asyik happy je kan? Satgi ada yang kata citer apa ni takdak konflik. huhuhu.
“No, Wangi takkan bagi abang buat Wangi macam ni lagi!” Wangi menggeleng dengan mata yang memerah. Tajam mencerun wajah lesu Alex.
“Tolonglah faham… I ada sebab kenapa I tak boleh teruskan semua ni.” Alex pandang sayu wajah Wangi.
“Nak faham macam mana kalau abang tak mahu kongsi dengan Wangi? Abang geli nak sentuh Wangi sebab abang anggap Wangi masih budak-budak?” Telah Wangi berani.
Membesar anak mata Alex.
“No!” Sangkal Alex.
“Then, kenapa? Tell me, why?” Nada Wangi sudah ternaik tinggi.
Alex terundur ke belakang. Otaknya jadi berserabut semula.
“Sebab abang tak cintakan Wangi ke?” Air mata Wangi mula jatuh merembes. Alex tak cintakan dia ke sebab tu Alex tak mahu sentuh dia? Kalau Alex tak cinta, kenapa Alex cium dia dan buat dia rasa terbuai.
“Wangi tak faham…” Tangan Alex memampan dinding. Peluh mula merenek di dahi.
“Fahamkan Wangi. Kalau abang boleh sentuh perempuan lain, kenapa bukan Wangi?” Wangi ketap bibir.
“Because I don’t love them! I tak cintakan dia orang. But, you… you make me afraid of this feeling.” perlahan suara Alex memberi alasan sambil sebelah tangan menepuk dada. Betul, dia benar-benar gentar dengan perasaannya yang sedang menggasak jiwa saat ini.
“It scares me...” sambung Alex sebelum tubuhnya melurut jatuh ke lantai.
“Abang!” Terkejut Wangi dengan keadaan Alex. Cepat dia melutut memeluk tubuh suaminya itu.MAIGOD UNCLE....
#MYSweetUncle #MellMariann
Pre Order sehingga 15 Ogos
YOU ARE READING
MY SWEET UNCLE (NOVEL)
RomansaWANGI juga seperti gadis lain. Mahu dicintai dengan seikhlas hati. Tapi kerana statusnya sebagai anak luar nikah kepada mama dan papa membuat tunangannya meninggalkan dia. Mujur ada Uncle Alex yang mahu menyelamatkan maruah mereka sekeluarga. "I wi...