ALEX melepas keluhan. Dari tadi telefon pintarnya asyik berbunyi minta diangkat. Entah perempuan manalah kali ini. Tak habis-habis.
Melihat nama Elisha yang muncul di skrin lagi, akhirnya Alex capai juga telefon pintarnya itu.
“You nak apa lagi ni Elisha? Jangan ganggu I lagi boleh tak?” Marah Alex. Selagi dia tak bertegas, agaknya selagi itulah Elisha menganggu dia lagi.
“I tahu you sengaja nak mengelak dari I disebabkan sugar daddy I tu kan? Come on Alex… takkan you takut dengan Dato’? Berani buat beranilah kita simpan. I rindu you…”
“Jangan nak merepek boleh tak? I pernah cakap dulu I cuma tidur dengan perempuan yang tak attached dengan perasaan. You juga yang setuju. But now, apa ni? Rindu-rindu apa?” Alex memintas sebal. Mula meninggi suara pada perempuan tak faham bahasa itu.
“Tapi I…”
“Dengar sini ya. I dah ada girlfriend. Jadi jangan ganggu I lagi!” Terus Alex matikan talian. Telefon pintarnya terus dimatikan selepas itu. Dia tak mahu diganggu. Lebih baik dia sambung buat kerja.
Bergerak menuju ke dapur, Alex keluarkan teh chamomile dari atas rak. Tak lama selepas itu, secawan teh chamomile sudah siap dibancuhnya. Langsung di bawa ke meja kerjanya.
Komputer ribanya dibuka sebelum dia capai kaca matanya dan disarungkan ke pangkal hidung. Sejak menghampiri usia 40an ini, Alex lebih menjaga kesihatan. Sekarang bukan masanya untuk dia berseronok lagi. Tempoh untuk itu sudah lama berlalu. Lagi-lagi sejak dia mendapat hidayah dari tuhan. Sejujurnya, Alex lebih suka dengan kehidupannya yang sekarang. Lebih tenang bersendiri mencari makna diri.
Baru Alex mahu memulakan kerja yang tertangguh, halwa telinga Alex sayup-sayup menangkap loceng rumahnya ditekan seseorang.
Alex letak cermin matanya ke meja apabila loceng rumahnya makin lama makin berbunyi bertalu-talu. Entah siapa yang datang malam-malam begini. Tak ada pula sesiapa yang beritahu nak datang. Lagipun, dah lama dia tak ada tetamu. Takkanlah Elisha pula. Elisha mana tahu di mana letaknya kediamannya ini.
Malas-malas dia bergerak menuju ke pintu utama. Menghendap skrin, wajah Wangi yang terpamer di situ.
Dengan dahi berkerut, Alex buka pintu unit apartmentnya dengan segera.
“Wangi?”
“Uncleee.…” Wangi meluru mendakap tubuhnya dengan tangisan yang berlagu kuat.
“Hey, what's wrong?” Berderau darah Alex. Dah kenapa budak ni?
Wangi masih lagi menangis tak berhenti. Memeluk dia seperti tak mahu lepas.
Alex menoleh kiri kanan. Bimbang jiran-jirannya terdengar tangisan Wangi. Tak pasal-pasal jadi hal lain.
“Kita masuk dulu ya, bagitau uncle apa yang berlaku.” Alex usap lembut kepala Wangi sebelum menarik lengan Wangi masuk ke dalam rumah.
Wangi hanya menurut.
Perlahan Alex dudukkan Wangi di sofa. Gadis itu masih tersedu-sedan dengan tangisan.
“Wait here, uncle buatkan teh untuk you.” Alex menuju ke dapur. Tak lama kemudian dia muncul dengan secawan teh chamomile. Nampaknya bukan cuma dia yang perlukan mood booster.
“Minum dulu teh ni. Elok untuk tenangkan fikiran you.” Alex hulur cawan teh itu pada Wangi.
Wangi menyambut dengan wajah sugul.
“Thanks,uncle.”
Perlahan air teh itu dilalukan ke tekak. Wangi pejam mata menikmati. Sedap tapi sedikit tawar. Lain rasa dari teh biasa. Menyegarkan.
“Teh apa ni uncle?” Wangi menyoal Alex setelah dia bertenang.
“Chamomile tea. Banyak khasiat teh ni, salah satunya baik untuk menenangkan fikiran. Now tell me, kenapa Wangi menangis macam ni?” Alex merenung redup wajah sembab Wangi.
Wangi letak cawan ke meja kopi. Mukanya disapu dengan hujung lengan baju panjangnya.
“Uncle betul tentang Airil. Dia memang jahat.” Tercebek-cebek Wangi mengadu.
“Dia ada buat apa-apa ke kat Wangi? Bagitau uncle!” Iris mata Alex sudah melebar. Duduknya ditegakkan. Jangan cakap Airil buat benda yang sama Indra buat pada Bulan!
“Eh... taklah sampai macam tu. Tapi dia hina Wangi. Dia memang tak cintakan Wangi…” Wangi menunduk.
Alex menghela nafas lega.
“Hina yang macam mana?” Alex kembali serius.
“Dia tak nak anak haram macam Wangi. Lepas tu, dia suruh Wangi kahwin aje dengan uncle.” Wangi teringat semula kata-kata Airil. Suka hati Airil saja suruh dia berkahwin dengan Alex. Dia sudah menganggap Alex seperti bapanya, mustahillah dia nak berkahwin dengan Alex.
“Dia cakap macam tu? Amboi, budak ini!” Mengecil anak mata Alex seperti Airil ada depan mata.
“Tak, masalahnya Wangi takut nak beritahu papa dan mama. Kad jemputan mama dan papa dah edar kat semua orang. Takkan Wangi nak batalkan majlis kami. Macam mana Wangi nak buat ni uncle…” Wangi menyentuh lengan Alex. Dia betul-betul buntu.
Anak mata Alex menyorot ke tangan Wangi yang berjari runcing itu. Tak sangka anak kecil yang di timang dan di dukung kehulu kehilir dulu kini sudah membesar dengan begitu cepat.
“Kita bincang nanti. Jom, uncle hantar Wangi balik dulu.” Alex tepuk-tepuk lembut kekura tangan Wangi sebelum menarik lengannya itu. Sejak Wangi membesar, dia memang meletakkan batas dalam pergaulan mereka.
Malah sebelum dia masuk islam lagi sebab dia tahu dosa pahala bagi seorang muslim. Bulan dan Indra banyak mengajarnya.
Wangi menggeleng laju.
“Wangi tak nak. Wangi serba salah nak pandang muka papa mama. Wangi tak boleh.”
“Habis? Wangi nak bermalam di mana?” Bingung Alex jadinya.
“Tidur kat sini?”
“What?”
YOU ARE READING
MY SWEET UNCLE (NOVEL)
RomantizmWANGI juga seperti gadis lain. Mahu dicintai dengan seikhlas hati. Tapi kerana statusnya sebagai anak luar nikah kepada mama dan papa membuat tunangannya meninggalkan dia. Mujur ada Uncle Alex yang mahu menyelamatkan maruah mereka sekeluarga. "I wi...