BAB 5 - SAYA MENYESAL KENAL AWAK!

1.4K 45 2
                                    


DARI jauh Wangi nampak Airil sedang bergurau senda dengan seorang gadis. Kuat Wangi menggengam tali beg sandangnya. Sudah dua minggu berlalu, Airil seakan mengelak dari selesaikan masalah mereka.

"Airil kan tu? Kau bergaduh ke dengan dia Wangi? Korang dah nak kahwin kut. Kenapa dia layan girl lain?" Mohana di sebelah mula curiga. Tajam anak matanya mencerun tunang Wangi itu.

"Aku tak tahu nak cakap Ana... Aku rasa Airil tak mahu kahwin dengan aku." Wangi menjawab perlahan. Langsung dia berpaling dan berlalu pergi. Tak jadi dia mahu ke kafe. Hatinya pedih tidak terkata.

"What? Kau jangan macam-macam Wangi. Aunty dah prepare majlis korang kan? Seminggu lagi kut!" Mohana terbeliak mata. Pantas langkahnya dipanjangkan mengejar langkah Wangi. Terkejut dengan jawapan Wangi itu.

Wangi berhenti mengayun kaki.

"Aku tak tahu nak buat apa? Patut ke aku rayu Airil?" Menoleh ke arah Mohana, Wangi pandang Mohana dengan pandangan keliru.

"Wangi... ada apa-apa ke yang kau tak beritahu aku ni?" Mohana mula risau. Bahu Wangi disentuh. Sudah diagak, pasti Wangi ada masalah dengan Airil. Walaupun mereka berkawan rapat. Wangi bukan jenis suka bercerita tentang masalahnya.

"Kalau aku cerita, kau nak lagi ke kawan dengan aku?" Wangi menunduk.

"Dah kenapa aku tak nak kawan dengan kau?" Makin pelik Mohana dengan sikap Wangi.

"Entahlah, dulu-dulu aku tak ada kawan. Kat sini pun, kau je kawan aku. Aku takut aku hilang kau pula." Wangi mengalih muka ke sisi. Memang itu yang dia rasakan. Sebab itu dia berahsia dari Mohana tentang status dirinya.

Mohana ketap bibir. Langsung lengan Wangi ditarik menuju ke arah taman.

"Aku tak kira. Kau kena ceritakan kat aku semuanya!" Budak degil memang kena paksa!

MENDENGAR KISAH hidup Wangi buat Mohana melopong sendiri. Iyalah, siapa nak sangka yang mama dan papa Wangi pernah ada kisah silam sebegitu. Mohana nampak mama papa Wangi seperti orang baik-baik saja. Tapi siapa Mohana mahu menilai aib dan masa lampau orang. Opah tak pernah ajar Mohana berperangai begitu. Jadi, Wangi tak patut risau yang dia tak akan berkawan dengan Wangi hanya disebabkan hal sebegitu.

"Kau tak patut tau rasa rendah diri sebab hal ni. Kau sepatutnya bersyukur tau Wangi. Mama papa kau sayang sangat kat kau. Diaorang bagi kau tempat tinggal, makan pakai dan pendidikan yang sempurna. Tak semua orang bernasib baik macam kau." Mohana sentuh kekura tangan Wangi. Dia nak Wangi tahu yang tak semua orang beruntung seperti Wangi.

Wangi senyum tawar.

"Aku bersyukurlah Ana... Mama tak buang aku kat tong sampah pun aku dah rasa beruntung sangat tau. Tapi bila orang layan aku macam aku ni hina sangat. Aku sedihlah... sebab tu aku rahsiakan dari kau."

"Dah, dah. Kau tak payah sedih. Aku akan selalu jadi sahabat kau sampai bila-bila." Mohana lepaskan tangannya dan memaut bahu Wangi.

Wangi tercebik-cebik terharu.

"Aku sayang kau, Ana. Kalau kau lelaki, dah lama aku ajak kau kahwin dari si Airil tu."

Mohana ketawa besar.

