Teaser - Sup dumpling

1.2K 24 2
                                    

BOHONG kalau katakan yang Alex tidak mencuba menerima Wangi dalam hidupnya. Buktinya sekarang, dia sedang mengamati wajah isterinya itu. Tapi semuanya tidak mudah bagi dia.

“Sedap tak abang? Wangi yang masak sup dumpling ni tau.” Wangi tersenyum manis. Menyerigai sengih pada suaminya itu.

Alex mengangguk kecil. Tunduk memandang mangkuk, Alex mengeluh sendiri. Kenapa mesti dumpling? Kenapa mesti saja ada perkara yang membawa dia pada kisah lalu?

“𝘐 𝘣𝘶𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘺𝘰𝘶 𝘥𝘶𝘮𝘱𝘭𝘪𝘯𝘨. 𝘚𝘦𝘥𝘢𝘱 𝘵𝘢𝘬?”

Alex pejam mata seketika membuang bayangan yang muncul di mindanya.

“Lepas ni Wangi tak payah masak dumpling lagi.” Alex angkat muka mengoyak senyum tawar.

Senyum Wangi memudar serta merta.

“Kenapa? Tak sedap ke?” Wangi cicip sup yang dia masakkan untuk Alex itu. Rasa okey saja.

“Tak, sedap… tapi I tak berapa suka dumpling. Masak masakan lain ya?” Alex menyentuh lengan Wangi. Tak mahu Wangi berkecil hati.

“Errmm… apa yang abang suka? Wangi nak tahu semua tentang abang. No rahsia.” Wangi tompang tangan ke meja. Mengerdip mata pada Alex.
Terkedu Alex dengan soalan tak terjangka Wangi itu.

“I makan aje apa yang you masak. Tapi healthy food lagi bagus. Tapi you tak perlu risau my dear, I takkan kerah you memasak untuk I.” Alex jentik hujung hidung Wangi. Berpura-pura yang tiada apa yang rahsiakan dari Wangi.

“Abang!” Wangi jegil mata. Tak suka betul apabila Alex main jentik-jentik sana sini.

“Haa… kan bagus panggil abang macam tu. Sejuk telinga nenda dengar.” Puan Sri Anom muncul menghampiri mereka.

“Dah makan Iman? Hari ni isteri kamu ni belajar masak sup dumpling. Katanya kamu tak makan petai.” Punggung dilabuh ke keusi. Berceloteh memberitahu Alex tentang apa yang Wangi belajar dengannya hari ini.
Alex mengukir senyum.

“I pun boleh ajar dia nenda. Itupun kalau dia tahan dengan cikgu masakan macam I ni.” Alex kenyit mata pada Wangi.

“Ajar je dia. Kamu nak ajar dia buat benda lain pun boleh. Dia dah besar…” Selamba wanita itu membalas semula.
Alex tersedak liur. Dalam betul ayat Puan Sri Anom itu. Wangi ada mengadu apa-apa ke?

“Kamu kena sambung misi tergendala kawan kamu tu.” Sambung Puan Sri Anom dengan makna tersirat.

“Misi?” Alex jadi bingung.

“Misi team bola.”

“Mami! Tak habis ke dengan misi mami tu?” Kali ini muncul Indra bersama isterinya.

“Mama! Papa!” Wangi berlari anak mendapatkan mama papanya dan memeluk mereka.

Fuh! Alex tarik nafas lega. Mujurlah Indra dan Bulan tiba tepat pada waktunya.

“Uncle!” Kali ini si Teja dan Haqi, adik-adik Bulan pula menyerbunya. Alex tergelak sambil mendepang tangan. Setiap kali, keluarga ini yang membuat dia bahagia.

“Mami ajar Wangi masak apa hari ni?” Bulan menyoal sambil meninjau hidangan di atas meja.

“Alahh… si Wangi nak buat sup dumpling kat Iman tu. Kat kamu berdua pula mami masakkan sambal udang petai. Kat budak-budak ni ayam gorenglah. Apa lagi..” Puan Sri Anom menjawab sambil mendekati Teja dan mencuit pipi cucu bongsunya itu.

“Yeay! Ayam goreng nenda paling sedap kat dunia.” Teja memuji sambil memeluk pinggang nendanya.

“Sup dumpling?” Spontan Bulan mencari wajah Alex. Seketika iris matanya menyambung anak mata Alex yang berbias sendu.
Seperti biasa Alex bijak menyembunyikan rahsia hatinya. Lelaki itu mengalih pandangan sambil berpura-pura melayan Haqi.

“Ya ma.. tapi Abang Iman tak bagi dah Wangi masak sup dumpling. Mama tahu tak apa yang Abang Iman suka makan? Mama kan bestfriend suami Wangi.” Adu Wangi sebelum memeluk lengan mamanya.

Bulan tersenyum kekok sebelum berpura-pura berlagak biasa.

“Ish! Kan suami Wangi ada kat depan tu. Tanyalah dia.” Bulan melabuh duduk.

“Alaa.. Wangi nak buat suprise nanti.”

“Suprise apanya, tuan badan ada depan kamu.” Puan Sri Anom menyampuk. Tergeleng kecil dengan gelagat cucu sulungnya itu.
Bulan mengeluh kecil. Oh, Alex… Perlukah dia bertanya pada Alex tentang kondisi hati menantunya itu sekarang? Tapi bagaimana dengan Wangi? Wangi nampak reda dengan pernikahan mereka berdua.

‘Please Alex… walau apapun you tak boleh lukai hati anak I.’

😳😳😳

B E R M I N A T ?

https://shopee.com.my/MY-SWEET-UNCLE--MELL-MARIANN,-MY-SWEET-SAVIOUR-CIK-BAWANG-i.141046631.19828326101

http://wasap.my/60173255126/kombosweet

my/60173255126/kombosweet

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MY SWEET UNCLE (NOVEL)Where stories live. Discover now