HAMPIR sebotol perfume Wangi sembur di sekeliling badan. Kata nak goda suami kan? Kalau Alex tak tergoda lagi tak tahulah Wangi. Wangi pusing badan di hadapan cermin. Fuh! Kalau tak cukup seksi lagi memang Wangi tak pakai apa terus saja nanti depan Alex.
Mengibas rambut ke belakang, Wangi mengayun langkah menuju ke ruang menonton televisyen. Selalunya waktu begini Alex sedang menonton drama kesukaannya. Nama saja mix cina korea suaminya itu tapi peminat drama melayu nombor satu. Sebab itulah agaknya bahasa melayu Alex lebih melayu dari melayu.
Sementara itu Alex begitu kusyuk menonton drama yang diikutinya setiap malam. Air kopi yang dibancuhnya tadi di bawa ke bibir. Langsung tak sedar yang si isteri sedang menghampiri.
“Abang Iman.…”
Alex hampir tersedak. Semalam lau gong, hari ini Abang Iman pulak?
Pandangan Alex jatuh pada hujung kaki Wangi sebelum perlahan-lahan naik ke atas.
“Uhuk! Uhuk! Uhuk!” Terus Alex terbatuk. Terketar tangan Alex meletak cawan kopinya.
“Aa... Apa you pakai ni?” Hampir nak terkeluar biji mata jadinya. Ternaik nada Alex menyoal gadis itu. Mahu terkeluar jantung Alex dibuatnya.
“Apa? Wangi pakai baju tidur je. Salah ke?” Wangi hentak kaki lalu melabuh duduk di sebelah Alex. Dia ingat Alex suka baju tidurnya. Alih-alih kena marah pula.
Zup! Laju Alex menginjak jauh. Seram oii!
“Taklah salah. Tapi baju apa macam ni?” Gerun Alex melihatnya. Tak pernah dia tengok Wangi sedaring ini. Paling tidak pun Wangi pakai legging ketat separas lutut. Itu pun iman Alex hampir goyah tapi hari ini…
“Abang Iman tak suka ke? Nenda kata lelaki suka tengok isteri seksi-seksi.” Wangi angkat lutut ke sofa. Merangkak mendekati Alex.
“Ne… nenda ajar Wangi?” Tergagap Alex mengundur badan.
Wangi mengangguk polos. Sekarang jarak mereka cuma beberapa jengkal aje.
“Uncle tak rasa nak kiss Wangi ke?” Terus terang Wangi bertanya.
“Kiss?” Ternaik kening Alex . Entah apalah Puan Sri Anom mengajar cucunya ni?
Wangi pejam mata menanti. Sudah terbayang adegan sweet seperti dalam drama korea.
Keletak! Dahi Wangi terasa pedih. Spontan dia buka mata.
“Uncle jentik Wangi?” Terus Wangi meraba dahinya. Pedih kut. Wangi duduk bersila sambil mencerun Alex.
“Jangan nak merepek. Banyak sangat masa you ni. Baik you pergi study. Assignment you tak siap lagi kan? Esok you dah start ada kelas kan?”
Alex bangkit berdiri. Habis dia kalau macam ni selalu!
“Uncle nak pergi mana tu?” Soal Wangi apabila Alex sudah bergerak pergi.
“Mandi!” Jawab Alex membetulkan kolar bajunya.
“Wangi ikut?” Wangi sengaja mengusik.
“Bu ke yi!”
Eleh! Jual mahal. Wangi jelir lidah. Tapi nak buat apa mandi malam-malam ni? Bukan Alex dah mandi ke balik kerja tadi? Hurmm… herot bibir Wangi mencerun pintu bilik mereka.#MYSWEETUNCLE #MELLMARIANN
Berminat wss okeh.
https://shopee.com.my/MY-SWEET-UNCLE--MELL-MARIANN,-MY-SWEET-SAVIOUR-CIK-BAWANG-i.141046631.19828326101
http://wasap.my/60173255126/kombosweet
YOU ARE READING
MY SWEET UNCLE (NOVEL)
RomanceWANGI juga seperti gadis lain. Mahu dicintai dengan seikhlas hati. Tapi kerana statusnya sebagai anak luar nikah kepada mama dan papa membuat tunangannya meninggalkan dia. Mujur ada Uncle Alex yang mahu menyelamatkan maruah mereka sekeluarga. "I wi...