"Kalau aku lelaki pun aku masuk minang kau. Dahlah cantik, pandai, baik pula tu. Airil tu je bodoh! Jantan tak guna!" Dari ketawa Mohana sudah bertukar memaki tunangan Wangi itu. Wangi sudah ceritakan semuanya tadi. Panas pula hati dia dengan sikap Airil. Kalau pun Airil tak dapat terima Wangi, Airil sepatutnya putuskan dengan cara yang baik. Bukannya mengelak dari Wangi macam ni. Majlis dah nak dekat kut!

"Aku tak tahulah, lepas maghrib ni aku nak pergi jumpa dia. Aku tahu kat mana dia selalu lepak." Wangi tekad. Dia kena berhadapan dengan Airil!

SEPERTI YANG Wangi jangka. Airil sedang melepak dengan kawan-kawannya di depan pagar flat di mana keluarga Airil tinggal.

"Feewitt! Awek cun la wey!" Wangi dengar kawan-kawan Airil bersiul-siul mengusiknya. Menyesal pula Wangi rasa. Patutnya dia tunggu Mohana aje. Tapi itulah Mohana kena bekerja separuh masa di kedai 24 jam. Mohana bukannya anak orang kaya macam dia. Gadis itu terpaksa bekerja untuk menampung hidup.

Airil menoleh ke arah yang disebut kawan-kawannya. Membulat besar anak matanya apabila melihat Wangi sedang menghampiri mereka. Lekas dia bangkit dan berlari anak ke arah Wangi.

"Awak buat apa kat sini?" Keras Airil menyoal.

"Saya nak jumpa awaklah! Kenapa awak tak jawab mesej saya, call pun tak angkat." Wangi menarik muka.

"Uitt! Takkan makan sorang aje Ril. Kami ni macam mana?"

Wangi usap lengan. Tak selesa betul bila kawan-kawan Airil mengusik seperti itu.

"Sini!"

Airil hela nafas keras sebelum menarik lengan Wangi dengan kasar.

"Sakitlah!" Marah Wangi. Terkedek-kedek dia terpaksa ikut langkah Airil.

Agak jauh dari kawan-kawannya baharu Airil lepaskan lengan Wangi.

"Awak ni dah kenapa? Tak pernah-pernah nak jijak kaki tempat macam ni, tiba-tiba muncul kat sini?" Airil mencekak pinggang. Tajam dia mencerun wajah Wangi. Buat hal betul gadis itu, sampai sini Wangi cari dia.

"Awak tanya kenapa? Sebab awak mengelak dari saya, Airil. Lagi seminggu majlis kita tapi awak tak pulangkan lagi borang yang saya bagi. Kenapa awak buat saya macam ni?" Wangi sudah hampir menangis.

"Ish kau nilah! Aku mengelak sebab aku jijik dengan kaulah! Mak ayah aku takleh terima doh! Aku ingat keturunan kau ni suci murni. Tapi tulah, anak haram siot!" Bahasa Airil sudah bertukar.

"Airil!" Naik telapak tangan Wangi hinggap di pipi Airil. Terteleng kepala lelaki itu dibuatnya.

Airil sentuh rahangnya. "Kau tampar aku?"

"Saya tak patut percayakan awak... Betul kata Uncle Alex, awak belum cukup matang nak jadi suami saya." Bergetar suara Wangi. Dia betul-betul menyesal. Sepatutnya dia dengar cakap mama, papa dan Alex. Mereka lebih tahu buruk baiknya sesuatu itu.

"Aku tak matang? Woi! Kalau kau nak sangat jantan matang. Pergilah bernikah dengan apek kau tu!" Airil tunjal kepala Wangi. Panas betul hatinya apabila mendengar nama apek itu.

Airil buka langkah meninggalkan Wangi.

"Awak ni memang jahat! Saya menyesal kenal awak!" Wangi menjerit dengan sekuat hati. Berpaling, Wangi bawa langkah bertentangan dari Airil. Air matanya jatuh semahu-mahunya. 

MY SWEET UNCLE (NOVEL)Where stories live. Discover now