Lagi berapa hari nak tutup oderrrr dah. Cepat sapa nak lagi. Kami cetak ikut pemintaan cam biasa. ❤️❤️❤️
“Budak lelaki tu nak apa lagi dengan Wangi. Tak cukup kat opis. Sebelum balik pun nak jumpa juga?” Serius Alex menyoal. Sebelum dia memandu pulang tadi. Sempat pandangannya menangkap kawan lelaki Wangi itu bersembang dengan isterinya.
“Ean?” Alis mata Wangi terangkat naik.
“Ean ke Eon ke. Dia sibuk sangat dengan isteri abang tu dah kenapa? And you, sampai bila nak rahsiakan hubungan kita? Semua orang patut tahu yang Wangi ni isteri abang.” Alex luahkan ketidakpuasan hatinya.
Wangi lepaskan pelukannya di lengan Alex.“Abang cakap abang faham Wangi. Yang abang nak marah-marah Wangi ni kenapa? Wangi bukannya ada apapun dengan Ean tu. Lagi satu, lagi beberapa hari saja lagi Wangi nak habis intern. Abang tak boleh sabar ke?” Takkan disebabkan itu Alex marahkan dia? Padahal Alex sudah setuju yang hubungan mereka dirahsiakan sekurang-kurangnya sehingga dia tamat tempoh intern. Lagi beberapa hari saja lagi.
“Siapa cakap abang tak sabar? Kalau abang tak sabar, abang dah pergi belasah budak tu. Suka hati dia saja pandang isteri abang macam pandang awek dia.” Makin mencanak pula rasa geram Alex apabila Wangi melawan cakapnya.
“Eeeii! Malaslah nak layan cemburu abang ni. Wangi penat tahu tak?” Wangi hentak kaki dan meneruskan langkahnya yang tergendala tadi.
“Wangi, apa bising-bising ni?” Puan Sri Anom muncul di muka pintu.
“Nenda tanyalah cucu menantu kesayangan nenda tu.” Jawab Wangi tunduk menyalami nendanya sebelum menapak menuju ke sofa.
“Iman? Kenapa dengan Wangi tu?” Anak mata Puan Sri Anom mencari wajah Alex. Keningnya berkerut kehairanan. Rasanya macam sudah lama pasangan itu tidak berkelahi. Alex buat hal lagi ke?
❤️❤️❤️
Orang tua kalau cemburu mmg overr sikit kan? 😌
Whatsapp : 0173255126 - My sweet Uncle
YOU ARE READING
MY SWEET UNCLE (NOVEL)
RomanceWANGI juga seperti gadis lain. Mahu dicintai dengan seikhlas hati. Tapi kerana statusnya sebagai anak luar nikah kepada mama dan papa membuat tunangannya meninggalkan dia. Mujur ada Uncle Alex yang mahu menyelamatkan maruah mereka sekeluarga. "I wi...