Alex sedang memejam mata sambil menyandar di kepala katil. Sebahagian lengan kekar Alex menutup dahi. Pasti Alex letih dengan kekecohan hari ini. Wangi meletak kotak first aid di atas meja sisi sebelum naik duduk bersimpuh di sisi Alex. Jemari Wangi naik menyentuh pipi Alex. Spontan iris mata Alex terbuka. Alex turunkan lengannya dan membetulkan duduk."Wangi nak buat apa ni?" Berkerut dahi Alex melihat Wangi yang begitu dekat dengannya."Wangi sapukan ubat kat luka uncle ya?" Wangi turunkan tangan dan mengambil ubat sapu dari kotak first aid tadi. Alex cuma diam menelan liur. Haruman Wangi masuk ke rongga hidung. 'Hey, Alex! Back to yourself. Jangan nak fikir bukan-bukan.' Alex ingatkan dirinya. Entahlah, Alex nampak Wangi cantik betul hari ini. Redup dia merenung wajah Wangi yang sedang menunduk membuka kotak ubat sapu yang diambil gadis itu tadi. Alex tahu Wangi masih bersedih tapi Wangi masih juga risaukan dia. Wangi angkat muka sebelum ibu jarinya naik menyentuh pinggir bibir Alex."Does it hurt,uncle?" Berhati-hati Wangi menyapu ubat pada luka di tepi bibir Alex. "I yang patut tanya soalan tu. Does it hurt, Wangi?" Alex tahan tangan Wangi dari terus membelek luka di bibirnya. Berbanding dia, Wangi yang lebih terluka dengan semua ini. Cuma luka Wangi tak terlihat jelas dek mata. Luka di hati Wangi pastinya sangat parah saat ini."Wangi okey..." Jawab Wangi perlahan. Menunduk memandang ke lantai. "No, you're not." Alex paut dagu Wangi supaya menatap wajahnya. Berkaca-kaca anak mata Wangi mahu merembes air jernih yang bertakung di kornea matanya. "I'm sorry..." Suara Wangi hampir tak terkeluar. Sebak tidak terkata apabila Alex seolah memahami apa yang dia rasakan saat ini. Luluh melihat keadaan Wangi, Alex menarik tubuh itu masuk ke dalam dakapannya. "Don't worry. I takkan tinggalkan you..." Pujuk Alex mengusap lembut kepala Wangi. Tangisan Wangi pecah semahunya. "Maafkan Wangi... Maafkan Wangi...Sebab Wangi degil. Uncle terpaksa kahwin dengan Wangi..." Wangi sembam mukanya ke dada Alex. Tidak tertanggung rasa bersalah Wangi pada Alex. Kerana dia, papa tumbuk lelaki itu. Kerana dia, kepercayaan mama hampir goyah pada sahabat baiknya sendiri. Kerana dia, Alex buat pengorbanan besar ini. Semuanya kerana kedegilannya.Puas menangis, Wangi jarakkan tubuhnya dari Alex."Sorry, habis baju uncle." Wangi menyapu baju melayu berwarna krim yang tersarung ditubuh Alex itu dengan telapak tangannya. Berbekas habis dengan kesan mekup dari muka dia tadi. "I'ts okay. Nanti I hantar dobi." Alex menyentuh lengan Wangi. Menahan gadis itu dari terus mengusap dadanya. Wangi... Wangi... dia tak tahu ke sentuhan begini boleh membawa maksud lain?
Berminat ws : 0173255126
YOU ARE READING
MY SWEET UNCLE (NOVEL)
RomanceWANGI juga seperti gadis lain. Mahu dicintai dengan seikhlas hati. Tapi kerana statusnya sebagai anak luar nikah kepada mama dan papa membuat tunangannya meninggalkan dia. Mujur ada Uncle Alex yang mahu menyelamatkan maruah mereka sekeluarga. "I wi...