Hai, berita baik untuk yang belum punya MY SWEET UNCLE. Saya open order untuk cetakan ke 2. New cover. 🥰
Bismillah... saya open pre oder ya gais.
Kali ni, saya cetak lepas tutup proder ya. Ikut mana yang nak je sebab rumah dah takde space nk simpan stokk. Huhu.𝗣𝗘𝗡𝗝𝗘𝗟𝗔𝗦𝗔𝗡
MY SWEET MOON adalah revamp dari ebook INDRA BULAN. Tapi.... Bukan sekadar penambahan bab saja. Saya olah semula hampir semuanya. Babak- babak and everything. So, memang banyak tak samalah ye dari ebook.
MY SWEET UNCLE pula sama aje dengan cetakan lama. Cuma kalau ada perubahan pun just kat babak-babak imbas kembali sebab nak bagi selari dengan MY SWEET MOON.
MY SWEET MOON - kisah mama papa Wangi.
MY SWEET UNCLE - Kisah wangi dan uncle kesayangan beliau.Stand alone. Cuma nak lebih feel dapatkan kedua-keduanya. Sebab Hero MY SWEET UNCLE datangnya dari MY SWEET MOON. 🤣🤣
Okeh clear tak? Tak clear, belik jelah. Baca sendirik. 🫣
Pendek kata. Belik jelah eh. 😆
🧡 MY SWEET MOON 🧡 - revamp dari ebook Indra Bulan.
Tidak tahu mana hadirnya cinta, mereka saling menyimpan rasa walaupun tidak terluah dari bibir mereka. Cuma saling menjadi pencinta rahsia.
Bagi BULAN, dia sedar dengan sikapnya yang dianggap 'liar', MEGAT INDRA yang juga digelar sebagai 'Pemudah Harapan Bangsa' itu tidak akan pernah memandangnya dengan cinta.
Lain pula bagi INDRA. Tekanan dari keluarga selalu membuat dia menjaga imej baiknya. Dia cuma mampu memerhati si bunga yang indah itu dari kejauhan. Tidak mungkin Bulan, si gadis jelita itu akan menerima cintanya. Dunia mereka jauh berbeza.
Namun, satu kejadian membuat hati mereka bersatu rasa. Tetapi kejadian itu juga membuat jasad antara mereka terpisah bertahun lamanya.
Bulan tidak pernah menyangka dia akan bertemu Indra kembali. Dia cuma ingin hidup bahagia bersama Wangi.
Kemunculan Indra ibarat membuka luka yang terjahit di jiwa. Bulan cuba menjauh namun takdir seolah sedang membongkar sebuah rahsia.
"Kisah kita sudah lama berakhir, Indra.." BULAN
Bagi Indra, dia ibarat pungguk yang menanti cenderanya.Pertemuannya dengan Bulan adalah peluang untuk dia menyambung kisah mereka yang tertangguh.
"Bagi I peluang untuk bahagiakan you dan Wangi, Bulan. Biar I tebus dosa I pada you dan Wangi." - MEGAT INDRA
Namun bagaimana dengan Iskandar yang sudah lama menanti?
" Awak tahu saya sentiasa sayangkan awak dan Wangi... " - ISKANDAR
Apa yang pasti, kebahagiaan Wangi adalah kebahagiaan Bulan. Biar apapun dugaan, Bulan akan bertahan selagi adanya Wangi disisi
🧡 MY SWEET UNCLE 🧡 - Reprint
WANGI juga seperti gadis lain. Mahu dicintai dengan seikhlas hati.
Tapi kerana statusnya sebagai anak luar nikah kepada mama dan papa membuat tunangannya meninggalkan dia.Mujur ada Uncle Alex yang mahu menyelamatkan maruah mereka sekeluarga.
"I will marry her." Alex Iman Yong
Wangi reda menerima takdir. Lelaki yang selama ini melihat dia membesar akhirnya menjadi suami. Lagipun, Alex boleh tahan juga orangnya. Handsome dan masih nampak muda. Okay apa?
"Uncle tahu tak uncle ni sweet sangat!” - Wangi.
Tetapi sikap Alex yang seolah mengelak darinya buat Wangi rasa geram. Kan mereka sudah menjadi suami isteri!
Namun Alex punya sebab tersendiri mengapa dia menahan hatinya dari jatuh cinta pada Wangi.
Sebab itu juga telah membuat Wangi merajuk hati. Berjayakah Alex memujuk sang isteri mentelah jiwa raganya kini cuma milik Wangi?
YOU ARE READING
MY SWEET UNCLE (NOVEL)
RomanceWANGI juga seperti gadis lain. Mahu dicintai dengan seikhlas hati. Tapi kerana statusnya sebagai anak luar nikah kepada mama dan papa membuat tunangannya meninggalkan dia. Mujur ada Uncle Alex yang mahu menyelamatkan maruah mereka sekeluarga. "I wi...