"AKU TAK boleh kahwin dengan kau, Wangi. Aku jijiklah nak beristerikan kau, kau tu anak luar nikah. Ingat sikit!" Menggeletar tangan Wangi mengenggam telefon pintarnya."Awak cakap awak tetap akan bernikah dengan saya hari ni, Airil..." Wangi kawal air mata dari jatuh. Bergetar suaranya menahan amarah. Dia sudah rendahkan maruahnya demi majlis hari ini tapi tergamak Airil buat dia macam ni?"Itu sebelum ni. Kau ni memang terdesak kan? Sebab kau tahu tak ada siapa nak beristerikan kau. Sebab tu kau sanggup terima aku walaupun aku dah hina kau macam-macam. Memang tak tahu malu kan kau ni?" Airil makin galak mencemuh di sebalik sana."Kau memang jantan tak guna, Airil. Aku doa kau takkan bahagia selama-lamanya buat aku macam ni. Aku sumpah kau Airil! Aku sumpah kau!" Wangi matikan talian. Telefon pintarnya itu di baling ke atas tilam. Sial punya jantan! Wangi ambil bantal dan pekup ke muka. Sekuat hati dia menjerit tanpa suara.Puas menjerit, Wangi bangkit berjalan mundar-mandir di dalam bilik. Dia tahu keadaan pastinya sedang kecoh di luar sana. Tok kadi sudah lama sampai, tapi pengantin lelaki tak muncul-muncul!Pintu biliknya diketuk bertalu-talu. Mujur majlis hanya dibuat di rumah. Boleh Wangi menyorok di dalam bilik. Kalau di masjid, pasti muka Wangi tebal tidak terkira. Ah, sekarang pun Wangi tak tahu mahu letak di mana mukanya. Mama dan papa apatah lagi. Pastinya sedang risaukan dia dan Airil."Wangi... bagitahu mama sayang. Apa yang berlaku ni? Buka pintu ni, Wangi... apa-apahal kita bincang ya sayang..." Lembut mama memujuk dari luar. Makin membuat Wangi rasa bersalah dengan apa yang berlaku. Dia fikir dia berjaya membuat perhitungan dengan Airil. Ternyata lelaki itu satu sen pun tak guna. Sekarang Wangi terpaksa hadap semuanya sendiri. "Wangi..." Suara papa pula kedengaran. Wangi jadi gerun. Telefon pintar Wangi nyaring berlagu. Melihat nama Alex yang tertera, lekas Wangi mencapai menjawab panggilan itu."Wangi... bukak pintu ni. Jangan buat mama dan papa you macam ni..." Suara Alex memujuk lembut.Mendengar suara Alex, air mata Wangi terus tumpah dari empangan. "Wangi tak tahu nak buat apa, Uncle... Airil tak mahu kahwin dengan Wangi... Wangi takut mama papa marahkan Wangi..." Wangi mula mengongoi kuat. Sepatutnya dia dengar nasihat Alex supaya berterus-terang dengan mama papanya. Tapi Wangi degil. Wangi cuma tak mahu mama dan papa susah hati jika mereka dapat tahu yang Airil menolak Wangi kerana Wangi anak luar nikah. "Buka pintu dulu... I ada okey? Jangan takut. Please... you buat macam ni mama papa you lagi susah hati." Alex tak berputus asa memujuknya.Perlahan Wangi bergerak menuju ke arah pintu dan membuka pintu untuk mereka di luar sana."Ya Allah, Wangi. Apa yang berlaku ni sayang?" Bulan menerpa masuk. Hampir gugur jantungnya melihat wajah Wangi yang comot dengan kesan maskara. Wangi kesat air mata dengan belakang telapak tangannya. Langsung dia memeluk wanita yang melahirkannya itu. "Airil tak datang ma... dia tak mahu kahwin dengan Wangi... dia hina Wangi sebab Wangi anak luar nikah." Air mata Wangi kembali gugur dengan lebat. "Astaghfirullahalazim!" Beristighfar panjang Bulan mendengarnya. "Apa Wangi cakap ni?" Indra menutup pintu bilik apabila tetamu mula tertinjau-tinjau babak isteri dan anak perempuannya itu. Yang tinggal kini, cuma dia, Bulan, Wangi dan Alex. "Maafkan Wangi.. papa. Wangi minta ampun... Wangi tak mahu jadi macam ni. Wangi tak tahu apa salah Wangi sampai Airil buat Wangi macam ni..." Wangi meluru memeluk dada bapanya pula. Indra terketap bibir. Bahu Wangi ditolak sedikit dari tubuhnya, sekaligus meleraikan pelukan Wangi. Tunduk sedikit, Indra menyapu air mata Wangi."Beritahu papa. Di mana Airil? Biar papa jumpa dia!" Amarah Indra naik mencanak. Berani Airil menyakiti puteri sulungnya ini?Wangi menggeleng. "Tak ada gunanya papa cari dia... Wangi tak mahu dia jadi suami Wangi lagi." "Allahuakbar... habis apa kita nak buat ni Wangi? Tok kadi, tetamu semua dah tunggu kat luar tu..." Bulan terduduk di birai katil. Wangi bergerak melutut di depan mamanya pula."Maafkan Wangi mama... Wangi degil... Airil memang tak mahu kahwin dengan Wangi. Wangi yang paksa dia terima juga Wangi. Betul cakap dia, siapa nak kahwin dengan anak luar nikah macam Wangi ni..." Dahi Wangi jatuh ke lutut Bulan. "Allahu... anak mama." Air mata Bulan jatuh meluruh. Luluh hatinya melihat keadaan si anak. Patutlah dia rasa tak sedap hati apabila Wangi asyik muram menjelang majlis nikahnya. "Tak guna punya budak. Berani dia buat anak aku macam ni!" Indra mendecit. Bulan tarik Wangi supaya duduk disebelahnya."Tak apa... kita batalkan aje majlis ni ya? Mama akan terangkan pada tok kadi dan tetamu." Bulan memujuk lembut. Tubuh Wangi dipeluk erat, air mata anak gadisnya itu dikesat lembut. Semua salah dosa silam mereka suami isteri hingga Wangi terpaksa lalui semua ini. Indra meraup muka. Kusut dengan apa yang sedang berlaku."Ya, kita batalkan. Maafkan papa sayang..." Indra turun mencangkung memegang lutut Wangi. Dia tak mahu Wangi rasa bersalah dengan apa yang terjadi. Bukan salah Wangi menjadi anak luar nikah. Wangi langsung tak bersalah."I will marry her." Tiba-tiba sahaja Alex mencelah. "I akan ganti tempat Airil." Alex ulang lagi ayat penyatanya."Hah?" Serentak Bulan dan Indra menoleh pada Alex. Begitu juga Wangi. Bulat anak matanya menatap riak tenang Alex." You jangan nak buat gila, Alex. She's my daughter!" Terbeliak anak mata Bulan menentang wajah Alex.
Unkel nak kahwin dengan Wangi?
Berminat whatsapp - 0173255126
YOU ARE READING
MY SWEET UNCLE (NOVEL)
RomansaWANGI juga seperti gadis lain. Mahu dicintai dengan seikhlas hati. Tapi kerana statusnya sebagai anak luar nikah kepada mama dan papa membuat tunangannya meninggalkan dia. Mujur ada Uncle Alex yang mahu menyelamatkan maruah mereka sekeluarga. "I wi...