“Uncle nak ni tak?” Wangi sudukan kuah kari ayam ke pinggan Alex.
“Wangi…” Puan Sri Anom menyeru nama cucunya itu.
“Ya, nenda.”
“Masih panggil uncle kat Iman? Dah jadi suami, kena panggil elok-elok sikit.” Tak senang Puan Sri Anom mendengar panggilan Wangi pada cucu menantunya itu.
“Hah?” Wangi terkedu.
Alex pula berdeham sambil membetulkan kolar leher baju turtle necknya.
“Dah memang dari kecil Wangi dok panggil dia uncle. Mestilah Wangi dah terbiasa mami…” Indra menyampuk selamba.
“Kamu berdua pun, sepatutnya kena terima hakikat yang Iman sekarang sudah jadi menantu kamu. Layan dia dengan sepatutnya.” Puan Sri Anom menjegil mata pada anak dan menantunya itu.
Bulan menoleh pada Alex. Menantu? Oh my... Rasa macam mimpi semua ini terjadi.
Alex tersengih sebelum mengendeng sedikit ke tepi telinga Wangi.
“Mama sound fun juga kan, sayang? boleh I panggil mama you, mama?” Alex sengaja mengusik. Macam berbisik tapi Bulan dengar apa yang dia bisikan itu.
Membulat mata Bulan.
“Oh my god! Kenapalah you jadi menantu I, Alex!” Bulan tak dapat menahan dari rasa geli.
Bukan sekejap mereka berkawan. Alex yang teman dia masa Wangi baru lahir. Alex lelaki pertama yang kucup pipi comel Wangi. Malah, Alex yang masakkan dia waktu dia berpantangkan Wangi dulu!
Tapi sekarang.. Oh no, no. Bulan rasa tak boleh nak hadam membayangkannya.
“Dah jodoh la mama... Kan papa?” Makin galak Alex mengusik mama dan papa mentuanya itu.
“Nak termuntah aku!” Indra buat gaya termuntah.
“Uncle!” Laju jemari Wangi hinggap mengepit pinggang Alex. Wangi tahu Alex sengaja mengusik kedua orang tuanya itu. Dia pun nak tergelak juga dengan reaksi papa mama.
Puan Sri Anom cuma menggeleng kecil menghadap perangai anak menantunya itu.
“Dah, Wangi... Mulai hari ini cuba belajar panggil Iman tu dengan panggilan manis. Abang ke, hubby ke.. asalkan bukan uncle. Sakit telinga nenda dengar.”
“Tapi…” Jangan mama papa. Wangi pun ada rasa geli juga. Dia dah biasa kut panggil Alex, uncle.
“Kalau kamu dok beruncle lagi. Bilanya kamu nak bagi team bola kat nenda? Dahlah team bola mama papa kamu tu gagal! Nenda minta 12 tapi dapat 3 aje.”
“Mami!” Serentak Bulan dan Indra menjerit.habislah nenda dah buat permintaan. 😆
#mysweetuncle #MellMariann
http://wasap.my/60173255126/kombosweet
http://wasap.my/60173255126/kombosweet
YOU ARE READING
MY SWEET UNCLE (NOVEL)
RomanceWANGI juga seperti gadis lain. Mahu dicintai dengan seikhlas hati. Tapi kerana statusnya sebagai anak luar nikah kepada mama dan papa membuat tunangannya meninggalkan dia. Mujur ada Uncle Alex yang mahu menyelamatkan maruah mereka sekeluarga. "I wi...