaselah faham Wangi. Mama nak ke Wangi dan Airil buat bukan-bukan nanti?" Wangi angkat muka.
"Wangi!" Ternaik nada oktaf suara Bulan.
"Astaghfirullah..." Beristigfar panjang Bulan selepas itu.
"Kalau Airil betul-betul bersungguh nak kahwin dengan Wangi. Suruh ibu bapa dia datang jumpa mama dan papa." Indra menjawab tenang.
"You! Takkan you setuju macam tu je. She is still young! Oh my god." Kali ini Bulan rasa nak pitam. Si suami seolah setuju pula anak mereka nak berkahwin muda.
Bulan bangkit berdiri. Sakit kepalanya dengan sikap Wangi.
"Maa... " Wangi merengek. Dia cuba menggapai tangan mamanya itu.
"Give me time. Mama tak boleh fikir sekarang ni!" Bulan angkat telapak tangan sebelum bangkit berdiri berlalu ke bilik.
"Papa..." Wangi tatap pula wajah papanya. Mengharapkan bantuan lelaki itu pula.
"Biar papa bincang dulu dengan mama." Indra usap kepala Wangi.
"Thanks pa..." Wangi melarik senyum nipis.
Bulan mundar-mandir di dalam bilik dengan telefon pintar yang melekap di telinga.
"Alex! I need you." Tak beri salam. Terus dia menyerbu lelaki di sebalik talian itu.
"Cuma you aje boleh pujuk Wangi, Alex. She wants to get married! I bukan tak setuju. But at least, tunggulah sampai habis study dulu." Dari dulu, Alex selalu menjadi tempat dia mengadu hal Wangi. Wangi lebih dengar cakap Alex dari mereka suami isteri.
"Sayang..." Indra menegur lembut.
"I letak dulu. Bye." Bulan letak panggilan. Wajahnya cemberut sambil menyilang tangan ke dada.
"You marah I ke?" Indra mendekat. Pinggang si isteri di raih lalu di bawa duduk di birai katil.
"I tak marah you... I cuma geram dengan anak dara you tu. Apa yang dia fikir sampai tak sabar-sabar nak kahwin?" Bulan masih tak puas hati dengan Wangi.
"Itu kan fitrah sayang... Lagipun dia tengah bercinta dengan Airil. Normal mereka ada rasa nak bernikah." Pujuk Indra menggenggam tangan isterinya.
"I tahu... Tapi... Allah... I tak sanggup nak lepas dia, yang... Masak pun tak pandai-pandai lagi. Macam mana nak jaga suami?" Bulan bangkit hal kekurangan Wangi pula.
Indra tergelak kecil. Dia faham apa yang Bulan rasa. Sama juga dengan dia. Memang berat hati nak lepaskan satu-satunya anak dara mereka itu.
"You mesti tak mahu Wangi jadi macam kita kan sayang? Budak zaman sekarang lebih advance dari kita dulu. I dulu pun tak tahan dengan godaan you, you fikir Airil boleh tahan dengan anak kita yang cantik tu?"
YOU ARE READING
MY SWEET UNCLE (NOVEL)
RomansWANGI juga seperti gadis lain. Mahu dicintai dengan seikhlas hati. Tapi kerana statusnya sebagai anak luar nikah kepada mama dan papa membuat tunangannya meninggalkan dia. Mujur ada Uncle Alex yang mahu menyelamatkan maruah mereka sekeluarga. "I wi...